Monday, 6 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (18/2020): DOSA BESAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 4 Januari 2019/ 10 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Dr Haji Mohd Aizam Mas’od.

Tajuk:
i. Dosa Besar: Haram Menasabkan Nama Anak Angkat Dengan Nama Bapa Angkat

ii. Dosa Besar: Haram Berdebat dan Berbalah Pada Perkara Yang Jelas Kebathilannya

●Pendahuluan
Dosa Besar: Haram Menasabkan Anak Angkat Dengan Nama Bapa Angkat:
-Dosa besar bagi orang yang menasabkan anak yang bukan anak kandungnya dengan namanya.
-Anak luar nikah juga tidak boleh dibinkan dengan nama bapa yang biologikalnya.
-Surah al-Ahzab, ayat 4: “...dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri..."
-Surah al-Ahzab, ayat 5: "...panggillah anak-anak angkat itu dengan ber‘bin’kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.”
-Sesungguhnya yang menetapkan nasab itu ialah Allah dan menasabkan kanak-kanak itu kepada bapa kandungnya ialah hak kanak-kanak tersebut.
-Memelihara hak Allah dan hak kanak-kanak itu merupakan sesuatu yang wajib. Maksudnya hak Allah dipelihara dengan menasabkan kanak-kanak itu kepada asal usul keturunannya, kerana dari situlah dia dijadikan Allah, manakala hak kanak-kanak itu ialah mesti dinasabkan kepada bapanya kerana darah daging seseorang itu sabit kepada bapa kandungnya.
-Seorang bapa angkat boleh berkahwin dengan isteri kepada anak angkat yang telah diceraikan. Ini telah ditunjukkan oleh sirah Nabi saw.
-Surah al-Ahzab, ayat 37: “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu (Zainab) itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan nyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah lebih patut engkau takuti (melanggar perintah-Nya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri anak angkat mereka, apabila anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.”

-Nabi saw sudah tahu sejak dari awal lagi bahawa baginda saa akan dikahwinkan dengan Zainab bin Jahsy R.A sebagai cara untuk membatalkan budaya jahiliah yang menganggap anak angkat seperti anak sendiri.
-Zainab binti Jahsy ra adalah sepupu Rasulullah saw sendiri dan berasal dari golongan bangsawan Quraisy.
Zainab binti Jahsy ra mulanya tidak berkenan dengan Zaid bin Harithah ra kerana Zaid dahulunya seorang hamba. Begitu juga dengan Zaid turut tidak berkenan dengannya.
Maka kemudiannya Nabi saw meminta Zaid sendiri untuk pergi meminang Zainab.

-Tetapi apabila surah al-Ahzab ayat 36 turun dan menegur sikap mereka berdua itu, lantas mereka pun akur dan berkahwin jua. Dalam ayat tersebut Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah layak bagi lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan (yang lain) bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya, dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.”
Dosa Besar: Berdebat (al-jadal) dan Berbalah Pada Perkara Yang Jelas Kebathilannya:
-Orang suka bergaduh kerana ego dan sombong.
-Kadang-kadang sengaja untuk menjatuhkan hujah orang lain. Semata-mata untuk mempertahankan kesombongan.

-Perkara yang paling dibenci oleh Imam Nabawi ialah berdebat walau pun ia mempunyai ilmu yang tinggi.
-Ketahuilah bahawa ada perkara yang diperdebatkan itu yang benar dan yang bathil.
-Jika hendak berdebat dengan golongan ahli kitab hendaklah dengan cara yang betul. Perlu ada kaedahnya, bukan secara hentam membabi buta sahaja.
-Imam Syafie menyatakan ia tidak inginkan perdebatan melainkan jika ia akan menimbulkan kebenaran samada di pihaknya atau di pihak yang lain.
Iaitu perdebatan atas kebenaran.

Ia adalah untuk meningkat harga diri di atas kebenaran.
-Jadi di dalam Islam, perdebatan adalah untuk mencari kebenaran sekaligus memperbetulkan segala pendapat dan keyakinan yang salah.
-Seterusnya hasil yang diharapkan daripada perdebatan tersebut adalah agar terungkai pandangan mana yang benar atau kuat dan pandangan mana yang salah atau lemah.
-Apabila suatu pendapat atau keyakinan tersebut terbukti lemah dan salah, maka pendapat itu mestilah ditinggalkan dengan sikap lapang dada dan penuh keikhlasan, lalu berpegang kepada pendapat yang benar atau kuat.
-Bila yang hak dan benar itu telah jelas maka tidak perlu didebatkan lagi.
-Bila sudah tahu kebenaran maka terimalah. Jangan muqabahalah, ego dan sombong.
-Di akhir zaman banyak pembohongan. Ramai orang yang hendak menjadi saksi sebelum disuruh menjadi saksi.
-“Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(HR: Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi).
-Di dalam Islam, berdebat adalah termasuk perkara yang diperintahkan syarak untuk menetapkan kebenaran dan membatalkan kebatilan, sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nahl, ayat 125: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”
-Dalam firman Allah yang lain, dalam surah al-Baqarah, ayat 111: “Katakanlah, ‘Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar”
Q&A:
-Dalam syarak tidak ada sumpah laknat. Sumpah laknat secara sukarela tidak dibenarkan dalam Islam kecuali yang diperintahkan secara syarak (hakim syariah).

-Jika hendak bersumpah, cukuplah bersumpah sahaja. Ia tanpa diiringi kalimah-kalimah laknat.
-Nabi saw menegah kita melaknat orang, iaitu jangan kita saling melaknat antara satu sama lain.
-Ibnu Mas’ud berkata, “Tidaklah dua orang muslim saling melaknat kecuali laknat itu mengenai Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan perintah dan sifat Muhamad saw.”
-Allah yang boleh melaknat. Di mana Allah telah melaknat ke atas iblis seperti yang difirmankan pada surah al-Hijr, ayat 35: “Sesungguhnya ke atasmu (Iblis) laknat sehingga ke hari kiamat.”
-Surah An-Nisa’, ayat 118: “(Dia Iblis) yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hamba Mu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku).”
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi saw yang bernama Abdullah. Dia digelar sebagai himar dan menyebabkan Rasulullah saw ketawa. Nabi saw pernah menyebatnya disebabkan dia peminum arak. Maka suatu hari dia dihadapkan ke hadapan Nabi lalu baginda memerintahkan supaya dia disebat. Seorang lelaki pun berkata: Ya Allah, laknatlah dia. Berulangkali dia melakukan hal yang sama. Maka Nabi saw berkata: Janganlah kalian melaknatnya. Demi Allah tidak aku ketahui melainkan dia ini mencintai Allah dan Rasul-Nya.” (HR: Al-Bukhari).
-Pada zaman Saidina Umar ra, dalam memutuskan qadaq (untuk memutuskan siapa yang benar dan salah) ia tidak dibenarkan dibuat di masjid. Ini kerana tidak mahu berlaku pertelingkahan di masjid.
-Dalam peristiwa Saidina Aisyah ra dituduh berzina, Nabi saw tidak pernah menyuruhnya membuat sumpah laknat.
-Dalam Islam ia ada sistem. Tidak sewenang-wenangnya digunakan masjid untuk tujuan tertentu.
Jika hendak buat jua, buat di tempat persendirian seperti di rumah.


●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment