السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45
pagi: 29 Mei 2020 / 6. Syawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam
Masjid Putra, Putrajaya).
Sumber: Tafsir surah An-Nisa, ayat
1-2.
●Pendahuluan
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنِْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ,
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.
اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاكُمْ مِنَ العَاءِدِيْنَ وَالفَاءِزِيْنَ
وَالمَقْبُوْلِيْنَ.
إن شاء الله.. آمين يا رب العالمين..
-Marilah kita sama-sama merafakkan
syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan
Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik
Allah.
-Kita buktikan kesyukuran kita dengan
mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan
ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan
pandangan belas kasihan.
-Semoga kita dikurniakan kecerahan
hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga kita menjadi hambaNya yang
kuat berusaha untuk menambah ketaqwaan terutamanya di bulan Ramadhan yang baru
berlalu jadi asbab keredhaan Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 1: “Wahai
sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.”
-Surah An-Nisa, ayat 2: “Dan
berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan
janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu
makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya
(yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”
HURAIAN:
-Allah telah menyatakan bahawa
manusia adalah dari yang satu. Allah lah yang menciptakan manusia bermula
dengan Nabi Adam as.
-Allah memerintahkan manusia untuk
bertaqwa dan ingatkan bahawa mereka adalah bermula daripada ciptaanNya yang
satu.
-Kita perlu mempunyai sifat al-khauf
minallah iaitu takut kepada Allah. Maka dengan itu kita akan terus mendekat
diri dan berharap pada Allah. Perintah Allah untuk kita bertaqwa kepadaNya dan
menjaga hubungan sesama manusia akan kita taati.
-Surah al-Maidah, ayat 44: “..Kerana
itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku”.
-Allah juga telah berfirman tentang
hamba-hambanya yang paling mulia, iaitu para Nabi/Rasul dalam surah al-Anbiya,
ayat 90: “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam
(mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami
dengan harap dan takut. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami”
-Semakin dekat kita dengan Allah maka
semakin takut kita kepadaNya. Sabda Nabi saw, “Sesungguhnya aku yang paling
mengenal Allah dan akulah yang paling takut kepada-Nya”(HR: Bukhari-Muslim).
-Kalimah ‘adham’ membawa maksud
merasai keutamaan dalam hubungan dan silaturrahim sesama kerabat.
-Pada ayat pertama ini, ia membawa
maksud untuk kita bersama-sama kembali bertaqwa kepada Allah dalam apa keadaan
dan kita bersama memanjatkan doa permintaan kita atas nama Allah.
-Dan hendaklah takut kepada Allah
dengan menjaga hubungan kerabat dan kekeluargaan.
-Hendaklah kita jalinkan hubungan
dengan al-ehsan. Hendaklah sentiasa dihubungkan dan jangan diputuskan.
-Allah berfirman, “wattaqullaaHal
ladzii tasaa-aluuna biHii wal arhaam (“Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan
[mempergunakan] nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan
[perlihatkanlah] hubungan silaturahim.”)
-Ia membawa maksud hendaklah kamu
bertaqwa kepada Allah yang padaNya kamu sama-sama meminta.
-Ertinya bertakwalah kalian kepada
Allah dengan mentaati-Nya.
-Ibrahim, Mujahid, dan al-Hasan
berkata: “Alladzii tasaa-aluuna biHii wal arhaam; ertinya sebagaimana ucapan
seseorang: ‘Aku meminta kepadamu dengan [nama] Allah dan dengan [hubungan]
rahim.’”
-Adh-Dhahhakk berkata: “Bertakwalah
kalian kepada Allah yang dengan-Nya kalian saling mengikat janji dan
persetujuan, serta takutlah kalian memutuskan silaturahim, namun berupayalah
kalian untuk berbuat baik dan menyambungnya.”
-Sebahagian ulama membaca: wal
arhaama; dengan khafadh [kasrah, al arhaami] sebagai athaf [sambungan] dari
dlamir [biHi], erti kalian saling meminta satu sama lain kepada Allah dan
hubungan silaturahim.
-Maka apabila digabungkan dengan nama
Allah tatkala manusia memohon doa dengan menyebut nama Allah dan Allah inginkan
manusia bersilaturrahim maka ianya menjadi tuntutan yang besar untuk diikuti.
Iaitu menjaga silaturrahim boleh menjadi asbab untuk mustajab doa.
-Nota: Keshahihan qiraat yang
dinisbah dengan imam yang mukhtabar ianya tidak boleh ditolak kerana ia telah
sabit salah satu cara bacaan al-quran para sahabat kepada para tabien/ulamak
yang berasal daripada bacaan Nabi saw. Maka jika ianya dinafikan bererti ia
menolak bacaan Nabi saw.
-Jadi, apa jua sanggahan terhadap
bacaan yang dinisbahkan kepada Nabi saw, ia tidak boleh dilakukan.
-Di akhir ayat 1, surah An Nisa ini
Allah menyuruh manusia yang berakal untuk bertaqwa kepada Allah. Allah akhiri
firmanNya pada ayat ini: “sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas)
kamu.”
-Iaitu tidak ada sesuatu yang boleh
disembunyikan daripada pengawasan Allah.
-“InnallaaHa kaana ‘alaikum raqiiban
(“Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.”) ertinya Allah Maha
Mengawasi seluruh kondisi dan amal mu, sebagaimana firman Allah: “wallaaHu
‘alaa kulli syai-in syaHiid” (“Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.”)
-Nabi saw bersabda: “Beribadahlah
kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Dan jika engkau tidak melihatNya,
maka pasti Allah melihat mu.”
-Kita lihat banyak pengajaran yang
boleh diperolehi.
-Ini merupakan arahan dan perintah
untuk kita sentiasa merasa diawasi oleh Allah Yang Maha Mengawasi. Untuk itu
Allah menyebutkan bahawa asal penciptaan manusia itu adalah dari satu ayah dan
satu ibu, agar kita berkasih sayang dengan sebahagian yang lainnya. Allah juga
meminta kita untuk memperhatikan kaum dlua’afa (orang-orang lemah) di kalangan
mereka.
-Sabda Nabi saw: “(HR: Muslim
daripada Jarir bin ‘Abdullah al-Bajali, ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah
saw di saat menerima kedatangan kelompok Mudharr yang merupakan para petani
buah-buahan dari kalangan kaum miskin dan fakir, beliau berdiri berkhutbah di
hadapan orang banyak setelah solat zohor. Di dalam khutbahnya, baginda membaca
ayat ini: “Yaa ayyuHal ladziina aamanut taqullaaHa wal tandhur nafsum maa
qaddamat lighad (“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah. Dan
hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok
(hari kiamat)”. (surah al-Hasyr: 18).
-Kemudian baginda menganjurkan
sedekah kepada mereka, lalu bersabda: “Seorang lelaki bersedekah dengan
dinarnya dan dirhamnya serta dengan satu sha’ gandumnya dan satu sha’
kurmanya.’ Dan baginda menyebutkan lanjutan hadits hingga sempurna.”
-Justeru hendaklah kita menjadi
manusia yang yang dapat menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama
kerabat serta ummah. Kita buat banyak kebaikan untuk kerabat, jiran tetangga,
masyarakat, negara dan dunia.
-Ini adalah untuk membuktikan
ketaqwaan kita kepada Allah. Maka kedua-dua hubungan iaitu dengan Allah dan
manusia, hubungan dalam negara dan antarabangsa adalah penting untuk kita umat
manusia.
-Segala aspek kehidupan kita adalah
dalam pengawasan Allah.
-Surah An-Nisa, ayat 2: “Dan
berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan
janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu
makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana
sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.”
HURAIAN:
-Perintah Allah ini adalah kepada
kita semua. Iaitu untuk orang memelihara menjaga anak yatim atau diberi
tanggungjawab menguruskan anak yatim. Anak yatim adalah mulia. Ia adalah
perintah yang umum, termasuklah tanggungjawab pemerintah (ulul amri) untuk
memastikan kebajikan dan perhatian diberikan kepada anak yatim.
-Maksud kalimah al kalamah ialah anak
yang tidak mempunyai bapanya. Iaitu tidak ada bapa di sisi untuk bergantung.
-Ulamak menyatakan bahawa istilah
anak yatim itu boleh digunakan untuk anak yang kehilangan bapa dan juga orang
yang dewasa yang kehilangan anak.
-Tetapi ianya telah tidak boleh
digunakan untuk anak yatim yang dewasa.
-Bila ia telah besar dan boleh
berdikari dan boleh menanggung diri dan keluarga maka hilanglah status anak
yatimnya.
RUMUSAN:
-Allah menyusun ajaran-ajaran dalam
surah an-Nisa ini termasuk ayat pertama ini untuk panduan kehidupan.
●Penutup
Demi jiwa-jiwa yang kembali suci.
Demi hati yang kini putih-fitri. Demi Takbir yang menggema di langit Ilahi.
Semoga *kemenangan* ini menjadi
hakiki.
《May Allah give us
ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment