Sunday, 14 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (120/2019): SIRAH-IBRAH DARIPADA PEPERANGAN BADAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 14 Julai 2019/ 11 Zulkaedah 1440H (Ahad) oleh Ustaz Muhammad Ismail

~samb
● Pendahuluan
-Peperangan Badar adalah peperangan pertama yang diikuti dan dipimpin oleh Nabi saw.
-Jadi apakah ibrah yang kita dapat perolehi daripada cara Nabi saw mengendali dan memimpin peperangan tersebut?
-Dalam peperangan yang telah dimenangi oleh Islam tersebut, Nabi saw banyak menggunakan kaedah perbincangan/syura dalam membuat keputusan.
-Jadi, antaranya Nabi saw sanggup duduk berbincang dengan para sahabat samada perlu atau tidak menyekat barang perdagangan yang dibawa oleh Abu Suffian. Barangan dagangan orang Islam sebelum itu telah dirampas oleh orang kafir musyrik.
Nabi saw boleh sahaja untuk terus mengeluarkan arahan dan membuat keputusan bersendirian.
Antara pengajaran yang kita boleh ambil ialah:
1. Kepatuhan para sahabat kepada Nabi saw.
-Kita boleh lihat prinsip syura yang diamalkan oleh Nabi saw dalam urusan kehidupan yang tidak ada nas syarak.
-Contohnya, sebagai pemimpin dan panglima perang, baginda saw berbincang secara bersama para sahabat. Para sahabat bersama-sama memberi idea dan pandangan dalam sesuatu keputusan dan tindakan.
-Namun, nas yang menunjukkan Nabi saw ada berbincang (syura) dengan sahabat dalam setengah-setengah keputusan, ianya adalah nas secara umum sahaja. Iaitu terpulang kepada ummah untuk mengikutinya mengikut kesesuaian.
Contohnya dalam bab samada boleh atau pun tidak berselawat semasa solat terawikh. Nas umum yang di gunakan ialah: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat kepada Nabi”
-Maka atas nas umum ini dibuat selawat semasa solat terawikh.
-Jadi ulamak secara jumhurnya bersetuju bahawa kaedah syura boleh digunakan dalam menguruskan kehidupan. Ianya adalah bagi perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan ayat-ayat perintah dan hukum.
Contohnya, semua setuju bahaw pada nasnya hukum hudud adalah wajib. Manakala dalam pelaksanaannya dibenarkan untuk berijtihad. Iaitu bagaimana untuk ianya dilaksanakan daripada segi kesediaannya.
-Sesuatu yang telah diputuskan oleh syarak maka tidak boleh untuk dibuat ijtihad. Misalnya puasa selama sebulan di bulan Ramadhan, solat fardhu lima waktu, menunaikan haji di bulan haji dan lain-lain.

2. Hukum yang dibuat oleh pemerintah.
-Pemerintah boleh membua sesuatu hukum, peraturan, dasar dan perkara-perkara lain yang bersesuaian dengan keadaan dan keperluan ummah dan negara.
-Perjanjian dengan pihak lain adalah syariat pemerintahan.
-Dalam dunia moden, semua undang-undang, dasar dan peraturan utama dibawa ke parlimen untuk dibincangkan, dipertimbangkan dan kelulusan sekiranya mendapat sokongan sebelum dilaksanakan.
-Keputusan/tindakan pemerintahan seperti perjanjian perdamaian, peperangan dan lain-lain tidak boleh melangkaui hukum asas yang telah ditetapkan oleh syarak.
Iaitu semua perkara perlu berlandaskan dengan hukum hakam Islam.
-Sesuatu kerajaan akan melihat semua faktor dalam sesuatu tindakan termasuk keputusan untuk memasuki peperangan, membuat hubungan dagangan, dll.
-Dalam pemerintahan Nabi saw, baginda telah menggunakan pelbagai strategik termsuk hubungan diplomatik dengan negara-negara lain dan kabilah-kabilah.
-Contohnya, Nani saw telah bersetuju menandatangani perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada tahun ke 6. Ianya adalah keputusan pemerintahan Madinah yang dipimpin oleh Nabi saw bagi mewujudkan suasana aman bagi usaha dakwah Islam bergerak tanpa banyak gangguan peperangan dengan pihak musuh.
-Setahun sebelum perjanjian Hudaibiyah, tentera Islam telah menghadapi peperangan al-ahzab dengan jumlah tentera hanya sebanyak 3 ribu orang sahaja.
-Dengan perjanjian Hudaibiyah, dipersetujui tidak ada peperangan selama 10 tahun. Maka Nabi saw telah dapat mengurangkan tekanan daripada pihak Jahilliah Mekah. Dalam tempoh tersebut, Nabi saw dapat meningkatkan intensiti dakwah.
Akhirnya kita dapati Islam telah berkembang.
-Selain perjanjian Hudaibiyah, Nabi saw juga telah banyak membuat perjanjian perdamaian dengan negara lain selain mengutus surat untuk mengajak mereka kepada Islam.
-Walau pun pada asalnya para sahabat sebenarnya tidak setuju dengan perjanjian hudaibiyah yang dirasakan berat sebelah. Antaranya orang Islam yang ditawan di Mekah tidak boleh dihantar balik sebaliknya orang jahiliah yang ditahan di Madinah perlu dihantar balik. Kemudiannya, orang Islam tidak boleh mengerjakan umrah/haji pada tahun pertama. Nama Nabi saw juga hanya ditulis Muhammad sahaja dalam dukumen perjanjian.
-Tapi Nabi saw memilih untuk menerima perjanjian Hudaibiyah tersebut. Baginda saw melihat bahawa ia adalah peluang untuk kembangkan Islam tanpa diganggu.
-Maka Islam telah berkembang. Ia ditunjukkan dengan jumlah tentera Islam semasa pembukaan kota mekah adalah seramai 10,000 orang berbanding semasa peperamgan al-Ahzab yang hanya 3,000 sahaja.
-Di timur tengah sekarang juga sedang berlaku keputusan-keputusan pemerintah yang akan mempengaruhi lanskap negara-negara Arab dan dunia. Lihat dasat yang diambil oleh Mesir yang cenderung kepada sekular. Lihat juga kepada Arab Saudi, Syria, UAE, dll.
-Jika kita lihat negara Jepun, mereka telah telah kalah dalam peperangan dunia. Namun dengan strategik yang diambil oleh pemerintahnya, Jepun telah berjaya membina semula negara mereka dalam tempoh 20 tahun. Ini adalah antara contoh strategik pemerintahan yg berkesan.
-Justeru, pemimpinlah yang perlu menentukan strategik pemerintahan dan dasar-dasar yang bersesuaian.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment