السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 6 Januari 2020/ 12 Jumadilawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Hafiz Abu Bakar.
●Pendahuluan
-Surah ali-Imran, ayat 102: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
-Syukur kita dipertemukan dengan tahun baru. Semoga amal kita juga bertambah dengan bertambahnya umur kita.
Adab Terhadap Binatang:
-Allah kurniakan banyak ruang untuk kita membuat kebaikan termasuk dengan binatang.
-Terutamanya kepada pembela binatang hendaklah kita mengetahui adab kita dengan binatang.
-Kebanyakan orang muslim memahami bahawa binatang adalah makhluk Allah. Maka binatang juga membawa rahmat kepada kehidupan.
Justeru ada adab-adab yang perlu kita amalkan.
Antara adab-adab dengan bintang ialah:
1. Memberi makan dan minum bila di dapati binatang itu lapar dan dahaga.
-Sabda Nabi saw: “Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya).” (HR: Bukhari).
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang tidak belas kasihan nescaya dia tidak akan dibelaskasihani.” (HR: Bukhari & Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit.” (HR: At-Tirmizi).
Betapa hebatnya Islam. Dengan mengasihani binatang pun akan dikurniakan rahmat yang banyak.
2. Menyayangi dan kasihan belas terhadap binatang.
-Pada satu hari Nabi saw melihat sahabat menjadikan burung untuk sasaran memanah. Lalu Nabi saw bersabda: “Allah melaknat orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran.”
-Sabda Nabi saw juga menyatakan Allah melaknat orang menjadi sesuatu yang ada roh sebagai sasaran anak panah atau lembing atau sebagainya.
-Sabda Nabi saw: “Siapakah gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini kerana anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya".
Nabi saw bersabda demikian setelah baginda melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" (HR:Abu Daud).
3. Ketika menyembelih atau membunuh binatang hendaklah merehatkannya dahulu.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu, maka apabila kalian membunuh hendaklah berlaku ihsan di dalam pembunuhan, dan apabila kalian menyembelih hendaklah berlaku baik di dalam penyembelihan, dan hendaklah salah seorang kamu menyenangkan sembelihannya dan hendaklah ia mempertajam mata pisaunya.” (HR: Muslim).
-Hendaklah kamu merehatkan binatang yang hendak sembelih dan sembelihlah dengan pisau yang tajam.
-Janganlah kita menyiksa binatang.
Hadith tersebut adalah juga berkaitan dengan sifat ihsan.
4. Jangan menyeksa binatang dengan apa cara penyeksaan pun atau dengan membuatnya kelaparan atau memukulnya, membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak mampu, menyiksanya atau membakarnya.
-Sabda Nabi saw: “Seorang perempuan masuk neraka karena seekor kucing yang ia kurung hingga mati, maka dari itu ia masuk neraka kerana kucing tersebut, disebabkan ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum di saat ia mengurungnya, dan tidak pula ia membiarkannya memakan serangga di bumi.” (HR: Bukhari).
Dalam satu keadaan, Nabi saw melihat sarang lebah di satu tempat yang sudah dibakar oleh seseorang sehingga hangus sarang berkenaan.
Baginda saw tidak berdiam diri saja menyaksikan perbuatan zalim itu, lalu baginda saw bertanya: “Siapakah yang membakar sarang lebah ini?” Maka dijawab sekumpulan orang di situ, “Kami yang membakar sarang lebah itu wahai Rasulullah.”
Berubah muka Rasulullah saw bila mendengar jawapan kumpulan itu lalu baginda saw membuat teguran dengan sabdanya yang bermaksud: “Kamu tidak boleh menyeksakan dengan api kecuali Tuhan yang menciptakan api itu.”
5. Harus membunuh haiwan yang mengganggu dan membahayakan seperti anjing buas, tikus, serigala, ular, kalajengking dan seumpamanya.
-Sabda Nabi saw: “Ada lima macam haiwan fasik yang boleh dibunuh di waktu halal (tidak ihram) dan di waktu ihram, iaitu ular, burung gagak yang putih punggung dan perutnya, tikus, anjing buas dan rajawali.” (HR: Muslim).
6. Harus membuat wasam (tanda/cap) dengan besi panas pada telinga binatang ternak yang tergolong na'am untuk maslahat.
-Sabda Nabi saw: “Telah diriwayatkan bahwasanya Nabi Muhammad saw memberi wasam pada telinga unta sadaqah dengan tangan beliau yang mulia. Sedangkan haiwan lain selain yang tergolong na'am (unta, kambing dan sapi) tidak boleh diberi wasam, sebab ketika Rasulullah saw melihat ada seekor keledai yang mukanya diberi wasam baginda saw bersabda, "Allah mengutuk orang yang memberi wasam pada muka keledai ini.” (HR: Muslim).
-Jadi hanya unta dan seumpamanya yang diharuskan untuk dibuat tanda.
Nota:
Jika ada lukisan berbentuk binatang hendaklah dicacatkan sedikit pada lukisan binatang yang dilukis.
7. Mengenal hak Allah pada haiwan, iaitu menunaikan zakatnya jika haiwan itu tergolong yang wajib dikeluarkan zakat.
-Di sini ianya bukan sahaja berkaitan adab tetapi kita juga perlu menunaikan hak Allah.
8. Tidak boleh sibuk mengurus haiwan hingga lupa taat dan zikir kepada Allah.
-Surah al-Munafiqun, ayat 9: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi"
Jadi jangan kita dilekakan oleh binatang peliharaan kita hingga kita lupa untuk solat dan membuat amalan wajib yang lain.
-Nabi saw pernah bersabda berkenaan dengan kuda: "Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang menjadi dosa. Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda seseorang yang dipangkal untuk fisabilillah, ia banyak berdiam di padang rumput atau di taman. Maka apa saja yang dimakan oleh kuda itu selama dipangkal di padang rumput atau di taman itu, maka pemiliknya mendapat pahala-pahala kebajikan. Dan sekiranya ia meninggalkannya lalu mendaki satu atau dua tempat tinggi, maka jejak dan kotorannya menjadi pahala-pahala kebajikan baginya. Maka dari itu kuda seperti itu menjadi pahala bagi pemiliknya. Kuda yang diikat oleh seseorang karena ingin menjaga kehormatan diri (tidak minta-minta) dan ia tidak lupa akan hak Allah swtcpada leher ataupun punggung kuda itu, maka kuda itu menjadi pelindung baginya.
Dan kuda yang diikat (dipangkal) oleh seseorang kerana kebanggaan, riya dan memusuhi orang-orang Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa baginya.” (HR: Al-Bukhari).
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment