السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sesi Perkongsian Ilmu@Mesyuarat Agung Puspanita, MEA: 30 Januari 2020/ 6 Jumadilakhir 1441H (Khamis) oleh Ustaz Imam Muda Asyraf
●Pendahuluan
1. Kita perlu bekerja dengan rasa bahagia. Kebahagian perlu kita pupuk bersama. Kita bukan hendak bahagia seorang tetapi kita hendak semua orang bahagia.
-Bila kita bahagiakan orang, Insyallah kita juga akan bahagia.
2. Untuk menjadi pekerja yang baik perlu ada dua ciri:
i. Berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya
ii. Beramanah
-Kisah Nabi Musa as dan Nabi Syu’aib as. Nabi Musa as menolong anak Nabi Syu’aib as mengangkat air yang Allah rakamkan dalam al-quran, surah al-Qasas, ayat 22-28.
-Firman Allah dalam Surah al-Qasas, ayat 26: “Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapa ku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”.
-Dalam mencari pekerja, yang dilihat tidak hanya tenaganya atau kelayakannya semata-mata tetapi juga dan tidak kalah pentingnya adalah kejujuran calon pekerja tersebut.
-Puteri Nabi Syu’aib mengusulkan kepada ayahnya untuk mengambil Nabi Musa as kerana Nabi Musa as adalah seorang yang al-qawiy al Amin.
-Untuk mengetahui jujur atau tidaknya seseorang antara lain dapat dilihat dari bagaimana ia beragama ia taat dalam melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama.
-Misalnya dari segi cara berpakaian dan kesungguhan melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
-Dewasa ini sukar untuk mendapat pekerja yang sedemikian.
Oleh kerana majikan sukar untuk mendapat pekerja-pekerja yang memperlihatkan ketaatan beragama yang kuat maka pelbagai sistem pengurusan sumber manusia dilaksanakan bagi menghasilkan pekerja yang berkualiti dan tinggi produktivitinya.
-Para pekerja dan profesional yang taat beragama bukan sahaja menguntungkan majikan dari segi produktiviti tetapi juga aman dan selamat daripada segala macam bentuk penipuan, pecah amanah dan pelbagai penyelewangan.
3. Bumi ciptaan Allah adalah luas untuk kita mencari rezeki dan menjalani kehidupan.
-Firman Allah dalam surah al-Mulk, ayat 15: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”
-Daripada ayat ini, ia jelas menunjukkan bahawa dunia ini merupakan satu hamparan luas terbentang mudah untuk diterokai oleh sekalian manusia
-Rezeki di merata alam..jalanlah atas muka bumi yang rata. Carilah kurniaan Tuhan.
4. Untuk ubah/bangunkan manusia susah. Maka hendaklah kita membina kekuatan untuk menjadi pekerja yang berprestasi tinggi.
-Tetapi kita mudah untuk bangunkan sistem.
5. Hendaklah kita mencari rezeki yang halal dan berkat
-Kita perlu bimbang tentang pendapatan kita berbanding pakcik/makcik yang menoreh, nelayan, menjual nasi lemak dan lain-lain.
Adakah masa yang sepatutnya kita bekerja digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab atau pun sebaliknya.
6. Hendaklah kita bersyukur dengan segala kurniaan nikmat yang kita perolehi
-Kita syukur tidak tunggu senang/bahagia.
-Hendaklah kita syukur waktu senang dan susah.
7. Keupayaan dan kepuasan setiap orang adalah tidak sama
-Contoh, ada orang bila lihat bunga ros ia suka dengan bunganya sahaja. Ada orang suka dengan durinya.
8. Pekerjaan yang kita buat adalah pilihan kita.
-Kita sendiri yang buat pilihan apa jawatan dan pekerjaan yang kita usahakan untuk mendapat pendapatan. Maka kita buatlah sebaiknya.
9. Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah
-Ada yang kita dapat hati ini atas doa yang telah bertahun lamanya kita berdoa. Mungkin juga kita dapat dengan doa ibubapa/datuk nenek kita dahulu.
-Ada perlara yang kita dapat tetapi kita tidak pernah minta.
10. Kerja makan gaji dengan orang berniaga tidak sama.
-Bila bekerja makan gaji hendaklah kita ikut amanah yang diberikan oleh majikan.
-Kerja makan gaji adalah kerja berkumpulan. Kita hendak bekerja dengan semangat berpasukan yang tinggi.
-Persekitaran kita tidak boleh kita kawal. Kita perlu menyesuaikan. Jika kita perlu menambah ilmu maka hendaklah kita mencarinya.
-Tidak semestinya orang yang pandai itu menjadikan team itu hebat
-Berniaga tidak perlu hebat. Orang berniaga perlu buat yang betul.
-Ada orang ada orang pakar dan mempunyai PhD tetapi tidak semesti yang paling berjaya dalam perniagaan atau pekerjaan.
-Kita perlu orang yang betul.
-Ada orang pakar mengajar orang untuk berniaga tetapi ia sendiri tidak boleh berniaga.
11. Kita hendaklah berusaha membuat keputusan yang terbaik dalam kehidupan
-Satu hari kita buat 200-300 keputusan.
-Orang yang hebat ialah bila berjaya membuat keputusan yang tepat 9 daripada 10 keputusan yang dibuat.
12. Hendaklah saling meraikan perbezaan dan kelebihan orang lain.
-Dalam satu organisasi setiap orang ada kelebihan.
-Maka orang sekeliling kita boleh membantu kita untuk buat keputusan yang tepat. Kita tidak tahu semua perkara.
-Saidina Abu Bakar ra ia seorang yang lunak dan lembut. Saidina Umar ra seorang yang tegas. Saidina Muaz seorang yang mahir dalam ilmu falak. Saidina Zaid seorang yang mahir dalam diplomasi. Saidina Uthman seorang yang pemalu.
Kesemuanya ada kelebihan. Nabi saw menerimanya. Nabi saw tidak minta mereka berubah. Itu adalah karektor masing-masing.
Setiap orang mempunyai sifat/karektor yang dominan.
-Einsteiin menyatakan kepada Charlie Chaplin ia tidak bercakap tetapi ramai menyukainya.
13. Bukan semua perkara kita menentukannya.
-Dalam hidup ada yang kita boleh kawal dan ada yang kita tidak boleh kawal
-Seorang ketua yang baik ia tahu apa yang staffnya mampu dan yang staffnya tidak mampu. Setiap staff mempunyai keupayaaan berbeza.
-Ada yang boleh bekerja dengan cemerlang walau pun jauh dari keluarga. Ada yang tidak boleh.
-Ada ketika kita perlu beri apa yang staff hendak walau pun bukan yang terbaik. Adakalanya sebaliknya.
14. Bila berbincang/bercakap hendaklah memberi perspektif yang luas dan terbuka.
-Bila bercakap kita kita perlu memberi beberapa scenario.
-Kita telah matang. Kita boleh memberi pandangan, mendengar pandangan dan lain-lain dalam suasana yang baik.
15. Leader yang berkualiti akan mempunyai team yang berjaya.
-Team yang kuat datang daripada boss yang kuat.
-Persekitaran tempat kerja mempengaruhi produktiviti.
-Minda, jasmani dan roh (MINJARO) yang diuruskan dengsn sebaiknya akan mengatasi stress dan tekanan kerja.
-Beri peluang bagi kesalahan yang pertama.
-Tetapi jangan beri peluang bagi orang yang menipu.
-Hukuman boleh dibuat dengan meletakkan staff rasa bersalah jika tidak buat dengan betul.
16. Persekitaran dan perjalanan ekonomi dunia telah berubah. Persaingan semakin tinggi.
-Sekarang parking, interior design dan mall tidak diperlu sebanyak seperti dahulu.
-Sekarang telah ada pembelian online, food grab, car grab dan lain-lain.
-Bila kita tidak buat sesuatu maka kita akan terkeluar daripada saingan. Jika kita lambat sedikit maka akan tewas.
-Sifat sombong dan rasa champion dalam segalanya punca kekalahan.
-Kita jangan rasa hendak jadi rambo seorang-seorang.
17. Integriti:
-Ia amat penting.
-Seorang lelaki di perang Khaibar ia mati syahid tetapi Nabi saw menyatakan bahawa ia nampak lelaki itu dalam neraka. Ini kerana ada secebis kain harta ghalimah yang ia ambil dan diletakkan dilehernya sebelum diagihkan.
-Justeru pastikan kita cari rezeki yang halal.
-Yang penting perlu mendapat keberkatan dalam kehidupan.
-Ada juga yang tidak beramanah tetapi ia elok sahaja kehidupannya. Itu adalah dengan kemurahan Allah.
-Kehidupan di dunia adalah sebentar sahaja.
-Kita yang membuat pilihan
-Kita akan dapat apa yang layak kita dapat.
18. Kerehatan
-Perlu kerehatan seperti bercuti untuk meningkatkan produktiviti.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment