السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 2 Januari 2019/ 7 Jumadilawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Maulana Mohamad Ihsan.
●Pendahuluan
-Surah al-Baqarah, ayat 23: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”
-Surah al-Baqarah, ayat 24: “Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.”
-Di neraka nanti akan dipenuhi oleh manusia dan batu-bata berhala yang mereka sembah.
Kaitan ayat ini dengan ayat sebelum ini:
-Selepas Allah mengkategorikan tiga jenis manusia iaitu yang taat, kufur dan munafik maka Allah mengisbatkan tentang wahyu yang diturunkan kepada Nabi saw.
-Tidak akan ada makhluk yang mampu malah mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab serupa dengan al-Quran sekalipun digabungkan seluruh manusia dan jin.
-Surah Hud, ayat 13: “Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: ‘Ia (Muhammad) yang mereka-reka al-Quran itu!” katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”
-Surah Yunus, ayat 38: “(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan al-Quran menurut rekaannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain daripada Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar.”
-Seluruh ayat al-quran menyuruh manusia berfikir. Allah menceritakan kekuasaan dan penciptaan makhlukNya.
-Surah al-Baqarah, ayat 22: “Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).”
-“untuk orang mahu berfikir dan bijaksana.”
-Dalam al-quran, ia menekankan dalil berbentuk aqli selain dalil naqli (al-quran dan hadith).
Akal digunakan untuk cuba menilai.
-Al-quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bagi memberi panduan dan petunjuk kepada seluruh manusia.
-Ayat al-Quran disusun dengan begitu indah sehinggakan bahasanya tidak dapat ditandingi penyair dan pemuisi Arab yang tinggi kesusasteraannya pada zaman Nabi saw.
-Sesungguhnya al-quran adalah satu kitab mukjizat. Ia diturunkan ketika ada ramai pujangga dan penyair serta ahli sastera bahasa di Tanah Arab.
-Surah al-Isra’, ayat 88: “Katakanlah (wahai Muhammad) Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.”
-Tidak ada seorang manusia yang berjaya menukilkan walau pun cuma satu surah setanding al-Quran.
-Jadi bila orang kafir menolak al-quran maka Allah menempelak mereka sebagai orang yang tidak berakal.
-Surah al-Anbiyaa’, ayat 98: “Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran yang dilimparkan ke dalam neraka Jahannam; kamu (sudah tetap) akan memasukinya.”
-Surah al-kaffi, ayat 101: “(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.”
-Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dihafal keseluruhannya.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment