السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 12 April 2019/ 6 Syaaban 1440H (Jumaat). oleh Ustaz PU Azman
●Pendahuluan
-Kisah peristiwa Isra’ Mikraj adalah perkara mukjizat yang telah berlaku dan ia akan kekal tidak berubah sepanjang zaman.
-Justeru bila kita membicarakannya saban tahun, ianya tetap sama kisahnya. Tidak berubah.
-Namun apa yg boleh kita ambil pengajaran daripada peristiwa tersebut amat banyak. Terutamanya bagaimana kita hendak hubungkaitkan dengan diri kita dan dimasa & di mana kita berada sekarang. Adakah saban tahun kita mendengar dan mengulangkaji peristiwa Isra’ Mikraj ini telah meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah atau kita masih ditahap yg lama.
-Dalam peristiwa Isra’’ Mikraj ini, Allah higlightkan kepada kita perjalanan Isra’ dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Allah tidak higlightkan perjalan Nabi saw dpd Mekah ke Madinah atau seumpamanya.
-Ini menunjukkan betapa pentingnya Masjid buat umat Islam.
Masjid adalah tempat utama bagi orang Islam untuk pergi.
Bila Nabi saw hijrah ke Madinah, Nabi saw telah membina masjid pertama di sana iaitu Masjid Kubah dan kemudiannya dibina Masjid Nabawi.
Tiga masjid yg utama ialah Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
-Perlu kita banyakkan program utk mengimarahkan masjid. Hendaklah kita menjadikan masjid tempat utama untuk kita kunjungi.
Justeru, walau kita sentiasa sibuk dalam urusan kehidupan dunia, kaya raya, berdarjat, berjawatan dll hendaklah kita lapangkan masa kita untuk ke masjid. Kita ingatlah bahawa urusan kehidupan akhirat perlu kita persiapkan.
Jika kita kata bahawa kita sibuk hingga kita tidak sempat ke masjid, ada orang lain yg lebih sibuk. Orang yg paling sibuk uruskan harta & keduniaan ialah Firaun. Orang yang paling sibuk uruskan kewangan ialah Qarun.
Peristiwa Isra’ Mikraj adalah mukjizat yg kita imani.
Orang yg bertaqwa adalah orang yg percaya kepada perkara-perkara ghaib. Dosa, pahala, syurga, neraka, alam barzakh dll adalah perkara ghaib.
Dalam peristiwa Isra’, Nabi saw diperjalankan (bukannya Nabi saw yg berjalan) oleh Allah.
Nabi saw menaiki kenderaan bernama Boraq (laju spt kilat). Ini menunjukkan bahawa Nabi saw menaiki kenderaan yg terbaik. Maka jika kita mempunyai kekayaan, bila membeli kenderaan belilah yg terbaik. Bawa kenderaan itu ke rumah Allah dan dalam membuat kerja-kerja kebajikan.
Zuhud bukannya bermakna menolak dunia. Maka kita perlu uruskan sesuatu mengikut keperluannya. Kita gunakan keduniaan kita utk persiapan akhirat kita.
Saidina Umar Abdul Aziz, ia merupakan seorang yg zuhud. Sebelum menjadi pemimpin badannya kelihatan gemuk dan selepas menjadi pemimpin ia kurus. Beliau mengutamakan menyelesaikan masalah rakyat dan negara.
-Dalam peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi saw membawa kepada kita solat fardhu 5 waktu untuk umatnya hingga ke hari kiamat. Ianya diterima terus oleh Nabi saw dpd Allah iaitu tanpa perantaraan Malaikat.
Justeru ibadat solat ini amat perlu kita jaga sungguh-sungguh. Solat adalah hubungan langsung kita dengan Allah.
-Surah al-Mukminun, ayat 1-2: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu orang yang khusuk dalam solatnya.”
Jangan solat tidak ikhlas (seperti utk menunjuk-nunjuk), solat di akhir waktu, dll.
Jangan kita yg banyak beribadat merasakan bahawa kit hebat dpd orang lain.
Jangan rasa ujub, riak. Jangan suka mendengar orang memuji-muji kita.
Sesiapa yg mempunyai sifat yg merasakan ia lebih baik dpd orang lain, ia adalah sebahagian dpd sifat syaitan.
-Ulamak, Ustaz, orang alim & orang berilmu mungkin tidak ramai. Tetapi kita orang biasa yang ramai. Maka kita perlu menjadi pendakwah.
Kita semua adalah pendakwah.
Setiap kita bertanggungjawab dalam Amal Makruf Nahi Mungkar.
Kita perlu latih anak-anak kita utk selalu ke masjid. Jadikan masjid tempat yg paling disukai. Jadikan masjid sebagai tempat yg mesra.
Galakkan anak-anak kecil ke masjid. Kita raikan anak-anak ke masjid. Mereka yg akan mewarisi kita kelak.
Kita ramaikan orang di masjid.
Sultan Muhammad al-Fatih, menyatakan bahawa jika kamu nampak anak-anak kecil ramai dan bermain-main di masjid maka masa depan umat Islam amat baik.
Proses pendidikan supaya utk manusia suka ke masjid hendaklah sejak usia kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh untuk solat di saf hadapan bersama orang dewasa. Tidak wajar utk pindahkannya ke kebelakang terutamanya bila mereka telah berada di saf. Setengah ulamak menyatakan kanak-kanak mempunyai haknya untuk orang dewasi menyantuninya.
-Memang benar bahawa ada hadith yg menyatakan bahawa saf kanak-kanak adalah di belakang. Namun ada juga hadith yang menyatakan bahawa cucu Nabi saw menaiki belakang baginda saw ketika baginda saw sedang solat.
Antara 7 golongan yg mendapat naungan Allah di akhirat ialah orang yg hatinya sentiasa bertaut dengan masjid.
-Sesungguhnya orang berulang-alik ke masjid memakmurkan masjid adalah orang yang beriman.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment