السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 21 Dec 2018 / 25 Rabiulakhir 1441 (Kursus Minggu Kedua:Sabtu,9.00 - 12.30 tengahari) oleh Ustaz Dr Hadi (UPM).
●Pendahuluan
-Allah menyeru dalam surah Ali-Imran, ayat 97: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji (dengan) mengunjungi Baitullah, Iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya.”
Talbiah (Lafaz dan Makna):
-“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”
Nabi saw mula hendak menunaikan haji pada tahun 5 Hijrah. Namun hanya dapat mengerjakan haji pada 10 Hijrah.
Jika niat yang ikhlas dan bekalan yang halal:
-Seruan kamu diterima dan bahagialah kamu, bekalan kamu itu halal, kenderaan/tunggangan kamu halal dan haji kamu haji mabrur, haji kamu tidak ditolak.
Jika niat tidak ikhlas dan pendapatan yang digunakan daripada sumber haram:
-Tidak diterima seruan mu dan tidak ada kebahagiaan bagi kamu, bekalan kamu haram, perbelanjaan kamu haram dan haji kamu ditolak, tidak ada pahala dan tidak ada ganjaran bagi mu.
Hikmah Dan Falsafah Mengerjakan Haji:
1. Pengorbanan
2. Pengampunan Dosa
3. Persamaan
4. Satu Cita-Cita
5. Sabar dan Tabah
6. Persaudaraan / Ta’aruf
7. Gambaran Kematian dan Akhirat
8. Melawan Nafsu
9. Fadhilat
Huraian:
i. Mengerjakan haji adalah pengorbanan.
Bila berada di Mekah, Madinah dan Mina maka kita diajar untuk bersusah-susah dan berkorban.
Justeru, kita perlu bersungguh-sungguh dan ikhlas.
ii. Kita mengharapkan pengampunan dosa. Bila melangkah sahaja untuk menunaikan haji maka kita mengharapkan pengampunan dosa.
Maka kita perlulah:
-Sabar
-Sabar
-Sabar
-Sabar
-Sabar
-Sabar
-Sabar
Sampaikanlah berita gembira (syurga) bagi orang yang sabar.
Sabar dan syukur adalah pintu syurga.
Kita banyakkan selawat kepada Nabi saw. Malaikat akan mendoakan kita dan Allah menurunkan rahmat ke atas kita.
iii. Persamaan
-Tidak kita daripada kita datang kita semua adalah sama sahaja.
iv. Satu cita-cita
-Rasa sayang pada sesama Islam
-Rasa hormat kepada non-muslim
vii. Gambaran Kematian dan akhirat
-Kita jangan rasa bahawa kita lambat lagi hendak mati.
-Padang Arafah adalah pandangan Masyar.
ix. Mengabdikan Diri
-Semasa menunaikan haji kita lupakan semua urusan dunia. Kita fokus untuk beribadat. Biar kita rasa nikmat beribadat. Pengabdian total kepada Allah.
Kita tinggalkan segala amalan buruk.
Adab sebelum menunaikan Ibadat Haji/Umrah:
1. Niat yang ikhlas mencari keredhaan Allah SWT
2. Bertaubat bersungguh-sungguh (taubat Nasuha)
3. Perbelanjaan yang halal
4. Membawa bekalan dan perbelanjaan yang mencukupi
5. Mencari teman bertujuan saling ingat-mengingati dan membantu
6. Banyakkan doa dan zikir dalam kehidupan harian
7. Membuat wasiat
8. Memohon dan memberi kemaafan serta berlapang dada dengan semua orang
9. Menyucikan hati dan sifat-sifat Mahmudah (terpuji) & menghindari dari sifat-sifat Mazmumah (Tercela)
10. Istiqamah dan bersungguh-sungguh mempelajari Kaifiat mengerjakan haji/umrah.
Hadir kursus dan mencari ilmu untuk menunaikan haji adalah pengorbanan dan jihad untuk mempertingkatkan ilmu. (Surah Iqra’).
Keikhlasan umpama mencari semut hitam di malam hari yang gelap.
Jangan kita ceritakan segala ibadat kita kepada orang lain.
Jangan kita keluarkan perkataan yang tidak baik kepada orang lain kerana ia boleh menjadi doa.
Penyucian Jiwa (Tazkiyyah Al Nafs)
1. Aqidah yang jelas dan sahih serta pelaksanaan syariah yang tepat
2. Menguasai ilmu dan kefahaman Islam
3. Tunaikan solat fardhu lima waktu
4. Amalkan tuntutan sunat seperti:
i. Qiamullail/Solat sunat taubat
ii. Sedekah (harta/tenaga/lisan)
iii. Banyakkan berdoa dan berzikir
iv. Memperbanyakkan amal kebajikan
v. Banyakkan membaca al-quran
5. Elakkan gurau senda yang melampau dan percakapan yang sia-sia (lagha).
Contoh Sifat Terpuji (Mahmudah)
1.Taubat Nasuha
2.Ingat Allah SWT
3.Amanah
4.Sabar
5.Syukur
6.Ikhlas
7.Redha
8.Rajin
9.Pemurah
10.Berjimat cermat
11.Bertimbang rasa
12.Penyayang/Pemaaf
13.Tolong menolong
14.Menepati janji dan masa
15.Bertanggungjawab
16.Jihad dan berdikari
17. Istiqamah
18.Sentiasa bercakap benar
19.Sentiasa menjaga kebersihan
20.Lemah lembut
Contoh Sifat Tercela (Mazmumah)
1.Melupakan Allah SWT
2.Melupakan Nabi SAW
3.Mencaci sahabat
4.Terlalu cinta dunia
5.Penting diri sendiri
6.Pemarah
7.Takbur/Sombong
8.Riyak/Ujub(bongkak)
9.Membazir/boros
10.Pembohong
11.Bertelagah
12.Mengumpat
13.Mencela/memaki
14.Menipu
15.Kedekut
16.Pengotor
17.Hasad/dengki
18.Khianat
19.Perbuatan dan perkataan Lagha (Sia-sia)
20.Buruk sangka
21.Berdendam
Menjauhi Amalan Syirik, Khurafat dan Mempersekutukan Allah SWT
1.Mengambil kelambu kaabah
2.Kain putih sebagai alas solat
3.Kerak nasi di Mina
4.Peluk tiang Jin di Masjidil Haram
5.Bergantung di Kelambu Kaabah
6.Meletakkan duit di bawah kelambu Kaabah
7.Ketika berangkat ke tanah suci ditulis kertas kalimah Syahadah. Ditinggalkan Lailahaillallah pada keluarga & Muhammadurrasulullah di bawa ke tanah suci.
8.Memakai tangkal dan azimat
9.Memanggil bomoh untuk menolak bala di rumah
10. Sijil
11.Mengambil lidi/bilah penyapu di Masjidil Haram
12.Menyapu dan mengusap pintu Masjid Al-Haramain
13.Membawa air Zam-zam atau kismis atau kurma atau duit semasa tawaf
Perkara Yang Membatalkan Syahadah
1. Mempersekutukan Allah SWT dalam ibadat
2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah SWT
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik
4. Menganggap dan berkeyakinan bahawa ajaran agama lain sama atau lebih sempurna daripada Islam
5. Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW sebagai syariat baginda saw
6. Mempermainkan Allah SWT atau kitabNya atau sesuatu yg merupakan ajaran agamaNya
7. Mempercayai dan beramal dengan sihir/bersahabat dengan jin
8. Membantu dan menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum muslimin
9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikut syari’at Nabi Muhammad saw
10. Berpaling daripada agama Allah SWT atau daripada perkara yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment