Monday, 29 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (64/2019): FEKAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya: 3 April 2019/ 27 Rejab 1440H (Rabu) oleh Ustaz Rashidi Ali.

●Pendahuluan
-Kita dilarang untuk menangis meratapi kematian. Larangan tegas ini adalah untuk mengelakkan kita seakan-akan tidak menerima ketentuan Allah.
-Meratap ini ada persamaan dgn ibadah agama lain.
-Kita jgn membuat sesuatu yg mengundang berlaku perkara yg dilarang. Jangan mengundang fitnah, dll.
-Orang yg meratap kematian seolah ia tidak mahu tunduk kepada takdir Allah.
-Sabda Nabi saw: “Orang yg suka meratap jika ia tidak bertaubat sebelum kematiannya akan dibangkitkan dengan..badannya akan diselaputi kudis dan gatal-gatal”
-Sabda Nabi saw: “Bukan di kalangan kami orang yg menampar-nampar pipinya, mengoyak-ngoyak pakaiannya..”
-Namun menangis yg biasa iaitu yg datang dari hati naluri manusia biasa maka tidak mengapa.
-Nabi saw juga menangis bila berlaku kewafatan kpd anak lelaki baginda saw iaitu Ibrahim.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment