السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 15 April 2019/ 9 Syaaban 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.
i. Hak-Hak Seorang Isteri Yang Perlu Ditunaikan Oleh Suami.
ii. Hak-Hak Seorang Suami Yang Perlu Ditunaikan Oleh Isteri.
●Pendahuluan
-Moga kita istiqamah dlm membuat amal baik sehingga akhir hayat kita.
-Surah Ali-Imran, ayat 102:
“Wahai orang2 beriman, berimanlah dengan benar-benar iman....”
-Surah Al-Hujrat, ayat 18: “Bertaqwa kamu kepada Allah....”
Hak Seorang Isteri Yang Perlu Ditunaikan Oleh Seorang Suami:
1. Bergaul baik dengan isteri.
2. Mengajar perkara fardhu ain’ kepada isteri.
3. Hendaklah memastikan isteri melaksanakan tuntutan syariat secara amali (praktikal).
-Mencegah berpakaian yg mendedahkan aurat,
-Memelihara pergaulan,
-Tidak membenarkan melakukan perkara bertentangan dgn agama.
Mengawal amalan mereka dengan mengajar amalan yg sempurna.
Tidak melaksanakan adab-adab yang bertentangan dengan Islam.
Suami bertanggungjawab terhadap tingkahlaku isteri. Seorang ayah juga bertanggungjawab kepada anak-anak terutamanya anak perempuan.
-Surah An-Nisa, ayat 34: “Kaum lelaki adalah pimpinan yang bertanggungjawab terhadap seorang wanita..”
4. Jika suami mempunyai beberapa orang isteri, maka hendaklah suami berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam menyediakan pakaian, makanan, rumah, giliran bermalam, dll.
-Surah An-Nisa, ayat 3:”Jika kamu tidak sanggup berlaku adil terhadap isteri kamu adalah memadai sahaja dengan seorang dan mempunyai hamba sahaya perempuan sahaja.”
-Suami perlu elak berlaku zalim terhadap isteri-isteri & anak-anak.
-Nabi saw telah berpesan agar berbuak baik dgn isteri-isteri.
Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik orang di antara kamu ialah orang yg berbuat baik dengan isteri dan anak-anak. Dan aku adalah yang terbaik antara keluarga ku.”
-Isteri Nabi saw ada yg lebih tua dpd baginda saw dan ada yg lebih muda daripada baginda saw. Nabi saw telah menyesuaikan dan dapat meraikan isteri-isteri baginda saw wp umur yg berbeza.
5. Hendaklah rahsia isteri tidak dihebohkan kpd orang lain.
-Suami perlu menjaga kehormatan isteri. Kekurangan & kelemahan isteri tidak diburukkan dan diaibkan.
“Orang yg paling jahat dan rendah kedudukannya ialah orang bergaul dengan isterinya yg saling meminta & memberi antara satu lain yg kemudiannya menceritakannya kepada orang lain.”
-Kita luahkan segala permasalahan kita termasuk masalah suami isteri kepada Allah. Banyakkan bangun tengah malam utk bermunajat kpd Allah.
Hak-Hak Suami Yang Perlu Ditunaikan Oleh Isteri:
1. Isteri perlu taat kepada suami selagi mana dalam perkara-perkara yang tidak berbentuk kemaksiatan & tidak melanggari hukum syarak.
-Surah An-Nisa, ayat 34: “Jika isteri-isteri kamu telah mentaati kamu maka jangan kamu mencari-mencari kekurangannya.....”
-Sabda Nabi saw: “Jika suami mengajak isterinya untuk ditiduri dan ia menolaknya tanpa ada uzur syarie, lalu suami tidur dalam keadaan marah, maka malaikat akan melaknati isteri tersebut sepanjang malam..”
-Sabda Nabi saw: “Jika aku boleh memerintah seseorang itu bersujud kepada seseorang yg lain maka aku akan memerintahkan isteri sujud kepada suaminya.”
2. Memelihara kehormatan suami.
-Iaitu isteri memelihara dirinya, menjaga harta & rumah suaminya, menjaga anak-anak serta keluarga.
-Surah An-Nisa ayat 34 (84?): “Sesunguhnya isteri yg soleh ialah..”
-Isteri adalah hak suaminya sahaja. Justeru, isteri perlu memelihara kehormatan diri untuk suaminya. Jangan berhias utk tujuan lain selain dpd suaminya.
3. Si isteri hendaklak sentiasa berada di dlm rumah suaminya dan tidak boleh keluar tanpa keizinan dan keredhaan suaminya.
-Perlu merendahkan suara bila bercakap dengan suaminya. Isteri perlu menjaga hubungan baik dengan suami & keluarga suaminya.
Perlu merendahkan pandangan matanya.
Membuat hubungan baik dgn kaum kerabat suaminya.
-Surah Al-Azab ayat 33:”Hendak seorang isteri menetap di rumah..”
-Seorang isteri perlu mendapat keizinan dpd suami utk bekerja. Perlu berniat utk membantu suami. Semasa bekerja perlu mengikut yg ditetapkan oleh syariat.
-Menjaga hak-hak suami isteri ini adalah untuk menjauhi berlakunya fitnah.
Perkara yg utama patu dibincangkan antara suami isteri ialah mewujudkan saling percaya mempercayai.
Apa gunanya berkahwin jika tidak mempercayai antara satu sama lain.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment