Sunday, 16 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (37/2020): TAUBAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra, Putrajaya: 16 Feb 2020 / 22 Jumadilakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat, maka Allah menerima taubatnya.” (HR: Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan menerima taubat seseorang, sebelum nyawanya sampai di tenggorokan (sebelum ia sekaratul maut).”(HR:Tirmidzi).
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla 'menghulurkan tangannya' (bersedia menerima taubat) pada waktu malam supaya orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah 'menghulurkan tangannya' (bersedia menerima taubat) pada waktu siang supaya orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat." (HR: Muslim).
-Sabda Nabi saw dalam satu hadis qudsi: "Telah berfirman Allah SWT: Wahai anak Adam! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada Ku, Aku tetap mengampuni mu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam! Andai kata engkau datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan ampunan sepenuh bumi pula." (HR: Tirmizi).

HURAIAN:
-Taubat adalah satu perkara wajib yang perlu dilakukan segera.
-Taubat adalah untuk kita kembali semula kepada Allah.
-Kita sentiasalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.
Beberapa syarat Taubat Nasuha untuk diterima:
1. Ikhlas kepada Allah
-Bukan tujuan lain. Bukan kita bertaubat dan tidak buat maksiat kerana takut cacian manusia.

2. Merasa penyesalan
-Orang yang selesa dengan maksiat yang dibuat maka susah untuk taubat diterima.

-Menurut ulamak, bermula taubat itu ialah berkawan dengan orang baik/alim. Hadir majlis ilmu. Sentiasa muhasabah diri.
3. Berazam sungguh-sungguh untuk meninggalkan maksiat.
4. Jika kesalahan berkaitan dengan hak orang lain maka perlu minta maaf kepadanya.
-Daripada hadith di atas, taubat itu ada deadline. Antaranya ialah, taubat hanya diterima sebelum matahari terbit daripada barat iaitu sebelum berlakunya kiamat.
-Ini menunjukkan betapa besarnya rahmat Allah. Ini adalah satu daripada sifat kesempurnaan Allah.
-Masa dan kesempatan yang banyak diberikan oleh Allah kepada kita.
-Surah Toha, ayat 82: “Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya."
-Surah at-Tahrim, ayat 8: “Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
-Surah al-Jumu'ah, ayat 8: “Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya maut yang kamu melarikan daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta akan membalasnya)."
-Surah An-Nur, ayat 31: “Orang yang bertaubat ialah mereka yang akan beroleh kejayaan.”
-Seorang sahabat Nabi saw bernama Saffuan bertanya kepada seorang bernama Zain yang datang bertemunya, “Apa yang menyebabkan kamu datang dari jauh dari rumah kamu”. Maka jawab Zain, ia datang untuk mencari ilmu. Saffuan menyatakan bahawa malaikat akan menurunkan sayap-sayapnya bagi orang yang mencari ilmu. Zain kemudian menyatakan bahawa ia mempunyai masalah tentang berwuduk dengan sapu air di atas khuf. Ia bertanya kepada Saffuan adakah Nabi saw pernah sebut tentang bagai manakah hukum tentang menyapu air atas khuf untuk berwuduk. Saffuan menyatakan, bila ia bermusafir dengan Nabi saw, baginda saw melarang para sahabat yang mengikutnya bermusafir mencabut khuf bila pergi buang air kecil kecuali jika perlu mandi hadas besar.
Not: Terdapat syarat-syarat dan jenis-jenis khut yang boleh digunakan untuk boleh sapu air di atasnya bila hendak berwuduk.
Antara syaratnya: Telah berwuduk sebelum memakai khut, khut yang dipakai perlulah tahan lama, tidak masuk air dan menutup seluruh kaki.

Lama manakah kaedah menyapu air atas khut untuk berwuduk? Orang yang bermukim ia boleh guna satu hari sahaja manakala untuk orang bermusafir ialah selama tiga hari.
Nota: Bagaimana pengiraan satu hari itu ada perbezaan pandangan. Ada yang menyatakan ianya adalah bermula daripada waktu memakai khut dan ada pula mengatakan ianya bermula bila mulanya batal wuduk, iaitu waktu kita mula menyapu air ke atas kedua khutnya.
●Penutup
-Hendaklah kita sedar setiap dosa yang kita lakukan, kemudiannya kita menyesal dan seterusnya kita bertaubat kepada Allah SWT.
-Janganlah kita tunggu sehingga kita tiada lagi rasa bersalah apabila melakukan perkara berdosa.
-Antara tanda taubat kita diterima, hati semakin lembut dan terbuka untuk melakukan ibadat, selain mudah tersentuh apabila berbuat maksiat dan menyesalinya.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment