السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45
pagi: 27 Mei 2020 / 4 Syawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam
Masjid Putra, Putrajaya).
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.
اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
-Marilah kita sama-sama merafakkan
syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan
Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik
Allah.
-Kita buktikan kesyukuran kita dengan
mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan
ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan
pandangan belas kasihan.
-Semoga kita dikurniakan kecerahan
hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga kita menjadi hambaNya yang
kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru berlalu.
Moga jadi asbab keredhaan Allah.
OVERVIEW SURAH AN-NISA:
-Dinamakan surah An-Nisa kerana ayat
berkaitan wanita lebih banyak berbanding ayat-ayat yang lain.
-Surah ini juga dikenali sebagai
surah Nisa Al-Kubra yang bermakna surah An-Nisa yang besar. Manakala al-Thalaq
dikenali juga dengan nama Nisa al-Sughrah atau Nisa al-Qushrah iaitu surah
An-Nisa yang kecil.
Bagaimanakah hubungan surah An-Nisa
dengan surah sebelumnya iaitu surah ali-Imran:
-Surah ali-Imran telah diakhiri
dengan seruan untuk bertaqwa iaitu di ayat 200.
-Jika kita hubungkan dengan ayat
pertama pada surah An-Nisa ini, ianya juga dimulai dengan seruan untuk kita
bertaqwa kepada Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 2: “Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.”
-Jika di dalam surah ali-Imran
diperincikan tentang peristiwa perang Uhud, dalam surah An-Nisa ini juga
disentuh tentang peristwa peperangan tersebut.
-Terdapat juga ayat-ayat yang
menyanggah hujah-hujah golongan munafik dan membongkar penyelewangan serta tipu
daya mereka.
-Surah An-Nisa adalah antara surah
yang panjang iaitu kedua terpanjang di antara surah-surah al-Maddiniyah iaitu
selepas surah al-Baqarah. Ia mengandungi 176 ayat (bagi para pembaca al-quran
dari Suriah (Syam) ia menyatakan 177 ayat dan bagi pembaca lain menyatakan 175
ayat), memiliki 3,764 perkataan dan 16,328 huruf.
-Surah ini mengandungi
nasihat-nasihat yang unggul. Ia memberi panduan aturan kehidupan dalam pelbagai
aspek termasuk berumahtangga, kehidupan berkeluarga, hubungan suami isteri,
hubungan negara, kemasyarakatan dan lain-lain.
-Ia juga mengandungi keterangan
bagaimana untuk mempunyai struktur pengurusan keluarga, masyarakat, organisasi
dan negara yang terbaik yang membawa kepada kestabilan.
-Dijelaskan bahawa hubungan sesama
manusia adalah bersifat global/sejagat. Ia saling berhubungan dan bergantungan.
-Hukum hakam berkaitan kekeluargaan,
wanita, mahram (termasuk anak susuan), mahar dan lain-lain dinyatakan dalam
surah An-Nisa ini. Ia adalah berkaitan aturan kehidupan yang memberi
penghormatan dan meletakkan martabat wanita pada tempat yang sewajarnya. Ia juga
memberi jaminan keadilan dan menjaga kebajikan semua. Panduan bagi menghadapi
krisis rumah tangga dan kepimpinan juga turut dijelaskan. Diterangkan bagaimana
untuk membina rumah tangga yang berfungsi dengan baik dan diredhai Allah.
-Selepas panduan kekeluargaan, surah
An-Nisa ini memberi panduan kehidupan bermasyarakat. Menekankan pentingnya
sifat ehsan, berkasih sayang, mengambil berat dan saling memaafkan. Dijelaskan
juga tentang pentingnya untuk melaksanakan tanggung jawab dan amanah. Maka
dengannya akan muncullah individu, masyarakat, ummah dan negara yang hebat.
Iaitu kita tidak akan mudah untuk diperkotak katikkan. Lantas wujudnya
kestabilan dan ketenangan. Sekiranya terpaksa berhadapan dengan musuh maka
sentiasa mempunyai kekuatan dan kesiapsagaan.
-Surah ini juga memberi panduan
berkaitan menjaga hubungan antara negara. Dijelaskan juga tentang kepentingan
jihad dan berkaitan perangai orang munafik yang suka membawa kepada perpecahan.
Allah jelaskan betapa bahayanya orang munafik. Konspirasi dan penyelewangan
orang munafik yang cuba mereka sembunyikan juga telah dirakamkan oleh Allah
dalam surah An-Nisa ini.
-Surah An-Nisa ini Allah akhiri
dengan memperihalkan kesesatan-kesesatan golongan ahli kitab. Mereka bersifat
melampau dengan cuba hendak membunuh Nabi Isa as. Mereka membawa fahaman
triniti dalam pegangan mereka. Maka Allah telah menyeru mereka untuk kembali
menerima kebenaran.
-Kesimpulannya, surah An-Nisa ini
mengandungi ayat-ayat yang membimbing manusia bagi menjalani kehidupan bersama
dengan masyarakat. Ianya adalah ayat-ayat asas tentang masyarakat Islam yang
perlu sentiasa dipelihara.
Tema Umum Surah An-Nisa:
-Kebanyakannya adalah tentang hukum
fekah yang berkaitan dengan perempuan, anak-anak yatim dan hukum-hukum
faraith/pusaka disebutkan pada surah ini.
i. Ajaran tentang pembentukan dan
pengaturan rumah tangga
ii. Silaturahim dan membantu kedua
orang tua, kerabat terdekat, tetangga, orang-orang dalam perjalanan dan
orang-orang kurang mampu.
iii. Jihad melawan orang-orang kafir
iv. Peringatan melawan orang-orang
munafik
v. Masalah wilayah, pemerintahan
Islam, terciptanya keadilan sosial, hijrah dari masyarakat rusak menuju
masyarakat yang sehat untuk menunaikan perintah-peritah agama.
-Moga kita dapat mengikuti tafsir
ayat demi ayat, kalimah demi kalimah.
●Penutup
Demi jiwa-jiwa yg kembali suci.
Demi hati yg kini putih-fitri.
Demi Takbir yg menggema di langit
Ilahi.
Semoga *kemenangan* ini menjadi
hakiki.
《May Allah give us
ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment