السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45
pagi: 28 Mei 2020 / 5 Syawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam
Masjid Putra, Putrajaya).
Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 1.
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.
اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ
وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
-Marilah kita sama-sama merafakkan
syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan
Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik
Allah.
-Kita buktikan kesyukuran kita dengan
mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan
ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan
pandangan belas kasihan.
-Semoga kita dikurniakan kecerahan
hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Sama-sama kita menjadi hambaNya yang
kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan. Semoga jadi asbab keredhaan Allah
kepada kita semua.
-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.”
HURAIAN:
-Surah ini dimulai dengan seruan yang
kepada seluruh manusia yang mukalaf ketika mula turun ayat hingga kepada
seluruh manusia yang lahir di dunia ini sehingga hari kiamat.
-Seruan ini tidak terhad kepada
sesuatu puak/bangsa yang hidup pada sesuatu tempat atau masa sahaja. Seruan ini
adalah untuk semua samada yang beriman atau tidak beriman yang berada di
seluruh pelusuk alam.
-Seruan ini mengandungi amaran,
berita gembira, peringatan dan suruhan untuk mengukuti perintah Allah yang
mencipta alam ini.
Ia tidak merujuk kepada kepada
sesetengah golongan seperti penduduk Mekah, Nabi Adam as atau seumpamanya.
-Kalimah “pasangannya” adalah merujuk
kepada isteri Nabi Adam as iaitu Hawa.
-Imam al-Fakaruddin al-Razi
menyatakan pasangan adalah merujuk kepada isteri Nabi Adam as iaitu Hawa.
Pandangan ini adalah berasaskan
hadith Nabi saw yang menyatakan bahawa Hawa adalah dicipta daripada satu juzuk
Nabi Adam as.
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang
beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menggangu jirannya. Dan
berbuat baiklah kepada wanita, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk dan
tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau cuba
meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkan, ia akan
tetap bengkok. Jadi kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita.” (HR: Bukhari)
-Ada pun pada pandangan yang kedua
pula mengenai penciptaan “pasangan”, mereka menyatakan ianya diciptakan dari
jenisnya (manusia) dan bukan dari dirinya (Adam).
-Ayat pertama ini mengandungi dua
intipati utama yang perlu di ambil perhatian.
1. Kesatuan kepercayaan (ikhtikad).
-Iaitu bahawa adanya Tuhan yang
menghidupkan dan mematikan. Allah lah mencipta manusia yang mempunyai pelbagai
bangsa keturunan dan warna kulit.
2. Kesatuan manusia dalam kejadian.
-Iaitu walau pun manusia itu berbeza
dari jenis bangsa dan warna kulit, hakikatnya semuanya daripada penciptaan yang
satu iaitu daripada keturunan Nabi Adam as.
-Maka manusia adalah makhluk yang
dimuliakan oleh Allah. Banyak ayat yang menyatakan keistimewaan penciptaan
manusia.
-Surah at-Tiin, ayat 4: “Sesungguhnya
benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”
-Surah al-Isra’, ayat 70: “Dan
sesungguhnya Kami muliakan anak cucu Adam dan Kami membawa mereka ke daratan
dan lautan dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami
lebihkan mereka atas kebanyakan daripada siapa saja yang Kami ciptakan dengan
kelebihan yang sempurna.”
-Justeru, hendaklah manusia
mengesakan Allah. Hendaklah kita saling berkerjasama untuk kebaikan dan
keharmonian bersama.
-Tidaklah sepatutnya manusia itu
saling merasa lebih baik daripada yang lain kerana warna kulit, darjat, harta
benda dan kemuliaan dunia. Sebaliknya baik buruk seseorang itu bergantung
kepada bagaimana kebaikan hubungannya dengan Allah dan hubungan sesama manusia
serta dengan alam ciptaan Allah.
-Lalu Allah berfirman: “Bertaqwalah
kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu
(Adam...Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
-Ini adalah satu ayat keimanan untuk
kita jadikan teras kehidupan. Ianya adalah penjelasan Allah akan kedudukan
manusia di muka bumi ini.
-Maka berpegang kepada ayat pertama
surah An-Nisa ini, hendaklah kita simpul rapikan dengan ikhtikad yang putus bahawa
kita semua bermula daripada diri yang satu.
-Hendaklah kita jadikan seruan Allah
dalam ayat ini sebagai pendorong yang kuat untuk kita menjauhkan diri daripada
segala perkara yang Allah larang. Hendaklah kita saling tolong menolong dan
berkasih sayang sesama insan. Sesungguhnya kita daripada diri yang satu. Kita
peliharalah perhubungan dan keharmonian sesama keluarga, kerabat, masyarakat,
negara dan dunia sejagat.
-Justeru, bertolong-tolonganlah kita,
apatah lagi dalam kita menghadapi penularan wabak penyakit dan penularan
cengkaman kemelesatan ekonomi yang melanda negara dan dunia pada masa ini.
Kebersamaan dan kesepaduan sejagat boleh menjadi pembenteng kepada ancaman
kemudaratan dan seterusnya mencambahkan kesejahteraan serta kelestrian
kehidupan.
-Kemudian Allah berfirman, “..Yang
menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),”
-Seterusnya, Allah nyatakan bahawa
dengan penciptaan Adam dan Hawa itu maka berkembang biaklah keturunan manusia.
Iaitu firmanNya: “..yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki
dan perempuan yang ramai.”
-Iaitu berlakulah pembiakan zuriat
keturunan manusia lelaki dan perempuan yang ramai. Manusia beranak pinak dan
tersebar ke serata alam dunia ini dengan kehendak dan kekuasaan Allah.
-Bermula dengan Nabi Adam as,
kemudian berkembang biak dan terpancar kepada serata alam.
-Iaitu Allah membiakkan zuriat Adam dan
Hawa. Maka banyaklah lelaki dan perempuan yang bertebaran di atas muka bumi
ini.
-Iaitu Allah nyatakan kepada kita
bahawa pembiakan manusia melalui kelahiran oleh perempuan dengan hubungan
lelaki dan perempuan adalah sunnatulah yang telah ditetapkanNya.
-Jadi semua kita adalah dari
keturunan yang satu, iaitu Nabi Adam as.
-Apa hikmak Allah sebut istilah
“rijalah kasiroh”. Iaitu istilah yang menyatakan bilangan lelaki yang ramai. Ia
membawa maksud bahawa golongan lelaki itu ditampilkan di hadapan. Di mana
golongan perempuan adalah yang perlu dilindungi oleh lelaki yang sunnatullahnya
diberi kekuatan fizikal yang banyak berbanding perempuan. Sunnatullah bagi
perempuan pula adalah kelembutan.
KESIMPULAN:
Terdapat empat perkara utama yang
boleh disimpulkan dalam ayat 2, surah An-Nisa ini:
i. Islam adalah agama yang menekankan
hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Hubungan antara satu dengan lain dalam
keluarga dan masyarakat perlu dipelihara. Bila kita ingin menjadi insan
bertaqwa maka jagalah hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Kedua-dua hak
perlu ditunaikan.
ii. Manusia perlu bersatu. Jauhilah
segala bentuk diskriminasi antara mereka berdasarkan warna, etnik, bahasa dan
kawasan. Ianya adalah dilarang Allah. Allah menciptakan semua manusia dari yang
satu iaitu Nabi Adam as.
iii. Allah Maha Mengetahui niat
setiap kita. Kita tidak harus mempraktikkan diskriminasi terhadap sesama
manusia walau pun dalam hati.
iv. Semua anak Adam adalah satu
keluarga. Iaitu satu ayah dan satu ibu. Justeru, kita semua harus saling
menghormati seperti keluarga sendiri.
●Penutup
-“Demi jiwa-jiwa yang kembali suci,
Demi hati yang kini putih-fitri, Demi Takbir yang menggema di langit Ilahi.
Semoga ‘kemenangan’ ini menjadi
hakiki.”
《May Allah give us
ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment