السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Kluang, Johor: 31 Mac 2019/ 24 Rejab 1440H (Ahad).
●Pendahuluan
-Kita perlu sentiasa diminta untuk tabah dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Para Nabi/Rasul, tabien, alim ulamak & kita semua sentiasa diuji.
-Allah sentiasa turunkan rahmat dan keberkatan kpd kita.
-Kita pegang sunnah Allah.
-Kita sebarkan salam & saling ingat mengingati.
-Kesabaran itu penting. Secara umumnya lelaki itu dikurniakan kesabaran yang tinggi. Itu sebab kuasa talak diberi pd lelaki.
-Nabi saw minta kita untuk sentiasa memberi kalimah nasihat dan pesanan sesama kita. Memberi pesanan itu akan memberi kebaikan kepada diri sendiri juga.
-Allah membeli jiwa dan harta orang mukmin dgn syarat jiwa & harta itu benar-benar bersih dan digunakan ke jalan Allah. Balasannya ialah syurga.
-Kita tunjukkan kesyukuran kita kepada setiap nikmat yg Allah beri. Allah akan beri balasan syurga kepada kita.
-Nabi saw minta kita mengungkapkan yg baik-baik, banyak berselawat dan berzikir.
-Berada dalam masjid & majlis ilmu merupakan kurniaan Allah.
-Kita lazimkan lidah kita dengan zikir-zikir di mana jua kita berada.
-Allah turunkan al-quran kpd kita. Bila kita membacanya kita dapat nikmat. Jiwa kita akan sentiasa dekat dengan Allah. Kita akan sentiasa ingat kepada akhirat. Maka kita jagalah nikmat al-quran yg dikurniakan kpd kita.
-Semoga kita sentiasa dikurniakan rahmat oleh Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment