السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 1 Januari 2020 / 5 Jumadilawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Hj Mohd Gunawan Che Abdul Aziz.
●Pendahuluan
-Dalam kehidupan, kita tertakluk kepada empat jenis masa. Iaitu manusia tidak boleh lari daripada 4 keadaan (masa).
1. Masa dapat nikmat
2. Masa diuji dengan musibah
3. Masa dapat membuat ketaatan kepada Allah
4. Masa yang diperdaya digunakan untuk melakukan kekufuran/maksiat
HURAIAN:
-Syukur dengan nikmat Allah. Dengan kurniaan Allah, kita dapat terus terikat kehidupan kita dengan ajaran agama. Pagi ini kita terpilih untuk berada rumah-rumah Allah dan majlis taman-taman syurga.
-Surah An-Nahl, ayat 18: “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
-Jangan kita terpedaya dengan masa. Kita semakin berumur dan umur berbaki semakin berkurangan.
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa di antara kamu masuk pada waktu pagi dalam keadaan sehat badannya, aman pada keluarganya, dia memiliki makanan pokoknya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan untuknya.” (HR. Ibnu Majah).
-Allah menciptakan manusia dan jin di atas muka bumi ini adalah dengan tujuan untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada-Nya, tanpa mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.
Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Allah SWT, surah Az-Zariyat, ayat 56: “Tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku.”
-Surah As-Shaaf, ayat 10: “Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?”
-Masa dan alam seluruhnya adalah makhluk ciptaan Allah.
-Allah adalah tidak terikat dengan masa. Maha Suci Allah yang tidak tertakluk/terikat dengan makhluk.
-Jangan kita gagal dalam menguruskan masa.
-Dalam ayat-ayat al-quran dan hadith Nabi saw banyak disebut tentang kepentingan dan keutamaan menghargai/menguruskan masa.
-Sabda Rasulullah SAW: “Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (HR: Bukhari).
Kehidupan manusia adalah tertakluk kepada empat jenis masa/keadaan.
1. Masa dapat nikmat
-Kita bersyukur
2. Masa diuji dengan musibah
-Kita bersabar
3. Masa dapat membuat ketaatan kepada Allah
-Kita bersyukur dan kita menafikan bahawa kita dapat melakukan ketaatan kerana kudrar kita. Ianya adalah kurniaan Allah.
4. Masa yang digunakan untuk melakukan kekufuran/maksiat
-Kita perlu bertaubat dan beristigfar
-Jadi jangan kita terpedaya dengan masa.
Sesunguhnya kita termasuk dalam golongan orang yang rugi kecuali orang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan (mengingatkan/menyampaikan) dengan perkara kebenaran (hak) dan berpesan dengan penuh kesabaran.
-Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Kenikmatan adalah keadaan yang baik, ada yang mengatakan kenikmatan adalah manfaat yang dilakukan dengan bentuk melakukan kebaikan untuk orang lain.”
-Untuk berbuat baik banyak yang boleh dilakukan. Bahkan membuang duri dari jalanan juga satu kebaikan yang mudah dibuat.
-Dalam hadith ada dinyatakan ada seorang bersenang-senang dalam syurga kerana semasa hidupnya memotong kayu yang menghalang perjalanan.
-Kita sama-sama hayati kata-kata daripada Ibn Jauzi :
"Sesungguhnya dunia itu ladang bagi akhirat, dan padanya perniagaan yang keuntungannya akan terhasil ketika di akhirat, barangsiapa yang menggunakan waktu lapangnya dan kesihatannya pada ketaatan kepada Allah maka dia orang yang bernasib baik, dan barangsiapa yang menggunakannya (waktu lapang dan kesihatan) pada kemaksiatan kepada Allah maka dia orang yang tertipu."
-“Kadang-kadang manusia itu sehat, tetapi dia tidak longgar, karena kesibukannya dengan penghidupan. Dan kadang-kadang manusia itu cukup (kebutuhannya), tetapi dia tidak sehat. Maka jika keduanya terkumpul, lalu dia dikalahkan oleh kemalasan melakukan kataatan, maka dia adalah orang yang tertipu. Kesempurnaan itu adalah bahwa dunia merupakan ladang akhirat, di dunia ini terdapat perdagangan yang keuntungannya akan nampak di akhirat.”
-Nabi saw sentiasa mengajar sahabat membuat usaha dakwah dan bersabar menghadapi ujian.
-Kita hendaklah sentiasa berusaha mencari kesenangan dan kejayaan di akhirat.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment