Thursday, 2 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (3/2020): MENSYUKURI NIKMAT ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 28 Disember 2019/ 1 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz SS Dato’ Dr Zulkifly SS Mufti Negeri Terengganu).

●Pendahuluan
-Marilah kita syukuri nikmat iman yang Allah kurniakan kepada kita. Kita syukur kerana dapat merasakan nikmat beribadat dan perhambaan kita kepada Allah.
-Kita sentiasa akhiri doa kita dengan berdoa semoga pengakhiran hayat kita adalah kematian husnul khatimah.
-Ramai yang berpeluang berada sezaman Nabi saw termasuk saudara mara Nabi saw tidak mendapat nikmat iman dan hidayah daripada Allah.
Bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Mutalib walau pun telah membantu dakwah Nabi saw tetapi tidak diberi hidayah oleh Allah.

-Surah al-Qasas, ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).”
-Surah An-Naml, ayat 77: “Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
-Surah Az-Zumar, ayat 57: “Atau berkata: Kalaulah Allah memberi hidayat petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertakwa! “
-Surah Asy-Syuraa, ayat 46: “Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong yang lain dari Allah yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayat petunjuk).”
-Surah al-Hajj, ayat 16: “Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata dan sesungguhnya Allah memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya).
Ibrah Daripada Tiga Abu:
Amru bin Hisham (Abu Jahal), Abdul Uzzah Ibnu Abdul Talib (Abu Lahab), Shah bin Khar (Abu Suffian)

-Allah laknat Abu Lahab. Surah Al-Masad: “Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.”
-Abu Suffian adalah antara musuh utama Islam pada peringkat awalnya. Beliau mengetuai tentera Quraish dalam peperangan khandak.
Beliau mulanya telah ditahan menjadi tawanan perang. Ia telah masuk Islam dalam keadaan terpaksa untuk tidak dibunuh.
-Nabi saw walau pun boleh nampak 360’, ia boleh fokus. Fikirannya tenang.
Nabi saw juga boleh dengar apa yang orang cakap dalam hati.
Pada satu peristiwa, Abu Suffian yang berkata-kata dalam hati untuk mempengaruhi orang ramai supaya membunuh Nabi saw telah didengar oleh Nabi saw. Nabi saw menyatakan jika ia buat nescaya Allah akan melaknatnya.

Mulai ketika itu, keimanan Abu Suffian telah meningkat. Beliau telah memasuki banyak perang bersama-sama tentera Islam.
Pada satu peperangan, beliau telah tercucuk mata hingga matanya rosak. Bila dibawa kepada Nabi saw maka Nabi saw bertanya kepadanya samada ia hendak didoakan untuk matanya dapat melihat semula atau dia dapat masuk syurga. Tanpa ragu-ragu lagi ia terus hendak didoakan untuk masuk syurga.

-Kehidupan kita sekarang dihimpit oleh ancaman ajaran sesat termasuk syiah.
-Kita perlu bersyukur dengan nikmat iman kita dan hendaklah kita terus melindunginya dengan membuat banyak amalan-amalan ibadat.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment