السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 27 April 2019/ 21 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Hissamuddin Iberahim.
●Pendahuluan
Perkara yg makruh dilakukan dlm solat:
1. Makruh memandang ke kiri ke kanan
2. Makruh berdiri hanya menggunakan sebelah kaki
3. Menguap (membuka besar mulut)
Bila menguap maka hdklah tutup mulut dgn tangan.
Nabi saw menyatakan bhw sunat menutup mulut bila menguap kerana syaitan memasuki rongga-rongga.
Bila bersin di luar solat sunat menyebut nama Allah (alhamdulillah). Ttp dlm solat tidak ucap lebih baik. Jk tidak perlu ulang bacaan kita.
Masa solat bila kita dengar orang bersin jgn kita jawab (spt di luar solat). Jika dibuat, batal solat.
4. Makruh memandang langit
-Ia membawa kpd yg melalaikan.
-Antara yg melalaikan ialah kain yg bercorak (teruja).
-“Apa hal bbrpa lelaki yg mengangkat pandangan mata ke langit. Hendaklah berhenti mereka berbuat demikian. Atau pun hendak disambarkan akan penglihatan mereka.”
-“Tidak kah di kalangan kamu yg mengangkat kepala kamu lebih awal dpd iman hendak ditukar kepalanya dengan kepala keldai.”
5. Makruh menghimpun kain (rambut) atau menjalin kain (rambut)
-Semasa sujud jangan ada kain pada dahi.
Antara syarat sah sujud ialah:
i. Hendaklah sujud atas 7 anggota (dahi,2 tapak tangan, 2 lutut dan 2 ibu jari kaki)
ii. Hendaklah berbalut dahi ketika sujud.
iii. Hendaklah semasa perlakuan sujud itu kepala lebih rendah dpd punggung.
Dan disuruh aku utk bersujud
Tiada berhimpun atas kain
6. Makruh meludah ke hadapan & ke kanan. Jika hendak ludah juga boleh ludah ke kiri (jika solat di tempat lapang). Di dlm masjid di larang sama sekali utk meludah.
“Apabila ada seorang dpd kamu dlm solat atau berhadapan (bermunajat) kepada Allah yg Maha Besar, maka janganlah ia meludah ke hadapan..”
Di sisi Imam Bukhari, ia menambah bahawa di sebelah kanan dilarang meludah kerana ada malaikat.
Jika hdk meludah juga ludahlah sebelah kiri bawah tapak kakinya bila bersolat di luar masjid.
Namun haram meludah dalam masjid.
Sabda Nabi saw: “Meludah di dlm masjid itu satu dosa. Dan kifaratnya ialah dengan menanamkannya (dulu masjid atas tanah)”
-Bahkan jika tidak dapat tidak perlu juga untuk meludah, bolehlah ludah atas kain (sapu tangan).
7. Makruh menghantar dua tangan atas pinggang (cekak pinggang).
-Yg sepatutnya di atas pusat / atas dada.
-Sabda Nabi saw: “Dilarang seorang lelaki itu bersolat dengan bercekak pinggang.”
8. Makruh merendahkan kepala ketika rukuk.
-Kerana ia melampaui perbuatan Nabi saw. Kita diberitahu oleh Nabi saw, solatlah
-Kepala hendaklah sekata dgn belakang.
9. Makruh solat pada ketika bertolak-bertolak akan hadas
-Iaitu bila hendak solat ada rasa hendak buang air maka hendaklah pergi buang air dahulu.
-Namun jika telah memulakan solat, jika terasa hdk buang air mk kita wajib tahan. Kecuali ianya bersangatan utk buang air.
-Juga jika sblm solat kita berhajat utk makan (kita memang menginginkan makanan tersebut) maka hendaklah makan dahulu. Namun tertakluk bhw waktu solat masih panjang.
-Sabda Nabi saw: “Tiada (tidak sempurna) sembahyang pada tempat hampir dgn makanan (berhajat utk makan) dan ketika bertolak-tolak dengan kehendak berhadas (buang air)..”
10. Makruh solat pada tengah jalan raya.
-Jadi dilarang solat pada tempat yg sesak.
-Makruh solat pada tempat mandi air panas (di Mesir).
-Makruh solat pada tempat berdekatan dengan najis
-Makruh solat di rumah gereja/tempat solat yahudi.
-Makruh solat di tempat-tempat yg membesarkan simbol-simbol agama lain.
-Kita jgn lihat dari aspek toleransi shj. Jika ia memberi kredit kpd mrk mk kita elakkan.
Saidina Umar ra bila ia membuka gereja di muqqadis, paderi pelawa ia solat dlm gereja. Ttp Saidina Umar ra solat di luar gereja.
Makruh solat di kandang kuda.
Makruh solat di perkuburan
Nabi saw larang solat di 7 tempat:
Tempat Buang najis
Di Perkuburan
Tempat air panas
Di atas baitullah
Di kandang binatang
Di tempat sesak (jln raya)
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment