السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 12 Julai 2019/ 9 Zulkaedah 1440H (Sabtu) oleh Ustaz (Bilal Masjid TMZA)
● Pendahuluan
-Nabi saw menyatakan, apabila mati anak Adam maka putuslah segalanya kecuali tiga perkara:
i. Amal jariah
ii. Ilmu yang bermanafaat
iii. Doa anak-anak yang soleh
i. Amal jariah
ii. Ilmu yang bermanafaat
iii. Doa anak-anak yang soleh
-Kehidupan kita di dunia adalah untuk menyediakan bekalan hari akhirat kita kelak.
-Maka Nabi saw telah berpesan kepada kita untuk kita rebut lima perkara sebelum datang lima perkara:
-Masa muda sebelum datang masa tua
-Masa sihat sebelum datang masa sakit
-Masa lapang sebelum datang masa sibuk
-Masa kaya sebelum masa miskin
-Masa hidup sebelum mati
-Masa sihat sebelum datang masa sakit
-Masa lapang sebelum datang masa sibuk
-Masa kaya sebelum masa miskin
-Masa hidup sebelum mati
1. Masa muda sebelum datang masa tua:
-Waktu muda kita punyak banyak kekuatan. Kita gunakan untuk mengumpul bekalan dan buat banyak kebaikan.
-Maka manafaatkan tenaga muda kita untuk membuat banyak kebaikan, menuntut ilmu dan memajukan diri serta masyarakat.
-Maka manafaatkan tenaga muda kita untuk membuat banyak kebaikan, menuntut ilmu dan memajukan diri serta masyarakat.
2. Masa sihat sebelum masa sakit:
-Kita perlu tahu apa tujuan kehidupan kita.
-Amat rugi jika kita bazirkan usia kita, kita bazirkan masa sihat kita, kita bazirkan masa muda kita.
-Jangan kita menyesal bila semuanya telah berlalu dan ditarik balik.
-Di kala kita telah tua, telah sakit maka kita tidak boleh memusing masa ke belakang. Bila ianya telah berlalu tidak banyak yang boleh kita “qada” kan. Kita telah lemah, tenaga semakin kurang dan mungkin kesakitan mendekati kita.
-Bila kita bangun pagi, kita sucikan hati kita untuk membuat banyak kebajikan.
-Kita sentiasa berdoa semoga Allah tetapkan hati kita daripada berbolak balik.
-Kita hendak mati dalam keadaan berwuduk dan membawa amalan yang baik. Kita hendak pengakhiran yang husnul khatimah.
3. Masa lapang sebelum datang waktu sibuk:
-Kita gunakan masa untuk cari ilmu
-Kita gunakan masa untuk beriadah bagi sihatkan tubuh badan dan untuk dapat melaksanakan amanah/tanggungjawab kita.
-Kita gunakan masa untuk beriadah bagi sihatkan tubuh badan dan untuk dapat melaksanakan amanah/tanggungjawab kita.
-Bila datang waktu sibuk, maka kita tidak mampu untuk banyak beribadat dan berbuat kebajikan.
4. Waktu kaya kamu sebelum datang waktu miskin:
-Allah kurniakan kita dengan pelbagai kekayaan.
-Maka jangan kita lupa untuk gunakan kekayaan kita sebagai bekalan hari akhirat kita. Jangan biarkan kekayaan menjadi penyebab yang menarik kita ke neraka.
-Pendapatan/rezeki yang ada pada kita bukan semuanya untuk kita. Ada hak orang lain pada kekayaan kita. Ada hak isteri, anak-anak, orang miskin dan asnaf-asnaf yang memerlukan.
-Jangan kita sombong dengan kekayaan kita.
-Allah hantar kepada kita orang miskin, anak yatim dan lain-lain untuk kita membuat amal jariah. Jadi, Allah rezekikan kita untuk kita buat pahala dengan membantu mereka yang memerlukan.
-Kita boleh membantu orang tidak menunggu kita kaya seperti qarun. Pemberian yang istiqamah walau pun sedikit adalah disukai Allah.
-Apa yang kita sumbangkan memanglah kita tidak nampak di dunia ini.
-Nabi saw menyatakan bahawa dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam. Semasa di akhirat kelak baru kita nampak hasil cucuk tanam kita.
-Kita juga utamakan saudara mara kita dalam memberi sumbangan.
-Di dalam al-quran telah difirmankan bahawa harta yang kita infaqkan akan digandakan oleh Allah.
5. Masa hidup sebelum mati
-Kita rebut umur kita utk bekalan akhirat.
-Ajal kita telah ditentukan. Bila ianya telah sampai, ia tidak akan diawalkan atau dilewatkan.
-Bila telah berada di hari akhirat ada yang ingin kembali ke dunia untuk membuat amalan dan bersedekah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment