Sunday, 5 January 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (17/2020): KEDIAMAN MAKHLUK JIN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 5 Januari 2019/ 9 Jumadilawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Ahmad Fuad Mokhtar.

●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat dan rahmat Allah kita menemui alaf baru dengan persekitaran dunia yang semakin mencabar.
-Kita hendaklah menjadi benteng kepada Islam. Berjuang untuk mempertahankan agama.
-Semoga Allah selamat negara kita. Cabaran untuknanak muda kita agar semakin pandai dan dapat memakmurkan negara.
-Border manusia bercakap semakin luas. Namun kita hendaklah berupaya berhujah dalam ruang lingkup rasional yang berpaksikan undang-undang.
-Kita perlu jaga agama supaya institusi agama Islam terpelihara.
Kisah Harut dan Marut:
-Dalam ayat yang berbicara tentang sihir di zaman Nabi Sulaiman as, Allah Ta’ala menyebutkan nama Harut dan Marut. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 102:
وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: ‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.”
-Ibnu Katsir mengatakan:
حاصلها راجع في تفصيلها إلى أخبار بني إسرائيل ، إذ ليس فيها حديث مرفوع صحيح متصل الإسناد إلى الصادق المصدوق المعصوم الذي لا ينطق عن الهوى
“Kesimpulannya, rincian kisah Harut dan Marut itu berasal dari Israiliyat. Kerana tidak ada hadith yang sahih marfu’ muttashil sanadnya kepada Nabi saw yang tidak bicara dengan hawa nafsu.” (Tafsir Ibnu Katsir, 1/360).
-Perlakuan ilmu sihir jika dipesongkan akan menyusah kehidupan yang sepatutnya aman damai.
Kediaman Makhluk Jin
-Jin suka tinggal di tempat yang tidak berpenghuni dan di tempat-tempat yang kotor dan bernajis, seperti bilik air, tandas, tempat pembuangan sampah, tempat-tempat runtuhan dan tinggalan orang, padang-padang pasir dan tanah perkuburan.
-Ia suka tinggal di tempat pembuangan sampah untuk makan sisa-sisa makanan (tulang-tulang).
-Jin juga tinggal di rumah orang Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Yazid bin Jabir:
"Tidak adalah satu rumah daripada kaum muslimin melainkan di atap rumah mereka ada golongan jin Islam. Apabila mereka meletakkan makanan di waktu siang , golongan jin turun dan makan tengah hari bersama mereka dan apabila manusia meletakkan makanan malam mereka pun turun dan makan malam bersama mereka itu".
-Menurut Imam Al Hajar Askolani, tidak ada dicerucuk rumah kediaman manusia yang tidak didiami jin dan ia akan turun makan waktu dihidangkan makanan.
Bagaimana untuk memelihara rumah daripada jin:
-Rumah perlu dipelihara energynya.
-Golongan jin tidak dapat masuk ke dalam rumah orang-orang Islam apabila mereka membaca ayat-ayat al-Quran di dalamnya sebagaimana sabda Rasulullah saw:
“Apabila seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya terus menyebut nama Allah dan begitu juga ketika makan, maka syaitan berkata, maka tidak ada tempat tinggal dan tidak ada tempat makan, dan apabila disebut nama Allah ketika masuk tetapi tidak ketika makan maka syaitan berkata kamu dapat makan tetapi tidak dapat tempat tinggal dan apabila tidak menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan maka syaitan mengatakan kamu dapat tempat tinggal dan dapat makan".
-Setiap rumah yang dibacakan surah Al Baqarah maka syaitan tidak akan masuk ke rumah itu selama tiga hari dari tarikh membacanya.
-Sabda Nabi saw: “Jangan engkau jadikan rumahmu sebagai kubur sesungguhnya rumah yang dibacakan surah Al Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan".
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada kemuncaknya, sesungguhnya kemuncak al-Quran itu adalah surah al-Baqarah, sesungguhnya sesiapa yang membacanya di rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk selama tiga malam, dan sekiranya dibaca pada waktu siang mereka tidak akan masuk selama tiga hari".
-Maka sentiasalah rumah kita dibacakan surah al-Baqarah dan surah-surah rukhyah.
-Dengan rumah yang baik maka anak-anak mudah belajar dan suami isteri sentiasa dapat berbincang dengan baik bila ada permasalahan.
-Jika tidak, maka akan mudah untuk berbalah sahaja dalam rumah, anak-anak susah untuk belajar dan anak-anak tidak mendengar cakap.
-Azan boleh juga digunakan sebagai pembenteng rumah.
Iaitu rumah dipelihara dengan melaungkan azan pada empat penjuru rumah kita.

-Garam, lada hitam, limau purut dan limau nipis tidak disukai oleh Jin.
Bagaimana Untuk Mendapat Keberkatan Dalam Makanan:
i. Makanan yang dimakan tidak dibaca dengan bismillah akan hilang keberkatan.
-Jika lupa, maka makhluk ghaib akan ikut makan bersama. Maka jika telah terlupa kita baca semula. Lalu jin akan mengeluarkan semula makanan. Ia berkata sesama mereka bahawa tidak ada rezeki kita di sini. Mari kita pergi ke tempat lain.
ii. Bila makan, kita niat makan untuk menjadi ubat dan kita diberi kesihatan. Niat makan sebagai memberi tenaga untuk beribadat.
iii. Kita digalakkan untuk memberi makan para ulamak dan orang-orang soleh.
iv. Orang alim dan orang tua dahulu lebih banyak memberi makan kepada kanak-kanak.
-Orang alim/ ulamak juga suka meraikan anak-anak kecil. Pernah kita dengar “nah aku beri kamu beberapa rial dan engkau ketuk badan ku.” Bila ditanya kenapa ia buat begitu, katanya ia adalah untuk hilangkan rasa takkabur.
-Jangan kita “su’ u Zan kepada para ulamak. Sentiasalah kita sentiasa husnu zan.
-Kita jangan mudah memandang negetif kepada orang lain. Bahkan jangan kita rasa ujub dengan amalan kebaikan kita.
Makhluk Jin Suka Duduk Di Tandas:
-Makhluk jin juga suka duduk di tempat pembuangan najis iaitu tandas.
-Justeru, jangan kita berlama-lama berada dalam bilik air.
Bagaimana untuk berlindung daripada jin/syaitan bila masuk tandas/bilik air:
i. Baca doa
“Sesungguhnya tandas itu tempat sentiasa di datangi jin. Maka baca doa masuk bilik air:

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
“Allahumma Inni A'uu zubika minal hubusi wal hobaiz”

-“Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.”
Doa keluar bilik air:
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
“Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku.”
ii. Maka elok ada kain basahan untuk digunakan semasa mandi terutamanya untuk perempuan.
-Hati-hati bila bersihkan bilik air dengan clorox. Jangan lama-lama mencium bau yang berkimia.
iii. Juga perlu ada selipar dalam bilik air. Ia adalah sunnah Nabi saw.
iv. Masuk bilik air dengan menutup kepala. Kepala kita adalah tempat ilmu kita. Kita junjung al-quran.
Kisah seorang perawat yang berinteraksi dengan Jin beragama Islam:
Jin Islam ditanya:
-Adakah kamu duduk di dalam tandas. Ia kata tidak. Namun dia kata memang ada untuk Jin yang bukan beragama Islam duduk di bilik air.
-Ada peristiwa jin masuk Islam.

-Bau kasturi tidak disukai oleh Jin.
-Jin juga tidak suka garam, lada hitam, limau purut dan limau nipis.
Makluk jin juga ada yang menetap di gua-gua dan batu-batu.
-“Janganlah kamu kencing atas batu”
Ini kerana di batu-batu besar adalah tempat tinggal jin.”

-Juga jangan kita qada hajat dalam ladang kelapa sawi atau hutan secara sebarangan.
-Ada tuan kebun/ladang yang letakkan “penjaga” di kebun/ladangnya dan ada juga ladang/kebun yang didiami oleh Jin.

-Di tempat-tempat yang tidak didiami jika hendak memasukinya maka bacah doa seperti jika pergi mendaki bukit, atau gunung dan jika pergi memancing.
-Orang tua dahulu sering berpesan jangan memancing waktu maghrib.
Jangan memancing/berburu di saat isteri sedang mengandung.
Ia ada kaitan dengan jin dan makluk halus.

-Rumah yang tidak diduduki manusia akan menjadi tempat tinggal syaitan. Pada akhir zaman pula akan banyak rumah-rumah syaitan.
-Dalam surah al-Jin ayat 8 yang maksudnya: “Dan sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal- pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.”
-Surah Adzariyat, ayat 56, Allah berfirman; “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu.”
[Seloka tahun baru oleh Ustaz: “Rumah isteri baru di Johor Bharu, selamat tahun baru.”
“Rumah isteri lama di Maran, sekian terim kasih.”].


●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment