السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kursus Asas Haji 1441H / 2020M: Masjid UPM, Serdang, Selangor: 11 Januari 2020 / 15 Jumadilawal 1440H (Kursus Minggu Kelima: Sabtu,9.00- 12.00 tgh)
●Pendahuluan
REVIEW:
Carta Aliran Pekerjaan Haji:
Rukun Haji:
1. Niat Ihram Haji
4. Wuquf
10. Tawaf
11. Sa’ie
7. Bergunting / Bercukur
[Maka dapatlah tahallul Awwal]
12. Tertib pada kebanyakkan rukun
Wajib Haji:
2. Niat Di Miqat
3. Larangan Ihram
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah
6. Melontar Jamrah Kubra Pada 10 Zuhijjah
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah
~Pada malam hari kita perlu berada pada sebahagian malam.
~Pada siang hari melontar Jamrah
9. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
Berwukuf: waktunya ialah pada 9 Zulhijjah, mulanya bila masuk waktu zohor hingga ke masuk waktu fajar subuh 10 Zulhijjah (hari raya aidil adha).
Tiada amalan wajib yang ditetapkan semasa berwuquf.
-Banyakkan amalan sunat. Antaranya, kita bertalbiah, beristigfar, berselawat, membaca al-quran dan lain-lain.
Kemudian pada 10 Zullhijjah ke Muzdalifah untuk bermalam di sana (Mabit).
Kemudiannya melontar Jamrah Kubra pada 10 zulhijjah tersebut.
Seterusnya bermalam (Mabit) di Mina, iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
Kemudiannya diikuti dengan melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah.
-Orang yang berusaha bersungguh-sungguh akan merasa kenikmatan beribadat bagi mendapat haji yang mabrur.
Pengertian Wajib Haji
-Wajib Haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan Haji.
-Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan dam menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.
-Wajib-wajib haji yang kita tidak dapat sempurnakan maka kita ganti atau to-up dengan membayar Dam.
-Kita buat haji bukan sekadar menunaikannya sahaja. Tetapi kita perlu sempurnakannya kerana Allah. Iaitu kita cuba buat paling sempurna.
Haji tidak ada satu bacaan/lafaz yang wajib pun!
-Allah hendak melihat hati kita. Jadi jangan kita dengan sengaja meninggalkan perkara-perkara wajib haji dan ingin membayarkannya dengan dam.
-“Jangan kita cuba deal dengan Allah dengan duit kita!”. Iaitu biarlah kita bayar dam kerana memang betul-betul kerana kita tidak mampu melaksanakan wajib haji.
-“Sesiapa yang mengerjakan haji adalah tetamu Allah. Sesiapa yang mohon ampun maka akan diampunkan oleh Allah.”
-Biarlah haji itu mendididik hati kita.
Orang yang mengerjakan haji ibarat sebelah kakinya telah masuk ke syurga.
-Justeru kita lakukan haji dengan sebaik-baik dan keikhlasan. Sempurnakan haji dan umrah kerana Allah.
-“Allah menjemput bagi yang mahu bukannya yang mampu.”
Tahalul:
-Haji ada dua tahalul iaitu tahalul awal dan tahalul sani. Bagi Umrah hanya ada satu tahalul sahaja.
Tahalul Awal:
-Bila telah buat dua daripada tiga perkara. Maka kita bebas 10 daripada 13 larangan ihram.
Tahalul Sani:
-Bila telah buat ketiga-tiga perkara. Maka bebas daripada semua larangan ihram.
Memakai Pakaian Ihram (Lelaki):
-Dua helai kain lepas (tidak bercantum) sehelai dipakai untuk menutup auratnya di antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Di sunatkan berwarna putih.
Memakai Pakaian Ihram (Wanita):
-Pakaian ihram bagi wanita pula hendaklah menutup semua anggota tubuh selain muka dan dua pergelangan tangan (Tiada pakaian khusus seperti Jemaah Haji Lelaki).
Pakaian Lelaki Semasa Ihram Secara Idtiba:
-Selipar yang dipakai hendaklah yang terbuka
-Semasa solat tidak dibenarkan beridtiba.
Pakaian Ihram Wanita:
-Elakkan bersolek
-Pastikan aurat di jaga
-Kain telekung yang bersesuaian dan tidak menampakkan aurat
-Stokin dipakai. Tidak terlalu nipis yang menampakkan warna kulit.
Nabi saw melarang perempuan memakai sanggul dalam tudung.
Sunat Ihram:
Amalalan sunat sebelum niat Ihram
-Mengerat kuku
-Merapi janggut, misai dan rambut
-Menanggalkan bulu ketiak, Ari-ari dan sebagainya
-Mandi sunat Ihram
-Mengambil wuduk
-Memakai Wangian pada badan (bukan pada kain ihram)
-Memakai minyak rambut
-Memakai kain ihram berwarna putih
-Solat sunat Ihram
Amalan Sunat Semasa Niat Ihram:
-Mengadap ke arah Kiblat
-Berada dalam keadaan wuduk
Amalan Sunat Selepas Berniat:
-Bertabliah, berdoa, bacaan al-quran, zikir dan lain-lain.
-Elak daripada berbual kosong (Lagha) dan perkara yang tidak mendatangkan faedah.
[Lembutkanlah suara mu dan merintih semasa kita bermunajat dan berdoa kepada Allah.]
Berbudi, berbahasa.
-Kalau kita hanya “melayan penat kita sahaja” tanpa empati dan berkasih sayang maka lagi penatlah.
Haji memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan.
Miqat:
Ada dua iaitu masa(zamani) dan tempat (makani).
-Dalam hidup bila kita berusaha bersusah payah jangan kita kecewa bila kita tidak dapat. Mungkin Allah tangguhkan, Allah beri pada anak-anak.
Larangan Dalam Masa Ihram:
-Banyak hikmah di sebalik larangan ihram. Banyak pahala yang diperolehi bila kita dapat bersabar menahan diri daripada melakukan perkara yang diharamkan semasa ihram.
-Berdosa bila melanggar larangan ihram dengan sengaja.
1. Memakai pakaian bersarung (Lelaki).
~Kalau tidak hendak beli kain tuala yg tebal (berat) maka beli kain spt yg dipakai oleh jemaah dpd India. Boleh juga guna kain pelikat yg tidak berjahit.
Jika pakai kain bersarung dengan sengaja maka berdosa. Tetapi jika pakai tidak sengaja maka tidak berdosa (contohnya terlupa buka seluar dalam).
Bagi memakai dengan sengaja kerana berpenyakit maka tidak berdosa.
Kesemua situasi itu perlu membayar Dam.
Kita tidak perlu takut membayar Dam. Yang kita perlu takut ialah membuat perkara yg berdosa.
Tiga jenis Dam: Haiwan, sedekah atau puasa.
2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya lelaki).
3. Menutup muka (wanita)
-Walau bagai mana pun jika berpenyakit tidak berdosa, ttp perlu membayar Dam.
4. Memakai sarung tangan (lelaki & wanita).
5. Berwangi-wangian
-Jika pakaian ihram yang dihantar untuk didobi dan kemudiannya ada bau wangi, ianya tidak mengapa.
Ini kerana kita suruh dicuci bukannya kita suruh untuk diwangikan.
-Mengucup hajar aswad yang berbau wangi tidak mengapa. Ini kerana bukan tujuan kita untuk berwangian (tidak berdosa).
6. Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi.
7. Menanggalkan rambut atau bulu
8. Memotong kuku.
9. Menebang/memotong/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan
-Di sini antaranya ialah belalang (ianya boleh di makan), burung dan seumpamanya.
-Tetapi lipas, cicak dan seumpamanya tidak mengapa.
11. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin.
12. Melakukan pendahuluan persetubuhan.
13. Melakukan persetubuhan.
Perkara (1) hingga (6) jika dilakukan secara tidak sengaja maka tidak berdosa dan tidak dikenakan dengan Dam.
Perkara (7) hingga (10) jika dilakukan maka perlu bayar Dam.
Yang lain, jika ianya dilakukan dengan qasad (dengan tenaga) maka ia dikenakan Dam.
Cth: rambut yang gugur sendiri tidak dikenakan Dam. Tetapi jika kita garu/gosok yang sebabkan ia tercabut maka perlu bayar Dam.
-Apa hikmahnya? Allah ajar kita untuk kita menjaga tubuh badan kita.
-Jika pakai getah rambut kena Dam atau tidak? Ianya dikenakan Dam.
Nota: Nabi saw bertawaf dan bersa’ie dengan pakaian biasa (tidak menggunakan pakaian ihram).
Afdal untuk mandi dan bersuci selepas bersa’ie.
Konsep larangan ihram ialah untuk bersungguh-sungguh untuk fokus untuk ibadat kepada Allah. Maka tidak perlu kepada berwangi-wangian.
-Larangan ihram dan dam Haji ini dikenakan untuk mengingatkan kita agar kita kekal berdisiplin dengan tidak melanggar aturan dan rukun Haji yang ditetapkan serta sentiasa menjaga kesucian tanah haram.
-Surah al-Baqarah, ayat 197: “Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh berbuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan ibadat Haji.”
Bayaran DAM:
-Dam yang berasal daripada perkataan Arab bererti darah. Dari segi istilahnya ialah denda.
-Ia diwajibkan untuk dibayar apabila seseorang muslim itu melakukan perkara larangan semasa melakukan Haji atau meninggalkan perkara yang diwajibkan.
-Mengikut Syara’, Dam ialah ibadat gantian yang merupakan binatang al-An’Am yang disembelih seperti unta, lembu, kambing/kibas atau gantinya daripada makanan di tanah haram atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan haji atau umrah di atas sebab-sebab tertentu.
-Surah Al-Maidah, ayat ke-3: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Empat Jenis Dam:
1. Dam Tertib Dan Taqdir
2. Dam Tertib Dan Takdil
3. Dam Takhyir Dan Taqdir
4. Dam Takhyir Dan Takdil
(1) Dam Tertib Dan Taqdir
-Tertib yang membawa maksud susunan dan taqdir bermaksud ketetapan syarak. Oleh itu, dam ini perlu dibayar mengikut susunan dan kemampuan bayaran adalah mengikut ketetapan syarak. Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti.
-Antara contoh kesalahan yang memerlukan bayaran dam jenis ini ialah tidak berihram di miqat, mengerjakan Haji secara qiran atau tamattu’, luput waktu di Arafah, tidak bermalam di Mina , tidak melontar di Jamrah serta tidak menepati nazar yang berkaitan dengan ibadah Haji.
-Bayaran yang dikenakan ialah dengan menyembelih seekor kambing atau haiwan ternakan. Bagi yang tidak mampu hendaklah berpuasa selama 10 hari, iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari apabila pulang ke tempat masing-masing.
-Manakala, bagi jemaah Haji yang meninggalkan Tawaf Wida’, ia hendaklah berpuasa selama 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari apabila sampai.
(2) Dam Tertib Dan Takdil
-Maksud takdil ialah apabila seseorang tidak berkuasa mengeluarkan makanan, hendaklah ia menggantinya dengan berpuasa mengikut hari-hari dan syarat yang ditetapkan.
-Sebagai contoh, jika pasangan tersebut melakukan persetubuhan sebelum tahalul pertama (iaitu membatalkan Haji) maka, perlu disembelih seekor haiwan ternakan, iaitu unta, jika tidak mampu perlu disembelih lembu atau kambing.
-Manakala, jika tidak mampu juga, perlu membeli makanan asasi mengikut nilai seekor unta dan disedekahkan kepada penduduk miskin di Tanah Haram seperti Mekah, Muzdalifah dan Mina atau perlu berpuasa selama tiga hari di mana-mana sahaja (tanpa syarat).
(3) Dam Takhyir Dan Taqdir
-Dam ini bermaksud, ia boleh ditunaikan mengikut pilihan sendiri. Dalam erti kata, anda boleh memilih untuk membayar denda mengikut pilihan dan kemampuan sendiri.
-Antara contoh kesalahan yang dilakukan ialah memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi lelaki, memakai bau-bauan (wangian), memotong kuku dan juga bersetubuh kali kedua sebelum tahalul awal.
-Denda yang dikenakan ialah dengan menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dengan memberi sedekah sebanyak dua cupak makanan kepada enam orang fakir miskin dan pilihan ketiga ialah berpuasa selama tiga hari.
(4) Dam Takhyir Dan Takdil
-Dam ini merupakan pembayaran yang bergantung kepada pilihan sendiri yang tidak ditetapkan tetapi berdasakan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan jenis kesalahan.
-Kesalahan yang dilakukan ialah dengan berburu binatang darat atau menebang, memotong dan juga mencabut pohon di Tanah Haram.
-Maka, bayaran yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan yang sebanding dengan binatang buruan tersebut atau membeli makanan yang bersesuaian dengan harga binatang atau pohon yang rosak itu atau pilihan yang ketiga ialah berpuasa dengan mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli sesuai dengan harga tersebut.
-Ringkasnya, ada 4 unsur Dam:
1. Tertib -pilihan ikut urutan
2. Taqdir - nilai ditetapkan
3. Takhyir -pilihan terbuka
4. Ta’dil -nilai setara
Daripada 4 unsur itu membentuk 3 kategori:
1. Tertib-pilihan ikut urutan
2. Taqdir-
Takhyir Taqdir:
-Takhyir membawa maksud seseorang itu boleh memilih antara jenis-jenis dam yang diwajibkan. Takdir pula merujuk kepada kadar dam tersebut yang telah ditetapkan oleh syarak.
-Taqdir bermaksud kadar dam yang ditetapkan oleh syarak sebagai barangan yang boleh diganti.
Sebab-Sebab Dam Fidyah Takhyir Taqdir:
-Dilakukan kerana jemaah melakukan hal-hal yang tidak diperbolehkan pada saat melaksanakan ihram seperti:
Memotong kuku
Mencukur rambut
Memakai wewangian
Memakai penutup kepala
Berhubungan badan (Pasangan Suami Isteri)
sebelum tahallul kedua. Jika salah satu hal tersebut dilakukan maka harus membayar fidyah dengan memilih salah satu dari tiga cara diatas.
Takhyir Ta’dil:
-Dam takhyir dan ta’dil ialah Dam yang dikeluarkan karena membunuh binatang darat diwaktu melakukan manasik haji ((kecuali ular, kala jengking , tikus dan lain-lain yang dipandang membahayakan).
-Maka orang bersangkutan harus menyembelih haiwan yang sepadan dengan haiwan yang dibunuhnya (kalau kambing harus dibayar dengan kambing. Kalau ayam harus dibayar dengan ayam. Dan seterusnya), atau dibayar nilainya dengan makanan yang diberikan kepada orang-orang miskin, atau berpuasa setiap satu mud satu hari puasa.
-Surah al-Maidah, ayat 95: “Janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barang siapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnya, menurut putusan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai had-ya yang di bawa sampai ke Kakbah, atau (dendanya) membayar kafarat dengan memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa seimbang dengan makanan yang dikeluarkan itu, supaya dia merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya.”
Nota: Sejarah Nabi Ibrahim as, ibadat haji hanyalah haji Ifrad.
Pada 10 hijrah baru Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad saw haji Tamattur’.
Sebab Diwajibkan Dam:
Nota: Tawaf Wada’ ia boleh dibuat dalam tempoh 5 jam sebelum keluar daripada Mekah.
Dam cupak makanan tidak boleh dibuat di tanah air. Ia adalah hak penduduk Makkah.
Q&A:
1. Apa hukum jika kita memakai wangian sebelum berihram dan wangiannya berterusan selepas ihram.
Ia tidak mengapa. Bah kan Nabi saw menggalakkan utk berwangi-wangian sebelum berihram.
2. Jika memakai sabun untuk mandi.
Maka pakai sabun yang tiada wangian.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment