السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 24 Mac 2019/ 18 Rejab 1440H (Ahad) oleh Ustaz Faisal Ismail
●Pendahuluan
-Lukmanul Hakim nama yg amat dikenali. Satu surah khas yg menceritakan nasihat-nasihat Lukmanul Hakim kepada anaknya.
-Nama sebenar Lukman bin Aqob Ibnul Sardon. Keturunan bani Israel. Anaknya bernama Sarakh.
-Pekerjaan Lukmanul Hakim, ada banyak pandangan. Antaranya ada yg menyatakan ia sebagai tukang jahit baju, tukang kain, pengembala kambing dan ada yg nyatakan sebagai hakim di zaman Nabi Daud a.s.
-Namun nama dan pekerjaannya tidak penting. Dalam al-quran pun Allah tidak nyatakan.
-Beliau adalah seorang hamba Allah yg Allah kurniakan kpdnya hikmah dan kebijaksanaan.
-Dan sesungguhnya telah disebut banyak sifat Lukmanul Hakim. Beliau bukanlah seorang yg handsome. Ia berkulit hitam, tebal bibirnya. Ia seorang Habshah (dpd Afrika).
-Ada 3 orang yg berkulit hitam dpd orang Afrika yg merupakan penghulu di syurga iaitu Saidina Bilal, Raja Najasi dan Lukmanul Hakim.
-Allah telah rakamkan dalam al-quran nasihat Lukmanul Hakim kpd anaknya. Semoga kita mendapat ibrar dpdnya.
Bila Allah nyatakan dalam al-quran maka ia bukan kisah cerita yg biasa-biasa.
Ia mempunyai hikmah-hikmahnya.
-Ada satu persoalan. Adakah ia seorang Nabi atau bukan Nabi. Ada yg kata ia Nabi dan ada yg kata bukan Nabi, hanya seorang yg soleh.
-Kebanyakannya kata ia bukan Nabi. Sesungguhnya ia adalah seorang hamba Allah yg soleh dan Allah telah beri kepadanya hikmah (kecerdikan).
Apakah itu hikmah?
“Sesungguhnya telah aku kurniakan hikmah kepada Lukmanul Hakim..”
-Hikmah itu betul dan tepat dari segi fahaman & amalan. Ada yg kata ia meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ada yg menyatakan hikmah itu sesuatu yg sahih dan bermanafaat.
-Allah telah menceritakan kelebihan hikmah dan kelebihan orang yg diberi hikmah.
-Hikmah (kebijaksanaan) itu diberikan kepada sesiapa yg Allah kehendaki. Barangsiapa yg Allah kurniakan hikmah maka ia telah dikurniakan kebajikan yg besar.
Nasihat-Nasihat Lukmanul Hakim:
(1) Nasihat Pertama:
-Hendaklah menjauhkan diri daripada jatuh ke lembah syirik.
-Ada yg menyatakan bahawa asal anak Lukmanul Hakim adalah kafir.
-“Wahai anak ku yg ku kasihi. Janganlah kamu mensyirikkan Allah. Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yg amat besar.”
-Jadi jangan sesekali kita mensyirikkan Allah. Kita ajar anak kita yg pertamanya tentang aqidah. Kita pastikan anak-anak kita mempunyai aqidah yg kukuh.
-Syirik adalah perkara yg amat besar. Syirik adalah dosa yg tidak akan diampunkan oleh Allah. Jika seseorang itu mati dalam keadaan syirik (tanpa bertaubat) maka ia kekal selama-lamanya di neraka.
-Allah boleh ampunkan dosa-dosa yg lain seperti tertinggal solat, buat maksiat, dll. Tetapi tidak bagi dosa syirik.
-Bila syirik bermakna seseorang itu telah tidak ada iman pada dirinya.
-“Tidak wajib utk Allah masukkan hamba yg taat ke dalam syurga. Dan tidak wajib untuk Allah masukkan hambaNya yg derhaka ke neraka.”
Allah Maha Berkuasa untuk berbuat sesuatu.
-Syirik adalah satu pembohongan dan rekaan terhadap Allah. Allah adalah zat yg Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ubat, doktor, bomoh dll tidak menyembuhkan sesuatu penyakit. Allah lah yg menyembuhkan secara mutlak.
-Allah yg mengaturkan segalanya. Allah yg memberi penyakit dan Allah yg memberi penyembuhan.
-Mana ada yg boleh menyamai Allah!
Syirik adalah satu kesesatan yg nyata.
-Firman Allah: “Sesiapa yg mensyirikkan Allah maka ia telah berada dalam kesesatan yg nyata.”
-Terdapat tiga jenis syirik: Syirik pada zat, syirik pada sifat dan syirik pada perbuatan.
-Dosa syirik akan meruntuhkan segala amalan kita yg lepas. Segala pahala amalan kita akan terhapus.
Firman Allah, surah An-Anm ayat 88; “Sekiranya mereka menyengutukan Allah maka runtuhlah segala amalan-amalannya.”
-Firman Allah, surah Az-Zumar ayat 85: “Telah diperintahkan kepada Nabi-Nabi terdahulu..,”
(2) Nasihat Kedua:
-Walau pun kecil mana amalan baik dan amal buruk pastinya Allah mengetahui dan menghitungnya.
-Diriwayatkan anak Lukmanatul Hakim bertanya kepada ayahnya jika satu biji sawi jatuh ke dalam laut adakah Allah mengetahuinya. Maka Lukmanatul Hakim berkata “jika ia sebesar kuman yg di langit atau di dasar laut pastinya Allah mampu membawa kepada perhintunganNya.”
-Ada ulamak menyatakan bhw soalan anak Lukmanatul Hakim itu adalah berkaitan seseorang yg berbuat dosa yg tidak ada seorang pun tahu. Adakah Allah boleh mengetahuinya.
Maka kata Lukmanul Hakim, “Sesungguhnya jika dosa itu walau pun kecil seperti biji sawi yang berada di tempat yg gelap, dicelah batu, di dasar yg gelap...pasti Allah akan menunjukkannya di akhirat kelak.”
-Jadi tidak ada sesuatu pun yg tersembunyi daripada pengetahuan Allah.
-Segala amal baik dan buruk kita akan dihisab oleh Allah.
(3) Nasihat Ketiga:
-“Dirikanlah kamu akan sembahyang. Suruh orang untuk berbuat baik, cegah orang daripada perkara mungkar yg ada di hadapan kamu. Hendaklah kamu bersabar dengan segala yang menimpa mu.”
-Jangan sesekali kita meninggalkan solat.
-Maka hendaklah juga kita mengajak orang berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Kita buatlah mengikut kemampuan.
-Kita hendak rezeki dan kehidupan yg berkat.
-Bila kita laksanakan tanggungjawab kita utk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran akan ada halangan.
-Akan ada yg tidak menyukai dan menentang. Maka hendaklah kita bersabar.
(4) Nasihat Keempat:
-“Wahai anak ku, janganlah sesekali kamu palingkan muka kamu bila kamu bercakap dengan seseorang...iaitu seperti mana orang yg takkabur.”
-Orang yg bercakap tanpa tengok muka adalah orang yg sombong.
-Orang yg tawadduk ia akan merendah diri.
(5) Nasihat Kelima:
“Wahai anak ku, janganlah kamu berjalan atas muka bumi ini dalam keadaan yang sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yg sombong.”
-Ada tiga jenis sombong: Sombong pada harta, sombong dengan pangkat dan sombong dgn keturunan.
(6) Nasihat Keenam:
-“Hendaklah kamu bersederhana pada berjalan. Berjalanlah dengan tenang”
(7) Nasihat Ketujuh:
-“Dan hendaklah kamu merendahkan suara kamu bila bercakap dengan orang. Sesungguhnya suara yang paling tidak disukai ialah suara himar (kaldai).”
-Allah tidak suka kepada orang yg bercakap kasar.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment