السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Usrah Nurani@Radio IKIM, 5.15 ptg: 12 Julai 2019/ 9 Zulkaedah 1440H (Jumaat).
Naqib: Ustaz Zul Ramli
Ahli Panel:
Ustaz Amir
Pn. Ainan
Ahli Panel:
Ustaz Amir
Pn. Ainan
● Pendahuluan
-Penting untuk kita memahami intipati ibadat korban.
-Seluruh perjalanan hari-hari dalam setahun adalah tarbiah untuk kita.
-Kemuncak bulan tarbiah ialah bulan Ramadhan. Ia adalah bulan kita bermujahadah untuk kita didik hawa nafsu kita.
-Maka bila kita keluar daripada bulan Ramadhan kita kembali kepada fitrah. Jiwa kita telah didik dalam madrasah Ramadhan.
-Kemuncak kepada tarbiah ialah kita benar-benar sedar kenapa kita dicipta. Ia adalah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Mungkin urusan keduniaan seperti kerja, harta, jawatan kita jauhkan kita daripada Allah.
Mungkin urusan keduniaan seperti kerja, harta, jawatan kita jauhkan kita daripada Allah.
-Bulan Zulhijjah ini ialah bulan untuk kita dekatkan diri kita kepada Allah melalui korban.
Ibadat korban adalah ibadat tertua.
Ibadat korban adalah ibadat tertua.
-Surah al-Maidah, ayat 27: “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Sesungguhnya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
-Berdasarkan ayat itu, kedua-dua adik-beradik itu meletakkan korban masing-masing. Habil memberikan korban yang terbaik kerana dia pengembala kambing.
-Dia memberikan kambing paling elok dan gemuk sebagai persembahan kepada Allah. Manakala Qabil yang juga abang kepada Habil adalah petani.
-Malangnya, dia memberikan hasil pertaniannya yang sudah rosak selain korban yang dilakukan atas dasar hasad dengki (kerana tidak puashati kepada Habil yang bakal berkahwin dengan adiknya yang cantik.
-Lalu Allah menurunkan api dari langit dan menyambar korban Habil sebagai isyarat korban itu diterima Allah.
-Habil yang mempunyai sifat tenang sentiasa reda dan meletakkan Allah sebagai tempat dia bergantung harap.
-Surah al-Maidah, ayat 28: “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.”
-Habil pun berkata kepada Qabil, “Adakah berdosa aku jika Allah menerima korbanku dan menolak korbanmu?” Habil kemudian menasihati Qabil supaya tidak bertindak tergesa-gesa sehingga mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan.
-Habil meminta Qabil mengawal perasaan serta memikirkan sedalam-dalamnya akibat perbuatannya kelak.
-Bagaimanapun, sifat tidak sabar Qabil itu menyebabkan beliau akhirnya bertindak di luar kawalan sehingga membunuh adiknya itu.
-Kisah yang berlaku itu jelas memberi peringatan kepada manusia supaya sentiasa bersabar dan meneguhkan keimanan kepada Allah.
-Bagi mereka yang benar-benar menghidupkan jiwanya kerana Allah, pasti tidak meletakkan nafsu melebihi segala-galanya.
-Kita ingatlah bahawa kehidupan memerlukan pengorbanan. Kita perlu letakkan komitmen kita untuk membuat banyak kebaikan.
-Dalam melaksanakan ibadat kepada Allah, sewajarnya kita tidak kisah berkorban wang ringgit dan harta benda untuk mencapai tahap ketakwaan.
-Kamu tidak masuk syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Kita buat segalanya kerana Allah. Semua yang kita lakukan dibuat atas roh korban.
-Antara hikmah ibadat korban adalah untuk memberi kesempatan kepada golongan miskin merasai nikmat seperti dirasai golongan kaya.
-Iaitu ibadat korban itu dapat menyuburkan perasaan kasih sayang sesama manusia seterusnya mendekatkan diri kepada Allah.
-Dengan mengalirnya darah haiwan yang dikorbankan itu, diharap terhapus sifat iri hati golongan kurang bernasib baik. Pada masa sama, ia menghilangkan sifat sombong, bongkak dan ego pada golongan yang kaya.
-Sabda Nabi saw: “Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Aidiladha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat sebagai saksi dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, berbahagialah dirimu dengannya.” (HR al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim).
-Korban Habil diterima manakala Qabil tidak diterima.
-Jadi, kita perlu tahu sebenar-benarnya tuntutan kurban ini.
-“Ya Allah jadikan rezeki aku untuk membuat ibadat korban dengan luaran dan rohnya.”
-Kita perlu buat yang terbaik. Kita hendak roh nya berkesan sampai bila-bila.
-Bila Qabil hendak membunuh Habil maka Habib menyatakan kepada Qabil bahawa sesungguhnya Allah hanya terima korban orang yang ikhlas dan semata-semata kerana Allah.
-Allah ingin melihat samada kita benar-benar patuh kepada perintah Allah.
-Kita korban bererti kita hendak mengorbankan hawa nafsu.
-Syaitan akan sentiasa mengganggu anak Adam daripada membuat kebaikan.
-Habil bila ia buat korban, ia beri yang terbaik. Berbanding Qabil yang buat korban bukan yang terbaik dan ia dibuat dengan hawa nafsu.
-Maka kita perlu usaha beri yang terbaik dalam hidup ini.
-Kita perlu sentiasa berusaha membuat perubahan yang besar yang mana mungkin memerlukan pengorbanan harta dan masa.
-Surah Ali-Imran 92: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu nafkah, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
-Jadi, kalau kita mempunyai kemampuan yang tinggi kita keluarkanlah “duit yang baru dan berkilat”. Jangan hanya guna “duit yang lusuh” sahaja.
-Untuk kita dekat diri kepada Allah maka kita tukar persekitaran. Kita dekatkan diri dengan para ulamak dan orang alim. Kita dambakan rahmat dan rahim Allah.
-Jangan kita kembali kepada Allah dalam keadaan Allah murka kepada kita. Maka kita ikutlah jejak Habil dan kita jauhilah jejak Qabil.
-Nabi saw saw telah berpesan kepada Saidina Muaz ra untuk sentiasa membaca doa ini: “Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa mengingati mu, mensyukuri mu dan memperbaiki amalan ku”
-Maka kesempatan yang kita ada, kita gunakan. Kita tidak tahu samada tahun depan kita masih ada ruang untuk berkorban.
-Jika kita mempuyai harta dan pendapatan tetapi susah untuk membuat kebaikan dan susah untuk berkorban maka hendaklah kita semak diri kita dan punca pendapatan kita.
-Manusia dan roh korban yang kuat akan menyebab kita buat segalanya dengan terbaik. Jika kita seorang pemimpin maka kita jadilah pemimpin yang terbaik.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment