السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 16 Julai 2019/ 13 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohd Darwi
● Pendahuluan
-Syukur kerana dengan taufik dan hidayah kita dapat menunaikan solat seperti yang ditunjukkan oleh Nabi saw iaitu solat berjemaah.
-Juga syukur kerana dengan taufik dan hidayah dapat kita berada di majlis yang disebutkan di dalamnya nama Allah. Majlis ilmu ini didoakan oleh para malaikat untuk kita yang hadir.
-Jadi banyak kasih sayang yang Allah kurniakan kepada kita yang perlu kita sentiasa syukuri. Maka kita jagalah hak-hak Allah.
-Jumlah malaikat sangat banyak. Tidak siapa yang mengetahui jumlahnya kecuali Allah. Namun ada 10 malaikat yang wajib kita ketahui. Mereka mempunyai tugas masing-masing yang berbeza-beza.
1. Malaikat Jibril
2. Malaikat Mikail
3. Malaikat Israfil
4. Malaikat Izrail
5. Malaikat Mungkar
6. Malaikat Nakir
7. Malaikat Raqib
8. Malaikat Atid
9. Malaikat Malik
10. Malaikat Ridwan
2. Malaikat Mikail
3. Malaikat Israfil
4. Malaikat Izrail
5. Malaikat Mungkar
6. Malaikat Nakir
7. Malaikat Raqib
8. Malaikat Atid
9. Malaikat Malik
10. Malaikat Ridwan
(4) Malaikat Izrail
-Dalam al-quran memang tidak ada dinyatakan malaikat bernama Izrail.
Jadi bagaimana ulamak menyimpulkan adanya malaikat Izrail? Ianya adalah diasaskan daripada hadith Nabi saw.
Jadi bagaimana ulamak menyimpulkan adanya malaikat Izrail? Ianya adalah diasaskan daripada hadith Nabi saw.
-Dalam surah As-Sajdah, ayat 11 disebutkan tentang malaikat maut: “Katakanlah, “Malaikat maut yang yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu, kemudian kepada Tuhan mu, kamu akan dikembalikan.”
-Tugas malaikat Izrail adalah malaikat yang diwakilkan oleh Allah untuk mencabut nyawa arwah.
Ia mempunyai pembantu-pembantunya yang ramai.
Ia mempunyai pembantu-pembantunya yang ramai.
-“Akan mengambil nyawa kamu oleh utusan-utusan Kami.”
-Pada satu masa dahulu, Allah telah ciptakan maut (kematian). Maka Allah mengistihar penciptaan kematian kepada malaikat. Kemudian malaikat tanya kepada Allah apakah itu hakikat maut. Maka Allah telah menyingkapkan kefahaman tentang maut.
Kemudian para malaikat pengsan. Ini kerana melihat betapa dasyatnya kesakitan maut.
Bila malaikat sedar, Allah serahkan maut kepada malaikat Izrail.
Kemudian para malaikat pengsan. Ini kerana melihat betapa dasyatnya kesakitan maut.
Bila malaikat sedar, Allah serahkan maut kepada malaikat Izrail.
Sesungguhnya setiap hidup akan rasa kematian.
Malaikat Izrail juga akan merasa kematian.
Malaikat Izrail juga akan merasa kematian.
-Bagaimana malaikat Izrail datang?
Ia bergantung dengan keadaan oramg yang hendak dicabut.
Ia bergantung dengan keadaan oramg yang hendak dicabut.
-Jika orang beriman, maka malaikat Izrail akan datang dalam keadaan berseri, wangi dan suci bersih.
-Bila seseorang yang hendak mati akan datang syaitan yang mengganggu. Ia menyerupai orang yang kita sayangi yang telah mati seperti ibubapa, saudara mara kitad dan lain-lain.
-Bagi orang yang soleh, malaikat akan datang menghalau syaitan yang menggangu. Dinyatakan malaikat itu ialah malaikat Izrail.
Bagaimana Malaikat Izrail Mencabut Nyawa Orang Yang Soleh:
-Malaikat akan mencabut nyawa dengan lemah lembut umpama air mengalir keluarcdaripada bekas.
-Malaikat akan mencabut nyawa dengan lemah lembut umpama air mengalir keluarcdaripada bekas.
Malaikat Izrail berkata:
“Wahai roh yang suci dan harum pergilah kamu kepada mendapat keampunan tuhan mu.”
“Wahai roh yang suci dan harum pergilah kamu kepada mendapat keampunan tuhan mu.”
Ditarik roh secara lembut bukan bermakna tidak sakit. Cuma ia dibuat dengan lembut menyebabkan kesakitan tidak dirasai. Iaitu umpama telah dibius. Allah telah singkap tentang keindahan syurga dan bidadari kepada orang yang soleh yang hendak dicabut nyawanya.
Selepas itu malaikat akan mengkafan roh orang yang soleh itu dengan kain daripada syurga.
Rohnya bau lembut dan wangi. Namun manusia tidak dapat menciumnya. Para malaikat bertanya-tanya bau wangi apakah itu. Maka malaikat Izrail telah menceritakan kebaikan-kebaikannya.
Maka akhirnya ia melepasi langit. Malaikat kemudian akan mendapatkan perintah Allah bagi roh orang soleh yang wangi itu.

-[Nota, bukan bila dinyatakan bahawa malaikat bertemu Allah di langit bermakna Allah itu bertempat. Sesungguhnya Allah tidak berarah, tidak berjisim, tidak bertempat, tidak berwaktu.]
Maka Allah berkata kepada malaikat Izrail bahawa telah dijanjikan roh manusia perlu ada di bumi sehingga hari kiamat.
Maka malaikat Izrail membawa roh orang yang soleh dengan lemah lembut balik ke dunia menemui jasadnya. Ia dibawa dengan begitu cermat (mendapat layanan VIP).
Maka malaikat Izrail membawa roh orang yang soleh dengan lemah lembut balik ke dunia menemui jasadnya. Ia dibawa dengan begitu cermat (mendapat layanan VIP).
Bagaimana Malaikat Izrail Mencabut Nyawa Orang Yang Fasikh:
-Malaikat Izrail ia datang dalam wajah yang mengerikan, hitam, busuk, hodoh. Ia bawa kain kafan daripada neraka.
-Malaikat Izrail ia datang dalam wajah yang mengerikan, hitam, busuk, hodoh. Ia bawa kain kafan daripada neraka.
Malaikat Izrail menyeru orang yang fasikh yang hendak dicabut nyawanya:
“Keluarlah roh yang dimurkai dan pergilah kepada kemurkaan Allah.”
“Keluarlah roh yang dimurkai dan pergilah kepada kemurkaan Allah.”
-Roh orang fasikh bau busuk. Ia dibawa ke langit dan sepanjang perjalanan diceritakan keburukannya.
Sehingga dibawa ke pintu langit, ia tidak mahu dibuka. Lama kemudian baru dibuka.
Maka bila Allah lihat roh yang busuk, Allah minta hantar semula ke dunia seperti yang telah dijanji.
Malaikat kemudian terus sahaja mencampakkan roh orang fasikh ini ke dunia.
Kisah Israiliat:
Selepas mencabut satu nyawa maka malaikat lain tanya kepada malaikat Izrail: tidak adakah kamu kesian pada orang yang dicabut nyawanya.
Jawab malaikat Izrail tidak ada kecuali ada satu orang yang tinggal di satu kawasan kampung/hutan dimana ibunya meninggal sewaktu melahirkannya.

-Urusan hidayat adalah 100% milik Allah.
-Ada orang yang kesian terhadap orang yang miskin hidup melarat dan dalam masa yang sama tidak ada iman.
Ini amat malang. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.
Ini amat malang. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.
-Dalam kitab sahih Bukhari diceritakan kisah malaikat Izrail telah ditumbuk oleh Nabi Musa as sehingga terkeluar matanya. Maka timbul perbahasan dan pertanyaan berikut di kalangan orang awam:
1. Bagaimana Nabi Musa as boleh bertindak kasar
2. Kenapa malaikat boleh cedera
3. Bagaimana Nabi Musa as boleh menangguhkan kematian.
4. Kenapa Nabi Musa as tidak mengetahui kedatangan malaikat
2. Kenapa malaikat boleh cedera
3. Bagaimana Nabi Musa as boleh menangguhkan kematian.
4. Kenapa Nabi Musa as tidak mengetahui kedatangan malaikat
Ulamak menjawab persoalan tersebut:
-Malaikat datang bukan untuk mencabut nyawa Nabi Musa as. Ia hanya datang untuk menguji.
-Malaikat datang bukan untuk mencabut nyawa Nabi Musa as. Ia hanya datang untuk menguji.
-Malaikat datang kepada Nabi Musa as dalam rupa manusia. Kemudian ia masuk dalam rumah Nabi Musa as. Bila Nabi Musa as nampak ada orang dalam rumah, dianggapnya sebagai penceroboh. Lalu Nabi Musa as menumbuknya.
-Bila malaikat menyerupai manusia, tenaga kekuatannya adalah seperti manusia juga.
-Memang seorang Nabi ada yang tidak mengetahui kedatangan malaikat.
-Dalam kisah Nabi Ibrahim as, baginda didatangi oleh tetamu yang sebenarnya malaikat. Nabi Ibrahim as masak dan ajak untuk mereka makan bersama. Tetapi mereka menolak ajakan Nabi Ibrahim as kerana malaikat tidak makan.
-Dalam kisah Nabi Lut as, malaikat datang dan pada mulanya Nabi Lut ss as tidak mengetahui yang datang itu adalah malaikat.
-Berapakah jenis nyawa?
Surah Az-Zumar, ayat 42: “Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. “Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang mahu berfikir.”

-Allah akan mengambil jiwa pada hari kematiannya. Allah juga mengambil nyawa sewaktu tidurnya.
-Orang yang Allah putuskan untuk mati maka rohnya tidak akan dikembalikan.
-Orang yang tidak diputuskan untuk mati maka rohnya akan dikembalikan.”
-Orang yang Allah putuskan untuk mati maka rohnya tidak akan dikembalikan.
-Orang yang tidak diputuskan untuk mati maka rohnya akan dikembalikan.”
-Ada yang kata ada dua roh dan ada juga yang kata satu roh sahaja:
-Setengah ulamak menyatakan bahawa dalam badan manusia ada dua iaitu roh kehidupan dan roh kesedaran.
Maka bagi orang yang tidur, roh yang dicabut adalah roh kesedaran. Itu sebab orang yang tidur lama (surah al-kaffi) jasadnya tidak mereput. Ini kerana masih ada roh kehidupan.
Walau bagai mana pun, jumhur ulamak menyatakan hanya ada satu roh sahaja. Samada tidur atau kematian, roh yang keluar itu adalah roh yang sama.
Cuma kenapa tidak mereput ianya adalah dengan kekuasaan dan pengetahuan Allah.
Cuma kenapa tidak mereput ianya adalah dengan kekuasaan dan pengetahuan Allah.
Moga apa yang dibincangkan timbul rasa takut dan yakin pada perkara-perkara ghaib.
-Setiap hari malaikat datang meninjau-ninjau kita. Jadi bersedialah kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
ReplyDeleteayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
WA : +85587781483