السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 6 April 2019/ 30 Rejab 1440H (Sabtu).
Moderator:
Ustaz Zakaria
Panel:
1) Ustaz Azhar bin Ramli
2) Ustaz Zairani
●Pendahuluan
Ustaz Azhar Ramli:
Q1: Kewajipan menuntut ilmu
Q2: Kepentingan untuk orang mukmin menuntut ilmu
Q3: Apakah had minimumnya?
Q4: Bagaimana untuk belajar ilmu fardhu ain
A1: Hukum menuntut ilmu fardhu ain adalah wajib. Walau bagaimana pun, kesedaran amat kurang.
Terdapat tiga bidang ilmu fardu ain: Tauhid, Fekah dan Tassawur.
Kenapa perlu kepada tiga (3) ilmu teras ini.
Ia adalah teras kepada agama.
Kepentingan ilmu tauhid utk kita mengenal Allah. Kewajipan kita adalah mengenal Allah.
Selepas mengenal Allah maka kita diperintahkan beramal, solat, puasa, zakat, haji, munakahad dll.
Kemudian selepas kita perlu tahu bagaimana untuk mendirikan ibadat yg sah.
Maka kita perlu tahu bagaimana utk menjaga pahala.
Kita perlu berpegang kpd 10 sifat.
A2: Apakah had minimum ilmu fardu yg perlu dipelajari:
Ilmu tauhid, fekah dan tassawur ini luas.
Ilmu fekah perlu belajar setakat mana?.
Secara umumnya, kita dituntut utk belajar sehingga tahu kadar sah atau batal amalan kita.
Maka kita perlu tahu sekurang-kurangnya 3 perkara:
i. Perlu tahu syarat sah
ii. Perlu tahu apakah perkara Rukun
iii. Perlu tahu perkara yg membatalkan.
Kalau dlm bab solat, maka kita perlu tahu 13 rukun solat.
A3: Bagaimanakah cara utk belajar ilmu fardu ain ini?
Ada 3 langkah utk kita dapat belajar dengan betul:
i. Pemilihan sistem pengajian.
Dalam dunia pengajian Islam, kita terkenal dgn sistem traditional iaitu sistem turath warisan Islam (bertalaqi dengan para ulamak/guru yg muktabar)
Ia adalah bertalaqi dpd kulit ke kulit.
Ia mempunyai teknik-tekniknya.
Sistem ini telah terbukti melahirkan ilmuan yg menguasai ilmu dengan baik.
Kita tidak nafikan bahawa sistem kotemperori juga ada kelebihannya.
ii. Cara pengajian.
-Kita perlu memilih kitab yg muktabar. Bermula dengan peringkat rendah, menengah hingga ke peringkat tinggi.
iii. Pemilihan Guru
-Perlu memilih guru yg mahir dalam bidang yg kita hendak belajar. Perlu belajar dpd sumber abshah & mahir.
Maka jangan kita hanya terus sahaja join apa jua program yg kita jumpa.
Selepas kita mempunyai tiga ilmu teras itu, maka kita boleh tambah dengan ilmu-ilmu lain spt sirah dll.
Q5: Adakah sistem pengajian ilmu yg dipelajari di sekolah tidak mencukupi.
-Sistem turath dan peranannya dlm masyarakat.
Sistem turath bukan berada di pondok sahaja. Kita perlu gunakan dalam masyarakat kita.
Para ulamak terdahulu tidak rasa penat untuk mengarang kitab dan mengajar ilmu.
Tanggungjawab seorang mukalaf ialah untuk bersedia menghadapi soalan-soalan sebaik sahaja berada di alam kubur.
Setiap orang Islam yg kembali kepada Allah tidak lari daripada soalan-soalan di alam kubur termasuk berkaitan aqidah kita.
Di akhir zaman ini kita banyak hadapi pelbagai fitnah. Jika kita kurang ilmu aqidah maka kita akan mudah tergelincir.
Dengan adanya ilmu, maka kata kita akan tergolong dalam golongan yg berjaya di dunia dan di akhirat.
Mukalaf dalam hak ilmu tauhid ialah orang yg cukup akal dan telah baligh.
Maka kita sepatut boleh menerima dan memahami ilmu tauhid.
Ilmu tauhid ialah perkara yg kita mengakui bahawa Allah itu satu. Kita mengakui keesaan Allah.
Jangan kita persoalkan ilmu aqidah kpd golongan orang awam.
Ilmu tauhid adalah ilmu yg mampu dan mengisbadkan yg membawa pengakuan kita kepada keesaan Allah.
Ilmu tauhid membawa kita mengenal Allah dan memahami makna ketuhanan.
Dalam ilmu aqidah kita, dinyatakan bahawa jika akal kita tidak mempunyai pagar dalam mengenal Allah maka kita akan mudah tersesat/tersasar.
Jadi, perlu mempunyai ilmu untuk menilai.
Islam boleh dikategorikan kpd tiga:
i. Asalnya tidak Islam, kemudiannya ia mengucapkan syahadah.
ii. Islam keturunan (Islam nasab)
iii. Islam yg benar-benar memahami ilmu keimanan/aqidah.
Samada kita suka atau tidak, amat penting untuk kita memenuhi tuntutan kefardhuan kita.
Secara umumnya, peranan masjid adalah untuk menambah keilmuan buat para jemaah.
Maka kita hendaklah usaha untuk pergi ke masjid.
Manakala bagi orang yg bertanggunjawab menguruskan institusi ibadat amat perlu melaksanakan tanggungjawab termasuk dlm bab pengajian ilmu.
Q6: Bagaimanakah kefatdhuan utk menguasai ilmu Fekah.
-Contohnya, bagaimana kita hendak pastikan kualiti solat kita semakin meningkat.
Sekurang-kurangnya ianya diterima oleh Allah.
Bila kita hendak solat, puasa dll, apakah checklist yg kita gunakan.
Kita perlu kuasai sekurang-kurangnya 3 syarat asas, iaitu:
i. Dlm ibadat solat, perlu kita tahu apakah syarat sah solat
ii. Kemudian perlu mengetahui apakah syarat sah bagi mendirikan setiap rukun yg tigabelas. Kita jangan buat secara ikutan dan kebetulan betul
iii. Mengetahui apakah yg membatalkan.
Kenapa kita perlu tahu ketiga-tiga perkara tersebut. Ini kerana ada yg tidak tahu membezakan antara rukun dan syarat sah.
Cth: Bila seseorang takbir..ada yg tidak fokus kpd 9 perkara. Antaranya ada di badan/pakaian najis yg tidak dimaafkan dalam solat.
Maka perlu tahu apakah jenis-jenis najis yg tidak dimaafkan dalam solat.
Contoh: Budu dimaafkan dlm makanan tetapi tidak dimaafkan pada pakaian yg dibawa utk solat. Budu adalah najis jika kena pada pakaian. Maka perlu basuh dahulu pakaian yg terkena budu sebelum dibawa utk bersembahyang.
Cth yg lain, semut adalah yg dimaafkan pada air ttp tidak dimaafkan pd solat.
Tiap-tiap bangkai binatang yg masa hidupnya tidak ada darah yg mengalir (semut, lipas, dll) ia tidak dimaafkan pada solat.
Semut yg mati adalah bangkai. Ia tidak dimaafkan pada solat.
Setiap individu yg solat, pahalanya tidak sama.
Bagaimana kita hendak faham ilmu solat ini dengan cepat?
i. Perlu tahu makna bidang yg kita belajar.
Perlu tahu apakah hakikat mendirikan solat.
Cth yg lain, apakah mandi yg dimaksudkan dlm syarak.
ii. Perlu memahami setiap bahasa dalam fekah pengajian kita (bab solat)
iii. Perlu tahu syarat utk dihukumkan.
Akhirnya, kita perlu menggunakan modul. Perlu guna kitab yg modul. Daripada kitab di peringkat permulaan hingga ke peringkat tertinggi.
Jangan tidak faham kitab yg asas terus kpd kitab yg tinggi.
Kenapa elok untuk kita guna kitab jawi yg ditulis oleh ulamak nusantara. Ini kerana ia membicarakan perkara yg dekat dengan isu masyarakat setempat. Cth isu was-was dlm takbir solat.
Q6: Cabang ilmu fardhu ain ketiga iaitu ilmu Tassawur.
A6: Ia adalah cabang ilmu yg wajib utk kita belajar. Bukan ia semata-mata diwajibkan kerana kehendak hawa nafsu kita.
Pada zaman Nabi saw, ia segalanya terus dirujuk kepada Nabi saw. Baginda saw yg membimbing dan membawa kepada tuntutan syariat Islam.
Maka sekarang ianya dibawa oleh para ulamak.
Ilmu tassawur adalah ilmu batin/jiwa.
Ilmu yg dpt membentuk manusia utk benar-benar menjadi hamba Allah.
Secara umumnya, zahirnya mencerminkan realiti. Namun sebenarnya batin tidak diketahui oleh sesiapa.
Ilmu tassawur untuk membersihkan jiwa untuk mengelakkan kita dpd kebinasaan dan kemurkaan Allah.
Tassawur ialah perasaan, hati, jiwa. Bagaimana ada perasaan taqwa, sabar, zuhud, dll.
Imam Ghazali menyatakan bahawa ilmu tassawur adalah yg memperlihatkan kelakuan hati kita samada baik atau buruk.
Maka kita hendak menjauhi dpd kebatilan.
Bila kita ada ilmu tassawur maka kita dpt menilai dan mengesan hati kita. Tahu mana sifat-sifat mazmumah dan mahmudah.
Maka kita perlu mempunyai ilmu tassawur utk membuang sifat-sifat mazmumah dpd hati kita.
Imam Ghazali menyatakan, siapa yg tidak masuk dalam ilmu tassawur iaitu tidak membuang sifat-sifat mazmumah maka jika ia mati maka ia membawa bersamanya dosa besar.
Maka kita perlu menguruskan kehidupan kita iaitu anak isteri, harta benda, pangkat, darjat dll dgn menguasai ilmu tassawur.
Kita amat sukar untuk mengawal segala pancaindera kita.
Maka usahalah kita membersihkan hati kita.
Dlm peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi saw dibersihkan dahulu hatinya.
Maka kita usaha utk kita merasa lunak utk beribadat. Rasa lunak utk solat, puasa, zakat, bersedekah, bermasyarakat dll.
Marilah kita sama-sama belajar. Kita mulakan dgn kitab permulaan spt Kitab Penawar Bagi Hati.
Justeru amat penting utk kita belajar mengikut sistem pengajian yg telah ditetapkan oleh ulamak.
Kita belajar dengan menggunakan kitab.
Kita sanjungilah usaha ulamak silam.
Jangan kita ditimpa musibah kejahilan.
Maka kita kembali kpd warisan para ulamak.
Hendak kita menlazimi kelompok ahli sunnah wal-jamaah.
Q7: Apakah adab-adab belajar ilmu
-Protokol atau cara mendapat ilmu yg berkat perlu diketahui.
-Falsafah pendidikan ilmu Turath semasa awal tanah Melayu, hampir semua tempat ada pengajian ilmu di kawasan setempat iaitu institusi pondok.
Sistem pondok bukannya dirujuk pada fizikal senibina. Tetapi ia merujuk pada sistem pendidikan.
Justeru tidak semestinya utk belajar ilmu secara turath perlu memasuki pondok.
Sistem turath boleh dibuat di mana-mana termasuk di masjid-masjid dan madrasah-madrasah.
Bila pencen ada yg menyatakan bahawa ia hendak beribadat sahaja dan tidak mahu mengaji.
Sebenarnya mengaji/menuntut ilmu adalah sepanjang hayat.
Kuliah Pengajian orang pencen (K-Pop).
Adab-adab besar ialah adab dgn ilmu, adab sbg guru, adab sbg murid.
Antara adabnya, kita menuntut ilmu kerana perintah Allah. Kita niatkan bhw kita belajar semata-mata kerana Allah. Samada sempat atau tidak sempat kita perlu cari masa utk menuntut ilmu.
Adab yg kedua ialah, hendaklah kita belajar dengan menggunakan kitab. Sebaiknya kita dahulukan menggunakan kitab Taurath yg dikarang oleh para ulamak kita yg terdahulu. Ikut kitab yg kita mudah kita faham dan telah dibuat dgn tersusun.
Q8: Apakah kelebihan kitab Turath dan ulamak nusantara.
-Kita perlu belajarnya dengannya dan menjadikannya sbg idola.
-Dalam belajar, kita perlu mencari keberkatan.
Kitab para ulamak nusantara walau pun tidak hebat pada pandangan masyarakat umum, ia mempunyai banyak kelebihan dan gedung ilmu yg mendalam.
Keberkatan kitab itu ada. Dalam doa, kita berdoa utk keberkatan ilmu dan keberkatan para ulamak yg mengarang kitab-kitab.
Semoga kita berada dibawa ajakan dan dakwah para ulamak. Walau pun ibadat dan bakti kita sikit, kita berharap dapat menumpang para ulamak.
Ulamak-ulamak adalah umpama lampu-lampu kpd alam dan kehidupan kita.
●Penutup
-Semoga forum ini dpt mencetuskan keinginan kita untuk menuntut ilmu menggunnakan kitab Taurath warisan para ulamak.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment