Thursday, 16 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (22/2020): SOLAT JUMAAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 9 Januari 2020/ 15 Jumadilawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Haji Zamani bin Yaakob.

●Pendahuluan
Hukum solat jumaat.
-Surah Al-Jumu'ah, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
-Sabda Rasulullah saw: “Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (HR: Abu Dawud & Hakim.)
-Orang yang tinggalkan solat dengan sengaja termasuk solat Jumaat adalah berdosa besar. Tetapi ia tidak jatuh kafir.
Nota: Satu perkara yang salah bagi yang menyatakan jika tidak pergi solat jumaat tiga hari berturut-turut akan jatuh menjadi kafir.
-Maka kita patuhilah larangan berjual beli bila azan telah dikumandangkan.
-“Kita adalah umat yang terakhir. Bezanya kita menerima kitab yang terahir. Ia mukjizat Nabi saw.
-Walau pun kita umat terakhir tetapi Nabi saw memilih hari kebesaran (hari Jumaat) mendahului umat Nasarah dan umat-umat yang lain (hari Ahad).

-Di hari akhirat kelak umat Nabi saw juga yang pertama dihisab. Ini adalah syafaat Nabi saw untuk kita semua.
Syarat yang mewajibkan solat Jumaat:
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

-Nota: Perempuan dan kanak-kanak tidak wajib solat Jumaat.
-Jika perempuan telah solat Jumaat maka ia tidak wajib solat zohor.
-Bagi sesiapa yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, ia hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
4. Orang yang berhutang yang takut dipenjara sedangkan ia tidak mampu membayarnya.
5. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
6. Semua orang yang dalam keadaan uzur
-Sabda Nabi saw: “Solat Jumaat diwajibkan kepada seorang muslim kecuali empat golongan hamba sahaya, orang perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mendengar azan solat tetapi ia tidak mendatangininya maka tidak sah solatnya kecuali ia uzur..”
-Nabi saw tidak mengerjakan solat jumaat bila bermusafir.
-Masa Nabi saw mengerjakan haji wada,baginda saw tidak menunaikan solat Jumaat. Nabi saw membuat solat jamak Zohor dan Asar.

-Sabda Nabi saw: Ibnu Abbas ra berkata: Bahawasanya Nabi saw pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana musafir dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (HR: Muslim).
Syarat sah solat Jumaat:
1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua khutbah
Rukun-rukun khutbah Jumaat:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."
Syarat sah Khutbah Jumaat:
1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi saw dalam bahasa Melayu.
7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
2. Memotong kuku.
3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
4. Bersugi.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
7. Bersegera pergi ke masjid.
8. Berniat iktikaf.
9. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

Q&A:
-Boleh solat jamak Asar dengan solat Jumaat.


●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment