السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 4 April 2019/ 28 Rejab 1440H (Khamis).
●Pendahuluan
-Lawan kepada hidayah ialah dalolah (kesesatan):
Pertama: Dikaitkan dgn kehilangan sesuatu.
Kedua: Apabila seseorang itu terpesona dgn kebathilan. Maka ia berlakulah kesesatan.
Surah Dhuha: “Kami mendapati kamu dalam kesesatan sebelum kamu mendapat petunjuk.”
Allah menghukum seseorang itu sesat bila mana:
-Seseorang itu telah sesat dan terus tidak mendapat petunjuk.
-Seseorang itu mulanya Islam dan kemudiannya disesatkan.
-“Barangsiapa yg Allah beri ia petunjuk maka tidak sesiapa pun yg boleh menyesatkan. Barangsiapa yg Allah beri ia kesesatan maka tidak sesiapa pun yg boleh memberi petunjuk.”
Allah berkehendak membuat apa sahaja.
Allah tidak bertanya apa yg dibuat, bahkan manusia lah yg bertanya.
Setiap yg dicipta adalah makhluk.
Keislaman adalah makhluk Allah. Kekururan juga adalah makhluk Allah.
Tetapi manusia tidak dipaksa untuk sesat dan tidak dipaksa untuk taat pada Allah.
Allah telah menulis ketetapan dan takdir setiap yg dicipta.
Tidak bermakna Allah tidak adil. Tidak ada istilah utk manusia mengukur keadilan.
Lawan adil ialah zalim. Maksud zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada miliknya atau mengambil milik orang lain tanpa izinnya.
Tidak dikatakan zalim bila manusia ditempatkan ke neraka oleh Allah.
Bila manusia dicipta ia dikurniakan akal. Jadi manusia boleh membuat pilihan.
Apa ketetapan Allah tidak diketahui oleh manusia.
Surah al-Maarij: “Apa yg menyebabkan kamu masuk neraka syakar. Kami di dunia dahulu tidak termasuk dalam golongan orang yg solat, kami tidak memberi makan orang miskin, kami lalai tidak mengikut perintah Mu..”
-Surah al-Mulk:
“Apakah tidak datang kepada kamu peringatan, ya telah datang..
-Di dunia mungkin manusia boleh menyalahkan takdir. Di akhirat tidak boleh. Mulut dikuncikan, yang bercakap adalah kaki, tangan.
Kesesatan itu akibat pemilihan manusia itu sendiri. Allah terus membiarkan terus sesat.
“Allah tidak menyesatkan seseorang setelah diberi petunjuk..”
“Allah tidak akan mengsia-siakan amalan mereka..”
Al-Baqarah ayat 26:
Al-Baqarah ayat 7, 10:
Sesiapa yg memilih kesesatan maka ia terus disesatkan.
Para manusia telah dihantar para Nabi/Rasul.
Telah sampai dakwah kpd manusia secara muttawatir.
Sekiranya tidak sampai manusia dakwah maka mereka digolongkan ahlul fatrah. Antaranya, zaman Nabi .....
Bila ia tidak dpd dakwah dan ia tidak menyembah apa-apa.
Jika seseorang itu zalim, engkar, tidak dengar maka ia akan disesatkan (Huzlan).
Hidayah vs Huzlan.
Pedoman Hidup & Hukum Hakam:
-Setiap ayat al-quran adalah bermanafaat. Ia utk menjaga manusia. Mempunyai hubungan erat dgn manusia.
Justeru ayat al-quran itu adalah pedoman hidup. Bila Allah ciptakan manusia di muka bumi maka Allah beri pedoman (bagi manual utk diikuti).
-Pengertian hukum hakam pd surah al-fatihah..ia melakarkan peraturan kehidupan. Al-fatihah adalah rumusan seluruh al-quran. Terdapat bab aqidah (Allah perkenalkan ketauhidan), syariat (perhambaan manusia pd Allah), melalui jalan perunjuk dan jalan yg sesat.
Manusia itu: beriman dan beramal soleh. Ikut Nabi saw.
Manusia dihantar ke muka bumi untuk manusia memenuhi janjinya. Hanya sekejap sahaja masa kita dimuka bumi ini. Masa untuk beribadat amat singkat.
Nabi saw nyatakan umur umatku antara 60 - 70 thn sahaja. Maka perlu kita seimbangkan kehidupan kita.
Segala yg ditetapkan dalam basmallah adalah ketentuan mutlak oleh Allah.
Di dunia ini akan ada pelbagai ujian kehidupan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment