السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 4 Januari 2019/ 8 Jumadilawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Mohd Zulrusdi Salleh.
●Pendahuluan
-Syukur dengan nikmat kurniaan Allah. Semoga kita terus istiqamah dan sabar dalam mentaati perintah Allah dan sabar meninggalkan larangan Allah.
-Ketika ditanya tentang siapa orang yang paling baik, Rasulullah SAW menjawab: “Iaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Sedangkan orang paling buruk adalah mereka yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.” (HR: Ahmad)
-Jadi sesiapa yang Allah beri umur yang panjang dan ia membuat kebaikan maka ia golongan yang beruntung. Jika sebaliknya maka ia adalah golongan yang rugi.
-Surah al-An’am, ayat 2: “Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu) dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah yang mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).”
-Nabi saw menyatakan “Aku disuruh untuk menyeru manusia ke jalan Allah. Tetapi aku tidak mampu memberikan hidayah.
-Nabi saw tidak boleh beri hidayah walau pun kepada bapa saudaranya Abu Talib.
-Rasulullah SAW bersabda; Katakanlah (bacalah surah) Qul Huwallahu Ahad dan Qul ;audzu Birabbinnaas dan Qul a;udzu Birabbil Falaq ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. (HR: Abu Daud dan An Nasai).
-Daripada Aisyah ra katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (HR: Bukhari).
-Surah An-Naas: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
-Gangguan kepada kita yang menyebabkan kita membuat kejahatan adalah hawa nafsu dan syaitan yang berada dalam aliran darah.
-Syaitan ini akan ada pada kita jika kita tidak zikir pada Allah. Dan ia akan jauh daripada kita bila kita banyak berzikir pada Allah.
-Kita hendak jauhkan kejahatan dan sihir daripada syaitan dan manusia.
Kita juga hendak menjauhkan diri kita daripada hasad dengki manusia.
Kita baca surah al-Annas dan al-Falaq.
Nabi saw baca dua surah ini untuk memutuskan sihir.
-Nabi saw boleh berdakwah tetapi tidak boleh memberi hidayah. Demikian jugalah Iblis ia boleh berusaha mempengaruhi manusia tetapi ia tidak boleh menyesatkan manusia.
Tanda-Tanda Seorang Yang Kurang Akal / Bodoh:
1. Suka marah tanpa alasan
-Marah tidak bersebab atau atas perkara remeh temeh
2. Suka mengikut hawa nafsu yang batil
- Jangan perkara yang salah kita ikut dan pertahankan.
3. Boros membelanjakan harta tanpa kepentingan
-Usaha perbanyakkan infaq
-Pilihlah yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat
4. Tidak mengenal baik dan buruk (kawan atau lawan)
Tanda Orang berakal:
1. Menahan diri daripada hawa nafsu
-Kita mempertahankan yang hak dan meninggalkan yang bathil.
2. Dapat meletakkan harta pada tempatnya
-Mengambil manafaat pada hartanya
-Orang yang bijak ia uruskan harta untuk bekalan akhiratnya
3. Dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
Bagaimana Syaitan Dapat Menggoda Manusia:
1. Sifat tamak
-Ramai kalah dengan syaitan kerana tamak
-Kita disibukkan dengan mengumpulkan harta
-Sabda Nabi saw: “Seandainya anak keturunan Adam diberi satu lembah penuh dengan emas nescaya dia masih akan menginginkan yang kedua. Jika diberi lembah emas yang kedua maka dia menginginkan lembah emas ketiga. Tidak akan pernah menyumbat rongga anak Adam selain tanah, dan Allah menerima taubat bagi siapa pun yang mau bertaubat.” (HR: Al-Bukhari)
-Sabda Nabi saw: “Tidaklah dua ekor serigala yang lapar dikirimkan pada seekor kambing itu lebih berbahaya daripada tamaknya seseorang pada harta dan kedudukan dalam membahayakan agamanya.” (HR:al-Tirmidzi)
-Surah Taubah, ayat 35: “(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
-Untuk atasi sifat tamak maka kita banyakkan ingat kematian dan banyak menziarahi orang sakit.
-Jangan kita rakus pada harta dunia. Allah dah beri cukup pada kita.
2. Bersangka buruk
-Sebab bersangka buruk maka berlaku perpecahan.
-Menyebabkan kerosakan hubungan
-Jika semua kita husnulzan (bersangka baik) maka Insyallah semua akan baik.
3. Panjang angan-angan
-Jika telah sampai umur 40 tahun maka eloklah kita berhentikan angan-angan.
-Bila banyak hajat yang diharap telah tidak diperolehi maka cukuplah dengan yang ada.
-Habiskanlah masa yang kita ada (umur yang berbaki)untuk akhirat dan redha Allah.
-Kematian boleh datang tiba-tiba.
4. Keinginan dan seronok dengan nikmat dan istirehat semata-semata
-Bagaimana untuk matikan keinginan ini?
Maka ingatlah nikmat yang Allah berikan akan dihisab.
-Ingatlah beratnya hisab di akhirat
Justeru hiduplah dengan penuh tanggungjawab.
5. Ujub dan bangga diri
6. Hasad dengki dan iri hati
7. Riak dan suka mendapat pujian orang lain
-Jadi pilihan di tangan kita. Hendaklah kita sentiasa bermujadah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment