Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (70/2019): TAKUT PADA ALLAH DAN HARAP PADA RAHMAT ALLAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Jamek Port Dickson, Negeri Sembilan: 24 Mac 2019/ 17 Rejab 1440H (Ahad).

Sumber: Kitab Riyadus Solihin:samb: ms 40


●Pendahuluan
-Alhamdulillah atas limpahan rahmah dan hidayah Allah.
Kita saling membantu dalam membuat amalan.

-Mengikut Yahaya bin Muaz r.a,
“Sesiapa yg beribadat kpd Allah dengan semata-semata kerana takut pada Allah sahaja maka karam ia dalam segala laut fikir (rungsing). Dan sesiapa yg beribdata semata-semata kerana harap pada Allah maka sesatlah ia dalam padang terperdaya (rasa selesa dekat pada Allah).”

“Maka jika sesiapa beribadat dengan takut kepada Allah dan harap akan dia kepada Allah maka benar ia dalam mendirikan ibadatnya dan benarlah pada maksud zikirnya.”
-Jika kita banyak buat dosa, maka kita harap dengan keampunan Allah. Kita juga hendaklah takut untuk terus buat dosa.
-Kita jangan terpedaya bahawa Allah telah terima segala amal ibadat kita. Kita hendaklah sentiasa berdoa dan berharap utk ibadat kita diterima.
-Saidina Umar menyatakan: “apabila semua orang dipangggil masuk neraka kecuali seorang maka aku harap ia bukanlah aku yg seorang itu. Juga apabila semua orang dipanggil masuk ke syurga kecuali seorang maka aku takut aku lah yg seorang itu”
-Kata Saidina Ali r.a kepada anaknya: “Wahai anak ku, takutlah Allah dgn sungguh2.....”
-Maka hendaklah kita seimbang dalam kehidupan kita. Kita hendaklah takut dan harap pada Allah.
-Menurut....”Barangsiapa yg beribadat kpd Allah semata-semata takut Allah sahaja maka ia adalah golongan bidaah yg harbi.”
-Barangsiapa yg beribadat kpd Allah semata-semata harap kpd Allah maka ia tergolong dalam golongan yang beruntung.
-“Sesiapa yg beribadat kerana takut, harap dan cinta kepada Allah maka ia adalah orang yg mentauhidkan Allah.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment