السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 24 Julai 2019/ 21 Zulkaedah 1440H (Rabu) oleh Ustaz Hanif Zainol
Tajuk: Kitab Penawar Bagi Hati~Perangai Yang Terpuji
● Pendahuluan
Imam Ghazali menyatakan ada 10 perangai yang terpuji, iaitu:
1.Taubat daripada segala dosa
2. Takut kepada Allah Taala
3. Zahid, iaitu tidak suka kepada dunia dan berpaling daripadanya
4. Sabar
5. Syukur
6. Ikhlas
7. Tawakal
8. Kasih kepada Allah Taala
9. Redha dengan qada Allah Taala
10. Mengingati mati
2. Takut kepada Allah Taala
3. Zahid, iaitu tidak suka kepada dunia dan berpaling daripadanya
4. Sabar
5. Syukur
6. Ikhlas
7. Tawakal
8. Kasih kepada Allah Taala
9. Redha dengan qada Allah Taala
10. Mengingati mati
Huraian:
1. Bertaubat
1. Bertaubat
-Bertaubat itu adalah pembuka kepada segala sifat-sifat terpuji dan kebajikan. Iaitu untuk kita rendah diri, tidak sombong, riak dan lain-lain ianya bermula dengan taubat.
-Kita banyak buat dosa yang tersembunyi dan tidak tersembunyi.
-Ketahuilah, taubat itu permulaan jalan bagi sekelian orang yang menjalani jalan akhirat dan anak kunci bagi kejayaan sekelian orang.
-Dosa-dosa kita menghalang penerimaan amalan kita.
-Taubat daripada segala dosa itu wajib disegerakan, sekali pun dosa kecil.
-Melambatkan taubat itu satu dosa yang lain pula sekali pun berpuluh-puluh tahun.
-Jika berbuat dosa dengan Allah jangan kita berbangga menceritakan kepada orang lain.
-Jika diketahui segala dosa dengan terperinci, nescaya wajib atasnya bertaubat daripada semuanya dengan satu persatu dan tidak memadai dengan satu taubat sahaja bagi segala dosanya.
-Taubat itu adalah satu kurniaan Allah kepada kita atau tinggal segala harta dan musibah.
-Firman Allah surah al-Baqarah, ayat 222: “Sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang bertaubat.”
-Surah An-Nur, ayat 31: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman.”
-Sabda Nabi saw: “Wahai manusia, taubatlah kepada Allah Taala. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya dalam satu hari sebanyak seratus kali.”
-Sabda Nabi saw: “Sesunggunya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima taubat hamba selama rohnya belum sampai kepada halkumnya.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang bertaubat sebelum naik matahari daripada tempat lenyapnya, nescaya Allah Taala menerima taubatnya.”
-Beruntung untuk kita dapat sentiasa bertaubat.
Untuk mendapat kemanisan bertaubat ada tiga:
i. Menyebut-nyebut sekeji-keji dosa yang kita. Iaitu dosa sebabkan memutuskan hubungan dengan Allah.
Untuk mendapat kemanisan bertaubat ada tiga:
i. Menyebut-nyebut sekeji-keji dosa yang kita. Iaitu dosa sebabkan memutuskan hubungan dengan Allah.
ii. Menyebut-nyebut tentang kemurkaan Allah akibat dosa yang kita buat.
iii. Menyebut-nyebut tentang lemahnya kita untuk menanggung siksaan Allah akibat dosa kita.
Nafsu itu terbahagi kepada dua, iaitu nafsu yang baik dan nafsu yang jahat. Keduanya berlawanan. Ianya dikawal oleh akal menggunakan ilmu.
Ilmu mudah masuk dalam hati kita bila hati kita bersih daripada kekotoran iaitu kita tinggalkan perbuatan maksiat.
Ilmu mudah masuk dalam hati kita bila hati kita bersih daripada kekotoran iaitu kita tinggalkan perbuatan maksiat.
Ibadat Haji merangkumi 3 perkara:
-Tempat
-Masa
-Berhimpunnya segala manusia tidak kira darjat.
-Tempat
-Masa
-Berhimpunnya segala manusia tidak kira darjat.
Apa makna bertaubat:
-Menyesal
-Imam Ghazali nyatakan menyesal itu umpama kita menyesal pukul anak kita.
-Menyesal
-Imam Ghazali nyatakan menyesal itu umpama kita menyesal pukul anak kita.
Jenis-jenis dosa dikategorikan seperti berikut:
-Penghormatan
-Harta
-Agama-iaitu kita mensyirikkan Allah, dll.
-Penghormatan
-Harta
-Agama-iaitu kita mensyirikkan Allah, dll.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo di kunjungi agen AJOQQ :D