السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 28 Disember 2019/ 2 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Muzairi al-Hafiz.
Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 282 - 284
●Pendahuluan
-Surah al-Baqarah, ayat 282: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
-Surah al-Baqarah, ayat 283: “Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
-Surah al-Baqarah, ayat 284: “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
-Nabi saw pernah gadai baju besi untuk membeli gandum.
-Sabda Nabi saw: “"Dan dari Aisyah ra., bahwa sesungguhnya Nabi SAW pernah membeli makanan dari seorang Yahudi secara bertempo, sedang Nabi saw menggadaikan sebuah baju besi kepada Yahudi itu. Dan dalam satu lafal: Nabi SAW wafat, sedang baju besinya masih tergadai pada seorang Yahudi dengan tiga puluh sha' gandung."(HR: Bukhari dan Muslim).
-Baju perang tersebut dinilai dengan tiga puluh sha’ gandum. Satu sha’ terdiri dari empat mud. Adapun satu mud seukuran empat kali dua telapak tangan.
-Sungguh luar biasa! Kejadian ini menjadi bukti terbesar akan kezuhudan, kesederhanaan, dan semangat berinfak dari Rasulullah saw.
-Sabda Nabi saw: “Apa urusanku dengan dunia? Aku dan dunia ibarat seorang pengendara yang melakukan perjalanan di siang hari, berteduh dan bernaung di sebuah pohon kemudian melanjutkan perjalanan dan meninggalkan tempa tersebut.” (HR: Ahmad).
Kesilapan tentang tawakal:
-Pandangan yang menyatakan bahawa Nabi saw tidak menyimpan makanan untuk hari esok dan hanya bertawakal untuk keesokan harinya adalah salah.
Nabi saw merancang dan menabung.
-Nabi saw bila berperang telah membuat banyak strategik seperti membuat parit. Nabi saw tidak hanya bertawakal sahaja.
-Firman Allah pada surah al-Baqarah, ayat 197: “Dan berbekallah kamu dan sebaik-baik bekal adalah taqwa"
-Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 27: "Sesungguhnya Allah menerima dari orang-orang yang bertawqa"
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah itu maha baik dan tidak menerima kecuali yang baik-baik.”
-Bagi yang menyatakan bahawa Nabi saw miskin sepanjang hayat adalah salah. Ada ketika Nabi saw berkorban yang banyak dan ada yang sedikit.
Memang ada diriwayatkan oleh Saidina Aisyah ra bahawa ada ketika satu purnama Nabi saw dan isteri-isterinya tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup.
-Sabda Nabi saw: “Kewajipan tangan ialah melaksanakan amanah yang diterima..”
-Jangan seseorang menyembunyikan pensaksian.
-Surah al-Maidah, ayat 106: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa.”
-Jangan kamu mengikut hawa nafsu untuk menyimpang daripada kebenaran.
-Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Melihat atas setiap apa yang kita kerjakan.
-Surah At-Taghaabun, ayat 4: “Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment