Wednesday, 24 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (136/2019): FADHILAT SELAWAT KEPADA NABI SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 23 Julai 2019/ 20 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Ustaz Nizam

● Pendahuluan
-Syukur kita dipilih untuk memakmurkan rumah Allah.
-Orang yang beriman adalah orang yang memakmurkan rumah Allah.
-Setiap waktu ada sahaja halangan-halangannya untuk kita datang ke masjid/surau untuk solat berjemaah.
-Subuh, zohor, asar, maghrib & isyak mempunyai cabaran-cabaran yang berbeza.
-Tidak semestinya bila rumah dekat ia dapat datang untuk memakmurkan rumah Allah. Ada orang yang rumahnya jauh dan tidak mempunyai kenderaan yang baik tetapi Allah izinkan ia untuk datang solat berjemaah di masjid/surau.
-Tuntutan untuk setiap orang lelaki ialah untuk berjemaah di tempat yang ia dengarkan azan kepadanya.
Salawat Keatas Nabi saw:
-Pepatah Arab menyatakan bahawa setiap orang yang suka kepada sesuatu maka ia akan memperkatakannya kepada semua orang.
-Kita ceritakan kelebihan-kelebihan dan faedah-faedah sesuatu yang kita suka dan sayang kepada orang.
-Maka bila kita sayang dan cinta kepada Nabi saw maka kita ikut sunnah Nabi saw dan kita perbanyakkan selawat kepada baginda saw.
-Dalam surah Toha, ayat 17 - 18: “Apakah yang di tangan kanan mu itu wahai Musa? Musa berkata: “Ini adalah tongkat ku, aku bertopang padanya ketika berjalan, dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku dan bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya.”
-Ulamak menyatakan, ayat 17-18 surah Toha tersebut menunjukkan bahawa kerana Nabi Musa sayang pada Allah ia cerita panjang lebar tentang tongkat ditangannya.Allah tanya sepatah sahaja.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yang selawat ke atas ku maka Allah akan berselawat 10 kali kepadanya.”
-Allah berterusan berselawat keatas Nabi saw.
-Bila kita selawat ke atas Nabi saw kita memuliakan dan mendoakan kesejahteraannya.
-Firman Allah:
“Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi saw”
-Orang yang banyak berselawat ke atas Nabi saw akan diharamkannya daripada api neraka.
-Abdullah al-Mubarak pada satu hari ia melihat kepada seorang pemuda yang tawaf di kaabah dengan kadar yang amat perlahan. Maka ditanya kepada pemuda itu, kenapa ia buat begitu. Maka diceritakan bahawa dalam perjalanannya ke Mekah ayahnya telah ditimpa sakit dan wajah ayahnya menjadi gelap.
Maka semasa menunggu ayahnya ia tertidur lalu ia bermimpi jumpa seorang pemuda yang begitu indah dan terang. Maka ia kemudianpergi jumpa ayahnya dan diusapkan dengan tangan kepada ayahnya.
Lalu ayahnya kembali cerah dan bersih mukanya. Maka ia pegang jubah pemuda yang ditemuinya dalam mimpi lalu ditanya siapakah ia. Maka dinyatakan bahawa ia adalah Nabi saw. Lalu dinyatakan oleh Nabi saw bahawa walau pun ayahnya buat dosa yang banyak tetapi ia ada satu amalan yang dibuat secara berterusan iaitu iaitu ia berselawat keatas Nabi saw 1,000 kali sehari setiap kali sebelum tidur. Maka dengan ucapan selawat itu bukan sahaja ia akan dapat syafaat di akhirat, di dunia juga ia dapat.
Maka dengan sebab itulah pemuda tersebut perlahankan langkahnya semasa bertawaf kerana ia hendak perbanyakkan selawat.

-Dalan kisah yang lain, seorang yang berhutang untuk berniaga daripada peniaga yang besar. Bila sampai masanya ia tidak dapat membayarnya. Dengan banyak berselawat ke atas Nabi saw maka masalahnya telah selesai.
-Justeru, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi saw.
-Jangan kita biarkan radio & tv yang banyak berselawat berbanding dengan kita.
-Dalam dalam solat dan dalam khutbah, selawat adalah rukun. Ini menunjukkan betapa utamanya ucapan selawat ke atas Nabi saw.
-Nabi saw bersabda bahawa seseoramg itu akan dibangunkan dengan orang yang ia cintai.
Maka kita perbanyakkanalbselawat ke atas Nabi saw.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

1 comment:

  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete