Sunday, 14 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (123/2019): BUAT APA YANG KITA HENDAK BUAT VS BUAT APA YANG ALLAH SWT REDHA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Khas Sebelum Jumaat@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 12 Julai 2019/ 6 Zulkaedah 1440H (Jumaat ) oleh SS Dato Sri Dr Zulkefli (Mufti WP)

● Pendahuluan
-Kita peliharalah hubungan kita dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
-Bahkan bila kita menyantuni ibubapa, kita perlu lihat samada yang kita buat itu sesuatu yang ibubapa kita suka dan redha atau kita sahaja yang suka.
-Para sahabat nabi saw pergi masjid kita pergi masjid. Para sahabat nabi saw solat kita solat juga. Namun kebanyakan kita tidak melakukannya seperti para sahabat Nabi saw. Kita tidak meletakkan solat sebagai keutamaan nombor satu. Kita tidak istiqamah dalam solat jemaah.
Gambaran-Gambaran Hidup Sahabat:
-Kisah sahabat Nabi saw Saeed Ibni Amar. Pada satu hari ia pergi kepada Saidina Umar ra lalu ia berkata “Takutlah kamu kepada Allah.”
-Lalu Saidina Umar ra diam. Maka selepas itu Saidina Umar terus lantik beliau jadi Gabenor di Hames (satu bandar yang terletak di Syria). Dikatakan oleh Saeed bahawa bukan beliau berkata demikian kerana hendakkan jawatan. Maka kata Saidina Umar ra, jika ia seorang takut yang takut kepada Allah maka pasti ia boleh menjadi pemimpin yang baik.
-Penduduk di Kota Hames ia mempunyai masyarakat yang sangat kuat komen. Mulut laser.
-Maka Saeed Ibni Amar telah pergi ke sana menjadi Gabenor.
-Selepas bebera lama, Saidina Umar ra telah pergi membuat lawatan kerja ke sana.
-Semasa di sana, Saidina Umar ra telah bertanya kepada orang ramai apakah perkara-perkara yang hendak dilaporkan dan adakah perkara yang mereka tidak puashati kepada gabenor.
-Terdapat 4 perkara dinyatakan tentang Gabenor Saeed Ibni Amar:
1. Ia tidak mesra rakyat (tidak hadir majlis jemputan oleh rakyat)
2. Ia tidak keluar malam
3. Ia malas. Ia keluar daripada rumah ke pejabat lewat
4. Ia selalu sawan (pengsan).

-Maka selepas mendengar maklumbalas tersebut, Saidina Umar ra minta Gabenor menjawabnya. Mulanya beliau tidak mahu menjawabnya kerana baginya ianya bukan perkara yang perlu diutamakan.
Walau bagaimana pun beliau menjawabnya sstelah diminta lagi oleh Saidina Umar ra. Beliau berkata:
1. Dia tidak mahu pergi ke kenduri rumah orang kerana sebagai gabenor dia adalah juga kadi dan hakim. Jadi ia tidak mahu bias dalam membuat sesuatu keputusan.
2. Beliau tidak keluar rumah untuk hadiri majlis di malam hari kerana baginya cukup siang hari untuk rakyat dan malam hari untuk ia beribadat.
3. Kenapa Ia keluar kerja lambat. Beliau menyatakan, sesungguhnya dia hamya mempunyai sehelai pakaian sahaja. Setiap hari lepas subuh ia basuh pakaiannya dan ia akan tunggu pakainnnya kering baru beliau pergi bertugas.
4. Kenapa dia sekali-sekali sawan.
Ia nyatakan pada satu ketika dahulu semasa di Madinah ia pernah lihat orang dikerat-kerat tubuh badanya dan darah memancut-mancut keluar namun bibirnya terus menerus sebut nama Allah.
-Maka Saidina Umar ra berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh Gabenor Saeed.
-Pada satu hari wakil kerajaan Hames telah datang kepada Saidina Umar ra untuk menyampaikan kutipan hasil dan cadangan perbelanjaan termasuk senarai nama untuk pembayaran zakat. Maka dalam senarai penerima zakat didapati nama gabenor adalah dalam senarai orang miskin.
Lalu Saidina Umar ra telah bertanya kepada wakil kerajaan Hames itu. Maka dinyatakan bahawa sebenarnys Gabenor Hames (Saeed Amar) adalah orang yang paling miskin.
Mendengar perkara demikian, Saidina Umar telah menyediakan peruntukan bantuan khas untuk Gabenor.
-Maka perkara ini kemudiannya telah disampaikan kepada Saeed Amar.
Isteri Saeed amat suka mendengarnya.
-Lalu Saeed telah bertanya kepada isterinya samada ia hendakksn harta dan kesenangan atau hendakkan dirinya. Maka isterinya memilih suaminya berbanding harta dan kesenangan.
Pengajaran:
-Maka mari kita ambil ibrah daripada kisah para sahabat ini.
-Hendaklah kita uruskan kehidupan sebaik mungkin. Ikutilah batas halal dan haram.
-Kita tidak perlu bermewah-mewah dan mengaut kekayaan secara tidak betul.
-Seorang pemimpin perlu melihat kebajikan masyarakat yang dipimpin.
-Kekayaan dan kemewahan tidak semesti menjadi ciri ketua/orang yang berjaya.
-Jika kita kaya raya, maka jadilah seperti Abdul Rahman Ibnu Auf dan para sahabat Nabi saw yang lain.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment