السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 29 Dec 2019 / 1 Jumadilawal 1441H (Kursus Minggu Ketiga (Samb):Sabtu, 9.00 - 12.00 tgh.)
Rukn Haji:
1. Niat Ihram Haji
4. Wuquf
10. Tawaf
11. Sa’ie
7. Bergunting/Bercukur
12. Tertib pada kebanyakan rukun
Wajib Haji:
2. Niat di Miqat
3. Larangan ihram
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
6. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah
9. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
Tawaf Dan Pengertiannya:
-Tawaf->Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh (7) pusingan dengan syarat-syaratnya.
Syarat-Syarat Sah Tawaf:
-Suci daripada Hadas
-Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis
-Menutup Aurat
-Bermula pada sudut Hajarul Aswad & berniat tawaf jika tawaf Wada’/Sunat/Nazar
-Menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
-Mengelilingi Kaabah tujuh (7) kali dengan yakin
-Berjalan bertujuan Tawaf
Jenis-Jenis Tawaf:
-Tawaf Rukun (haji atau umrah)
-Tawaf Qudum
-Tawaf Tahiyat Al-bait
-Tawaf Sunat
-Tawaf Nazar
-Tawaf Wada’
Sunat-Sunat Tawaf:
-Berjalan kaki
-Beridtiba’ bagi tawaf diiringi dengan Sa’ie (Lelaki)
-Melakukan Ramal (berlari anak) bagi tawaf yang diiringi denga Sa’ie (lelaki) 3 pusingan pertama
-Istilam Hajarul Aswad dan mengucupnya/Istilam rukun Yamani & Tidak mengucupnya
-Membaca zikir & doa
-Berturut-turut 7 pusingan
-Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk
-Solat sunat tawaf
Niat Tawaf:
-Disyaratkan melafazkan niat Tawaf bagi tawaf berikut:
1. Tawaf sunat
2. Tawaf nazar
3. Tawaf Wada’
4. Tawaf Tahiyat Al-Bait
5. Tawaf Qudum (semata-mata ziarah Makkah bukan tujuan haji atau umrah)
Lafaz niat Tawaf:
“Ya Allah aku hendak tawaf Baitullah Al-Haram tujuh keliling tawaf......(yang berkaitan) maka permudah dan terimalah daripada ku kerana Allah.”
Nota: Tidak disyaratkan berniat tawaf bagi Tawaf Umrah, Tawaf Haji dan Tawaf Qudum (bagi melakukan haji Ifrad atau Qiran).
Wuduk Semasa Di Tanah Suci:
-Hukum Asal: Bersentuhan lelaki dengan perempuan yang halal nikah tanpa lapik batal wuduk.
-Namun ada Rukhshah bermaksud: Keringinan yang Allah berikan kepada umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah di saat-saat darurah, masyaqqah atau haajah
-Azimah bermaksud: Suatu kemestian melaksanakan perintah Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Contoh: Wajib berwuduk semasa tawaf dan solat
-Oleh itu boleh beralih dari pendapat Syafi’e masyhur kepada pendapat Syafi’e yang Marjuh iaitu tidak batal berwuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa Syahwat dalam Masyaqqah dan Haraj seperti kesesakan di tempat tawaf dan lainnya.
Pendapat Ini Diguna Pakai Ketika:
1. Bermula dari keluar bangunan penginapan seterusnya hingga ketika di dalam Masjidil Haram atau Masjid Nabawi
2. Ketika berada dalam keadaan Masyaqqah seperti menaiki pesawat atau bas sepanjang tempoh mengerjakan haji/umrah sahaja
Sah diguna pakai untuk tawaf dan sebagainya selagi wuduk tidak terbatal mengikut mazhab Syafi’e. Contohnya seperti keluar angin daripada Qubul atau Dubur.
Nota: Bersentuh yang tidak batal dengan syarat ia tidak menaikkan syahwat.
Perhatian: Jemaah Haji Hendaklah Berhati-hati Dengan Najis yang Terdapat:
1. Selipar yang dibawa bersama selipar tawaf (semak jika ada najis burung yang terkena pada kain ihram)
2. Anak kecil berlampin
3. Pakaian yang bernajis
4. Tahi burung yang jatuh semasa tawaf
Aurat Lelaki Semasa Tawaf:
1. Aurat lelaki antara pusat
2. Jemaah lelaki juga dikehendaki menutup bahagian atau tubuhnya sebagai menjaga adab.
3. Idtiba’ (pemakaian ihram yang menampakkan bahu kanan). Hendaklah ketika dalam tawaf yang diiringi dengan Sa’ie sahaja. Beridtiba’ apabila hendak memulakan tawaf sahaja. Jangan beridtiba’ terlalu awal seperti di stesyen berlepas, lapangan terbang atau bangunan di Makkah atau Madinah.
Aurat Wanita Semasa Tawaf:
1.Had aurat
2. Berhati-hati dengan perkara ini:
-Bawah dagu
-Pergelangan tangan
-Anak rambut di muka
-Stokin (tebal)
-Anak rambut di kawasan telinga/berhati-hati jika memakai kacamata
3. Aurat (tidak semasa tawaf)
-Mengikut hukum biasa
Antara Kesalahan Tawaf:
A). Batal Tawaf:
1. Terbuka aurat dengan sengaja
2. Menyentuh Kaabah/kelambunya termasuk Syazarwan
3. Terbatal niat seperti sibuk mencari kawan (sehingga terlupa ia sedang bertawaf)
4. Menyentuh atau memasuki Hijr Ismail
5. Tidak yakin tawaf 7 pusingan tanpa menambahnya untuk menyakinkannya.
6. Belum cukup tujuh pusingan, kemudian terus bercukur dan Sa’ie. kerana dibimbangi ditinggal oleh isteri/suami/kawan
B). Makruh tawaf tetapi tidak batal tawaf
1. Makan/minum semasa tawaf
2. Bercakap (percakapan yang kurang sopan) semasa tawaf
3. Baca doa dengan nyaring
4. Bercakap menggunakan telefon bimbit
5. Melakukan ramal (berlari anak) dalam semua pusingan
6. Menahan kentut, membuang air kecil, membuang air besar
Perhatian: Kaedah Sambung Jika Terbatal Tawaf:
1. Boleh disambung (pusingan yg terbatal sahaja) di tempat pusingan terbatal tawaf
2. Yang afdhal dibuat semula pusingan tawaf yang terbatal bermula di rukun hajarul Aswad
Tawaf/Sa’ie Dengan Cara Menggunakan Kerusi Roda:
1. Jemaah yang disorong dan menyorong dikira mendapat pusingan tawaf /sa’ie secara bersama (2 dalam 1).
2. Hukum ini berbeza dengan tawaf dan sa’ie secara mendukung/mendukung hanya dikira seorang sahaja yang terhasil.
Nota: Bagi perempuan dan yang tidak sihat boleh meletakkan niat “berisyarat”. Ini kerana akan berlaku kedatangan haid sebelum sempurna tawaf dll.
~Arafah itu Akbar.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment