Saturday, 4 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (9/2020): KURSUS ASAS HAJI: SEJARAH & PENGENALAN TANAH SUCI & KELEBIHAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kursus Asas Haji 1441 Bil 1 (Musim Haji 1441H)/2020: Masjid UPM, Serdang, Selangor: 14 Dec 2019 / Rabiulakhir 1441H (Sabtu,9.00 pagi - 12.00 tgh)

●Pendahuluan
-Dalam persiapan menunaikan haji/umrah, jangan terlalu fokus kepada buku-buku yang dibaca. Kebanyakan buku memasukkan banyak sangat doa-doa. Hampir setiap muka surat ada doa.
-Bagi ibadat Haji atau Umrah tidak ada satu bacaan yang wajib dibaca. Ibadat haji & umrah adalah ibadat berkaitan dengan perbuatan. Walau bagaimana pun ia lebih afdal diiringi dengan doa-doa.
-Justeru, jangan kita terlalu fokus kepada doa-doa yang ditulis dalam buku-buki panduan haji & umrah.
-Yang afdhal untuk berdoa ialah berdoa dengan khusuk. Untuk doa yang khusuk maka kita baca dalam bahasa yang kita fahami.
Maksud Haji:
Dari sudut bahasa haji ialah tujuan.
Dari maksud sebenar, haji ialah mengunjungi baitul haram dgn syarat2 tertentu pada musim haji (syawal, zulkaedah, zulhijjah..)

Haji ia menghimpunkan segala ibadat-ibadat yang ada.
Dalam haji ada solat, di mana kita disunatkan untuk solat sunat selepas tawaf.
Dalam haji ada tanggungjawab beri makan bila kita membayar Dam.
Dalam haji juga ada puasa bila kita kena bayar dam kerana buat haji tamattur.
Jika tidak mampu bayar dam maka boleh puasa 7 hari di Mekah dan 7 hari selepas balik ke negara sendiri.

Semasa kita laksanakan haji, ia menunjukkan kebersamaan. Tidak ada perbezaan atas darjat, pangkat,
Jadi haji menyatukan dan menyamakan semua orang.

Ia menuntut pengorbanan jiwa dan jasmani (fizikal).
Haji adalah jihad.
Nabi saw menyatakan bahawa jihad yang tidak memerlukan peperangan ialah haji dan umrah.
Ia menuntut pengorbanan dan kesabaran. Sabar menunggu gilaran juga adalah ujian.

-Firman Allah: “Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.”
Peringatan: Dalam ibadat haji & umrah paling banyak sekali orang melakukan riak. Itu sebab Allah memesan kepada kita untuk kita buat Haji & Umrah dengan sempurna.
Mekah bererti mencari. Iaitu mencari penghapusan dosa.
Sejarah pertemuan Nabi Adam & Hawa:
-Konsep penerimaan taubat/penghapusan dosa
Pertemuan dua insan yg menganggap diri merekberdosa
Hasutan iblis (di mana-mana)

Pencetus ibadah Qurban (Al-Maidah, 27-31):
Qabil korban gandum
Habil korban kibasy

Sejarah Tanah Haram Makkah:
-Sejarah kehidupan Nabi Ibrahim a.s, isterinya Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s (Surah Ibrahim, ayat 37-38).
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah Mu yang diharamkan mencerobohinya.
Wahai Tuhan kami, (mereka di tempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang ( dan memakmurkannya dgn ibadat). Oleh itu jadikan hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kpd mrk dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.”

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan;dan tiada sesuatu pun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!”
Semasa Nabi Ibrahim a.s hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s iblis datang mengacau. Ia memujuk untuk Nabi Ibrahim a.s tidak menyembelih anaknya. Lalu Nabi Ibrahim a.s melontarnya dengan batu, sehingga di 7 tempat.
Jadi kita lontarkan batu untuk kita buang amalan buruk amalan syaitan daripada diri kita.
Sejarah Tanah Haram Makkah:
-Hajar mengadu kepada Allah SWT mohon rezeki
Nota: Dalam hidup bersuami isteri, hendak suami isteri menjaga aib suami/isteri. Jangan disampaikan kepada orang lain.

-Hajar berlari ulang alik dari Safa ke Marwah
-Keluar air dari pasir yang ditendang oleh Nabi Ismail a.s
-Ketika umur Nabi Ismail a.s 13 tahun, Nabi Ibrahim a.s datang ke Makkah
-Perintah qurban (sembelih Nabi Ismail a.s) melalui mimpi (Surah al-Saffat ayat 102-111)
-Gangguan Iblis, Nabi Ibrahim a.s melontar batu
-Kawasan yang tidak berpenghuni-laluan kabilah dagang
-Sukur Jurhum mohon keizinan Hajar untuk bermukim di situ
-Nabi Ismail a.s dijodohkam dengan anak kaum Jurhum
-Penguasaan kaum Jurhum selama 2 abad
-Suku Khuza’ah dari Yaman kuasai Makkah dengan menewaskan kaum Jurhum
-Qusay Ibnu Kilab menyatukan suku Arab menjadi satu bangsa atau kabilah Quraish yang disegani
-Rasulullah saw dilahirkan semasa kegemilangan kaum Quraish di bawah pimpinan Abdul Mutalib
-Rasulullah saw menamatkan penguasaan Musyrikin Quraish ke atas Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8 Hijrah.

Adab Tanah Haram:
1. Bergantung pada Allah SWT bukan kepada manusia
2. Menyedari diri sebagai tetamu Allah SWT
3. Menunjukkan akhlak yang mulia
4. Menyedari perjalanan haji adalah ibadat
5. Bersyukur dab redha denga apa yg disediakan
6. Menjauhi percakapan dan perbuatan keji
7. Elakkan sikap sombong dan takbur
8. Elakkan pertengkaran dan menyakiti Dhuyuffurrahman yang lain
9. Elakkan suka mengadu domba & membawa cerita yg tidak berasas (khabar angin)
10. Perbanyakkan ibadat sepertiTawaf, membaca al-quran, iktikaf, doa, taubat dan istighfar
11. Semangat tolong menolong dan kerjasama.

Kelebihan Tanah Haram:
1. Bumi kelahiran Rasulullah saw
2. Tempat kemuliaan, keselamatan dan keamanan
3. 120 rahmat turun ke atas Kaabah setiap hari:
-60 rahmat untuk orang yang tawaf
-40 rahmat untuk orang yang solat
-20 rahmat untuk orang yang memandang Kaabah
4. Digandakan kelebihan 100 ribu kali ganda bagi setiap solat dan amalan kebajikan yang dikerjakan di Masjidil Haram dan seluruh tanah haram Makkah
5. Tiada waktu ditegah untuk mengerjakan solat sunat
6. Makkah terpelihara daripada wabak Taun dan fitnah Dajal
7. Banyak tempat mustajab untuk berdoa

-Dalil petikan daripada Kitab Bahru Wafi ms 460.
Kata Ibn Abbas & lainnya:
“Setiap amalan kejahatan digandakan dia di dalam negeri Makkah seperti digandakan kebajikan ertinya besarkan kejahatan di Makkah terlebih banyak daripada kejahatan yang dikerjakan pada tempat lain daripada Makkah. Tiada bahawasanya, kejahatan itu berbilang supaya jangan menafikan ayat dan beberapa hadis yang disarihkan dengan ketiadaan berbilang-bilang kejahatan & telah sah pada hadis bahawasanya’:
-Satu kebajikan di Tanah Haram dgn 100 ribu kebajikan dan telah menunjukkan beberapa hadis atas bahawasanya sembahyang pd Masjidil Haram & kata qil sekalian Tanah Haram, berbeza ia atas segala negeri dgn ganda tiap-tiap sembahyang fardhu atau sunat hingga 100 ribu sembahyang, maka mengiringi padanya kemudian daripada Masjidil Haram itu rumah Saidatina Khadijah.

Ganjaran 100 ribu Kebajikan di Tanah Haram:
Dalil Petikan Kitab Bughyah al Tullab ms 102
Hadith Rasulullah saw:”Daripada Ibn Abbas bahawasanya Rasulullah saw bersabda “barangsiapa haji daripada Makkah berjalan kaki hingga kembali kepadanya disurat Allah SWT baginya dengan tiap-tiap langkah iaitu 700 kebajikan daripada kebajikan Tanah Haram dan satu hasanah Tanah Haram 100 ribu kebajikan”

Perbincangan Ulama’: Pendapat mengatakan kelebihan 100 ribu itu merangkumi seluruh Tanah Haram Makkah berdalilkan Isra Mikraj ketika Rasulullah saw di Israkkan baginda berada di rumah Ummu Hani’ bukan di dalam Masjidil Haram. Ulama menjelaskan bahawa Masjidil Haram yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut merujuk keberkatan “barakna haulahu” kepada Tanah Haram seluruhnya.
Tiada Waktu Ditegah Untuk Melakukan Solat:
Dalil -Petikan kitab Bahrul Wafi ms 62:
Dan makruh akan sebagai makruh tahrim, tiada sah sembahyang lagi haram jika dikerjakan dia maka lain daripada Tanah Haram Makkah iaitu 5 waktu:
-Selepas solat subuh sehingga syuruk
-Selepas waktu syuruk sehingga naik matahari (waktu dhuha)
-Ketika rembang matahari kecuali hari jumaat
-Selepas solat Asar sehingga terbenam matahari
-Masa kekuningan matahari sehingga terbenam matahari

Tempat-Tempat Mustajab Berdoa:
Kaedah berdoa yang betul ialah hendaklah kita minta dengan penuh khusuk. Permintaan yang datang dari hati kita. Gunakan bahasa yang kita faham.
1. Sepanjang masa tawaf di Baitullah/Kaabah
2. Multazam
3. Dalam Kaabah
4. Telaga Zam-Zam
5. Hijr Ismail
6. Bukit Safa
7. Bukit Marwah
8. Mas’a (Tempat Sa’ie)
9. Belakang Maqam Ibrahim
10. Arafah (Sepanjang Masa Wuquf)
11. Muzdalifah (Sepanjang masa bermabit)
12. Mina (Sepanjang hari Nahar & hari Tasyrik)
13. Jamrah Sughra
14. Jamrah Wusta
15. Jamrah Kubra

Nota:
Apakah kelebihan untuk meninggal di Mekah & Madinah.
Nabi saw bersabda:”Barangsiapa yang mampu mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan beri syafaat kepada orang yang mati di Madinah.”

Namun jika mati di Mekah akan ramai orang yang solatkan jenazah kita dan berdoa untuk kita berbanding jika mati di Madinnah.
Justeru baik untuk kita sentiasa berdoa untuk meninggal di Mekah & Madinah.
Apakah maksud Mekah:
Mekkah ialah tanah yang diharamkan pertumpahan darah sebelum diciptakan langit lagi.
Dinyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s meninggikan kaabah (membangunkan kaabah). Jadi Kaabah memang telah ada. Nabi Ibrahim a.s hanya meninggikannya.

[Mekah bererti membinasakan orang-orang yang hendak membuat kejahatan atau mengurangkan dosa-dosa orang yang berbuat dosa. Mekah adalah ibu daripada segala tempat di muka bumi ini]
Sejarah Kaabah & Masjidil Haram:
1. Rumah Ibadat pertama yang didirikan di muka bumi
2. Binaannya daripada batu yang diambil daripada 5 buah gunung iaitu Jamal Lubnan,Tur Ziata, Tur Sina, Jabal Judi & Jabal Hira’
3. Telah dibina sebanyak 3 kali sebelum pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, pembinaan tersebut dibuat oleh para Malaikat, Nabi Adam dan Nabi Sith
4. Ukuran pembinaan Nabi Ibrahim adalah seperti berikut:
-Tinggi = 14 meter
-Panjang = 12 meter
-Lebar = 11 meter

5. Pembinaan semula Kaabah dibuat di zaman bangsa Quraish iaitu ketika Nabi Muhammad saw berusia 35 tahun.
6. Pembaharuan dan pemuliharaan bermula semenjak pemerintahan Raja Fadh hingga sekarang.
Sejarah Masjidil Haram:
1. Satu kawasan yang meliputi Kaabah, al-Mataf (tempat Tawaf)dan ruang solat

2. Pada peringkat awal -Dari zaman Nabi Ibrahim hingga ke zaman Qusay bin Kilab, Masjidil Haram adalah sebuah kawasan lapang tanpa sebarang bangunan
3. Tahun 17 Hijrah, kawasan Masjidil Al-Haram diperluaskan oleh Khalifah Umar ra dan kemudian diperbaharui oleh Khalifah Uthman Ibn Affan ra pada tahun 26 Hijrah.
4. Pembesaran berterusan dari semasa ke semasa di bawah penguasa Tanah Haram sehingga sekarang.
Amalan Di Masjidil Haram:
1. Perbanyakkan amalan soleh seperti Tawaf & Solat
2. Membaca al-quran
3. Berzikir
4. Berselawat ke atas Nabi saw
5. Jauhi perbuatan makruh danLagha’ (Sia-sia)
6. Niat beriktikaf dalam masjid

Sejarah Kewujudan Air Zam-Zam
-Sinonim dengan sejarah Siti Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s.
-Di sebuah lembah yang gersang lagi tidak berpenghuni
-Siti Hajar berlari-lari ke Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air apabila puteranya Nabi Ismail a.s menangis kerana kepanasan dan dahaga
-Setelah berlarutan berulang alik sebanyak 7 kali beliau mendapati air sedang terpancar berhampiran puteranya Nabi Ismail a.s
-Siti Hajar membina kepungan (Tazamzama) agar air tidak melimpah keluar
-Bersempena dengan peristiwa itu, air ini dinamakan Telaga Zamzam

Adab Minum Air Zamzam:
Antara adabnya ialah:
-Menghadap kiblat
-Membaca Basmalah
-Menggunakan tangan kanan
-Minum dalam keadaan tenang dengan tiga kali nafas iaitu dengan tiga kali teguk
-Membaca doa
Nota: Nabi saw pernah minum air Zamzam secara berdiri dan duduk

Kelebihan Air Zamzam:
1. Boleh menyembuhkan penyakit
Nota: Namun jemaah haji yang sedia berpenyakit hendaklah mengambil ubat mengikut jadual & ikut nasihat pegawai perubatan seperti biasa. Ini sebagai usaha menyembuh penyakit. Justeru jangan salah faham berkaitan konsep tawakkal.

2. Menyenangkan dan menambah kekuatan tubuh badan peminumnya
3. Menyempurnakan tujuan dan hasrat peminumnya
4. Tidak akan kering sehingga hari kiamat
5. Air yang telah digunakan untuk membasuh hati/jantung Rasulullah saw
6. Kelebihan dari segi saintifik
Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Kawasan Masya’air Haji:
1. Lambang kebesaran agama Allah swt meliputi kawasan Arafah, Muzdalifah & Mina
2. Padang Arafah: tempat berwukuf pd 9 Zulhijjah
Dari segi geografinya ialah:
-Keluasan : 13km, 129hk
-Jarak jauh: dari Makkah melalui jalan asal 21.9 km

3. Muzdalifah: tempat bermabit pada malam 10 Zulhijjah
-Terletak di antara Arafah & Mina. Dari Arafah 8 km. Dari Mina 6.9 km

4. Mina: tempat berkumpul dan bermalam pada hari-hari tasyrik. Dari segi geografi:
-Dari Makka 7 km
-Lebar : 1.1 km di sekitar Jamrah kubra 500m
-Panjang : dari Jamrah Kubra hingga Wadi Muhaisir 4.7 km. Purata keluasan Mina sekitar 7.8 km shj. Tdpt 2 bukit di kiri & di kanan kaw Mina. Salah satu darinya ialah Bukit Thubair.

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment