السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Zohor@Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah: 29 April 2019/ 23 Syaaban 1440H (Isnin).
●Pendahuluan
-Bulan ramadhan adalah bulan yg berkat, bulan kebajikan, bulan muhasabah diri, bulan ibadat, bulan membersihkan diri,
-Puasa adalah perisai kpd akhlak diri:
Islam menggariskan adab tertentu bila berpuasa. Setiap orang tidak boleh buat sesuka hati dlm melakukan puasa. Islam telah menetap cara-cara yg perlu diikuti utk puasa kita diterima oleh Allah & kita mendapat kebaikan dpdnya.
-Sabda Nabi saw: “Puasa adalah perisai. Ketika kamu berpuasa jangan kamu melakukan perkara keji & menenking. Jika ada orang melakukan perkara yg tidak baik kpd kamu (spt bergaduh) maka katakanlah bhw aku berpuasa.”
-Jadi puasa menghalang perkara yg keji. Perkara keji disukai oleh hawa nafsu. Jadi puasa akan mengekang perkara keji melakukan kawalan hawa nafsu.
-Bila kita tidak berpuasa, syaitan telah menghasut hawa nafsu. Bila dlm puasa, syaitan telah diikat. Namun anak didik syaitan ada pd diri manusia. Ialah yg menyebabkan manusia terus melakukan maksiat & kekufuran pd bulan Ramadhan.
-Itu sebab pd bulan Rejab & Syaaban kita dituntut utk mempersiapkan diri utk menemui bulan Ramadhan. Kita asuh keimanan kita & melazimi membuat amalan-amalan sunat. Kita didik hati kita & kita cari ilmu. Usaha utk kawal hawa nafu kita melalui bimbingan ilmu & tarbiah.
-Kita lakukan amalan dengan ada rasa kita makin dekat kpd Allah. Cari sesuatu yg boleh terasa hati. Seperti amalan solat malam, puasa sunat dll.
-Kita mula menyikitkan/mengurangkan makan, hiburan, bercakap kosong, tidur, pembaziran dll. Jadi bila kita telah biasakan mengekang nafsu sblm Ramadhan maka kita dapat menjalani ibadat puasa kita dgn yg terbaik.
-Barang siapa hendak dapat yg terbaik (yg bernilai tinggi) maka perlu bersusah-susah dahulu.
Maka jika kita hedak keselesaan di akhirat kita perlu bersusah payah.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Cthnya,jika kita hendak menjadi orang alim maka kita berkorban masa & kesenangan utk menuntut ilmu.
Kita perlu rasa syukur dgn nikmat kurniaan iman kpd kita.
Syurga di dunia amat subjeftif.
Maka kita buat keazaman utk puasa kita kali ini akan ada peningkatan.
Utk mendapat syurga Allah maka kita perlu berpayah. Kerehatan kita adalah di akhirat. Biar kita bersusah dahulu di dunia.
Allah akan beri kekuatan kpd orang yg benar-benar beriman utk tidak kecewa, kuat menempuh ketentuan Allah.
Jadikan bulan puasa ini sbg bulan muhasabah diri.
Jauhkan dpd membuat perbelanjaan yg membazir. Sepatutnya bulan puasa membuat kita semakin sihat. Kita kurangkan kehendak hawa nafsu. Kita kurangkan makan, tidur dll. Kita kurangkan perkara-perkara yg melalaikan.
Jangan pula kita utamakan persiapan menyambut hari raya. Kita tidak dituntut utk berbelanja berlebihan utk berhari raya.
-Puasa yg sempurna pastinya dapat membersihkan jiwa seseoramg pd bulan Ramadhan.
-Apa yg kita buat perlu kita jiwai. Pada peringkat permulaan mungkin hati tidak hendak ttpi kita paksa.
-Jadikan puasa kita bukannya satu paksaan. Kita jiwainya dan kita rasa seronok utk berpuasa.
-Nabi saw menyatakan, puasalah kamu utk sihat. Sihat bukan sahaja dari segi fizikal ttp juga dari segi hati. Kita bersihkan sifat keji.
-Bila hati sihat maka ia akan lahirkan air muka yg jernih. Air muka yg bersih.
-Hati orang-orang mukmin akan berhubungan. Kita akan diikat oleh ukhwah aqidah. Sesunggunya sesama orang beriman itu bersaudara.
Hubungan darah boleh terputus tetapi hubungan iman tidak terputus.
Jika ada apa yg berlaku pd sesama muslim kita perlu terasa. Sekurang-kurangnya kita berdoa.
-Orang-orang beriman,bila ia pergi ke mana-mana akan ada hubungan yg rapat.
-Bila jiwa kita bersih maka sudah pasti kita akan menjadikan al-quran sebagai panduan hidup. Jadikan hadith-hadith nabi sbg ikutan. Sentiasa menekan kebersihan jiwa.
-Orang yg jiwa yg bersih ia akan menyibukkan dirinya beramal pd bulan Ramadhan. Ianya kemudian telah mengekalkan sifat-sifat baiknya dan sentiasa banyak beramal pada bulana-bulan yg lain.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yg berpuasa (tidak makan & minum) tetapi ia tidak meninggalkan perbuatan keji (umpat, fitnah, lalai, dll), maka baginya tidak ada makna puasanya.”
-Sabda Nabi saw: “Betapa ramai orang yg berpuasa hanya dapat lapar & dahaga sahaja.
-Surah Ali-Imran, ayat 15-17: “Katakanlah, “Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.
(Iaitu) orang-orang yang berdoa, “Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami daripada azab api neraka.”
(Juga) orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menyedekahkan hartanya, dan orang yang memohon keampunan pada waktu sebelum fajar.”
-Itulah khabar gembira yg Allah berikan kpd hambaNya yg bertaqwa. Dikurniakan syurga & isteri-isteri yg suci dan lain-lain kenikmatan yg banyak.
-Iaitu orang yg sabar dlm membuat ketaatan kpd Allah, orang yg benar dlm perbuatan & hati, orang yg taat & menyukai perintah Allah.
-Perkara yg keji boleh menghalang kita mendapat keampunan & keredhaan Allah. Kita terhalang dpd mendapat jiwa yg bersih.
-Semoga kita dapat asuh diri kita dan generasi anak-anak kita utk melaksanakan ibadat puasa kita yg terbaik.
-Anak-anak kita bakal menjadi pemimpin masa depan. Maka kita didik mereka dengan amalan puasa yg sebenar & amalan-amalan yg lain.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment