السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kursus Asas Haji 1441H/2020M@Masjid UPM, Serdang, Selangor: 29 Dec 2019/ 1 Jumadilawal 1441H (Kursus Minggu Ketiga:Sabtu, 9.00 - 12.00 tgh.).
Rukun Haji:
Pengertian Rukun Haji:
-Rukun Haji ialah pekerjaan yg mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji.
-Jika tidak ditunai, haji seseorang tidak sah/tidak sempurna/tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram.
Rukun Haji Ada Enam:
1. Niat Ihram Haji
2. Wuquf di Arafah
3. Tawaf haji
4. Sa’ie Haji
5. Bercukur atau bergunting
6. Tertib pada kebanyakan rukun haji
-Nota: Dosa yg dilakukan di tanah haram lebih berat berbanding dgn dosa yg dibuat di tanahair.
-Nota: Isteri yg kematian suami yang dalam keadaan hendak berangkat (belum naik kapalterbang) untuk menunaikan haji atau umrah, maka hukumnya ia tidak boleh pergi menunaikan haji/umrah.
Ini kerana seorang perempuan yang kematian suami, ia mempunyai tempoh edah. Dalam edah tersebut, ia tidak boleh keluar dari rumah.
Pahalanya lebih besar kerana ia taat kepada perintah Allah (iaitu walau pun ia tidak dapat mengerjakan / menundakan haji).
Tetapi kalau kematian suami berlaku semasa sedang menunaikan haji/umrah si isteri boleh terus menunaikan haji. Tetapi tidak perlu buat perkara-perkara sunat seperti ziarah.
Dosa yang disengajakan lebih berat hukumnya.
Wajib-Wajib Haji:
Pengertian Wajib Haji:
-Wajib Haji ialah pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji.
Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya, haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan Dam menurut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja.
Enam Wajib Haji:
1. Niat Ihram di Miqat’
2. Meninggalkan perkara larangan dalam masa ihram
3. Bermalam (mabit) di Muzdalifah
4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
5. Bermalam (mabit) di Mina (11,12,13 Zulhijjah)
6. Melontar ketiga-tiga Jamarat pada hari Tasyrik.
Niat Ihram hendaklah di Miqat atau sebelumnya.
Ingat: Setelah niat Ihram mestilah jaga larangan dalam Ihram.
Perhatian: Niat ihram haji mempunyai kaitan dengan cara mengerjakan ibadat haji (samada haji Tamattu’, Ifrad atau Qiran).
Nota: Bila telah berniat ihram, kita tidak boleh keluar daripada ihram. Perlu proceed until the end. Perlu selesaikan semua rukun/wajib haji!
Cara mengerjakan haji ada tiga:
1. Haji Tamattu’
2. Haji Ifrad
3. Haji Qiran
Haji yang paling afdhal adalah haji mabrur.
Allah yang mensyariatkan jenis-jenis haji tersebut.
Ini kerana keadaan setiap manusia berbeza-beza bila ia hendak mengerjakan haji.
Allah menyesuaikan syariat haji mengikut keadaan manusia tersebut.
Cara Mengerjakan Haji:
Haji IFRAD:
-Mengerjakan haji dalam bulan-bulan Haji kemudian mengerjakan umrah setelah selesai amalan Haji (Afdhal).
Niat:
“Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
Haji TAMATTU’:
-Mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama.
-Iaitu sampai terus buat umrah. Kemudian baru buat haji.
Niat:
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
“Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala”
Haji QIRAN:
Cara (1):
-Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji.
Umrah pula dikira selesai sebaik sahaja selesai menunaikan haji.
Niat:
“Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah dan aku berihram dengan kedua-duanya kerana Allah Taala”
Cara 2:
-Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi sebelum tawaf ia berniat mengerjakan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajib haji.
Permasalahan:
Bagi seseorang wanita yang mulanya berniat untuk buat haji Tamattu’ tetapi kemudian ia datang haid yang menyebabkan ia tidak dapat membuat umrah sebelum buat umrah. Jika ia telah suci pada 8 Zulhijjah maka ia boleh terus menukar kepada haji Qiran. Ia perlu membayar Dam Qiran.
Nota: Tawaf haji hanya bermula selepas wuquf.
Maka kita tunaikan haji (Tamattu’, Ifrad atau Qiran) mengikut kesesuaian/keadaan masing-masing.
-Namun Imam Syafie’ menyatakan bahawa haji Qiran itu afdal kerana ia tidak perlu bayar dam dan ia paling susah sekali.
Nota: Haji Qiran & Ifrad perbuatannya adalah sama. Cuma niat sahaja berbeza.
-Kita patut seronok duduk lama dalam Ihram. Jangan kita risau dengan gugur rambut selepas kita bercukur. Gugur rambut bukan larangan ihram.
Yang tidak boleh ialah mencabut rambut.
-Selagi kita duduk dalam ihram maka kita dalam keadaan menjadi tetamu Allah yang mulia.
-Bayaran dam adalah ibadat. Ia bukannya denda. Ia sebagai pengakuan kesalahan kita kepada Allah.
Carta Aliran Pekerjaan Haji:
1. Niat Ihram Haji (RH)
2. Niat di Miqat (WH)
3. Larangan Ihram (WH)
4. Wuquf (RH)
5. Bermalam (Mabit) di Muzdalifah (WH)
6. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah (WH)
7. Bergunting/bercukur (RH)
8. Bermalam (Mabit) di Mina 11, 12, 13 Zulhijjah (WH)
9. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11, 12, 13 Zulhijjah (WH)
10. Tawaf (RH)
11. Sa’ie (RH)
12. Tertib pada kebanyakan rukun haji (RH)
Memakai Pakaian Ihram:
Lelaki:
-Dua helai kain lepas (tidak bercantum). Sehelai dipakai untuk menutup auratnya di antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih.
Perempuan:
-Hendaklah menutup semua anggota tubuh selain muka, dua pergelangan tangan (tiada pakaian khusus seperti jemaah haji lelaki).
Pakaian lelaki semasa Ihram secara Idtiba’ (menampakkan bahu kanan):
~Hanya sunat dipakai semasa tawaf yang diiringi dengan Sa’ie sahaja atau semasa Sa’ie sahaja.
~Tidak disunat dipakai secara Idtiba’ semasa di lokasi lain seperti stesen berlepas dan sebagainya.
~Begitu juga ketika solat (makruh), elak secara Idtiba’.
Pakaian Ihram Wanita:
1. Elak dari bersolek (tanpa keperluan). Elak bersolek untuk menjauhkan fitnah dan riyak.
2. Pastikan aurat dijaga
3. Kain telekung yang bersesuaian dan tidak menampakkan aurat
4. Stokin dipakai (tidak terlalu nipis yang menampakkan warna kulit. Disyorkan stokin tebal dan panjang).
Nota:
Jangan pakai pin
-Pastikan selipar yang kita pakai nampak kelima-lima jari kaki.
Sunat Ihram:
Amalan Sunat Sebelum Niat Ihram:
-Mengerat kuku
-Merapi janggut, misai dan rambut
-Menanggalkan bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya
-Mandi sunat ihram
-Mengambil wuduk
-Memakai wangian pada badan (bukan pada kain ihram)
-Memakai minyak rambut
-Memakai kain ihram berwarna putih
-Solat sunat Ihram
Amalan Sunat Semasa Niat Ihram:
-Mengadap kiblat
-Berada dalam keadaan berwuduk
Amalan Subat Selepas Berniat Ihram:
-Bertalbiah, berdoa, membava al-quran, berzikir
-Elak dari berbual kosong (Lagha’)
Miqat:
Erti miqat: Ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram Haji atau Umrah.
Miqat terbahagi kepada dua:
-Makani (sempadan tempat)
-Zamani (sempadan masa)
Miqat Zamani (Haji):
-Miqat Zamani bagi haji ialah bermula 1 syawal hingga seketika sebelum terbit fajar hari yang ke-10 Zulhijjah, inilah yang dinamakan bulan-bulan haji. Tidak sah ihram haji jika dilakukan di luar masa tersebut bahkan jadilah ihram Umrah.
Miqat Tempat (Makani):
-Ada lima tempat (pagar) untuk berniat Miqat:
Al-Juhfah
Bir Ali
Zatun Iraqi
Qarnul Manazil
Yalamlam
Untuk kita orang Asia, ada dua tempat sahaja untuk berniat Miqat iaitu di Bir Ali dan di Qarnul Manazil.
~Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yg perjalanannya terus ke Makkah ialah Qarnul Manazil
~Miqat Makani bagi jemaah haji Malaysia yang perjalanannya dari Madinah ialah Zul Hulaifah/Bir Ali
Peringatan:
Jemaah haji yang melakukan haji Tamattu’ akan berniat ihram haji dibangunan penginapan di Makkah pada 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyyah) sebelum bertolak Arafah.
Jemaah haji yang melakukan Haji Ifrad atau Qiran dikira masih terpakai niat haji yang dilafazkan di Miqat ketika masuk Makkah (Qarnul Manazil) atau (Bir Ali) - mereka bergerak bersama-sama jemaah haji Tamattu’ ke Arafah pada 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyyah) tanpa berniat haji semula.
Wuquf di Arafah:
Maksud berwuquf:
-Berada di bumi Arafah walau satu saat sekalipun dalam sebarang keadaan bermula daripada Gelincir Matahari Hari 9 Zulhijjah sehingga seketika sebelum terbit fajar pada 10 Zulhijjah.
Waktu wuquf:
-Bermula daripada gelincir matahari hari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar pada hari 10 zulhijjah.
Waktu Afdal Wuquf:
-Berwuquf sebahagian daripada siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian daripada malam 10 Zulhijjah.
Bermulanya waktu wuquf di Arafah adalah selepas masuk waktu Zohor.
Doa yang paling mustajab ialah antara Asar dan Maghrib pada hari wuquf.
Nabi saw menyatakan bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.
Nabi saw mengawalkan solat Asar untuk Baginda saw membanyakkan berdoa sehingga masuk waktu maghrib.
Maka hendaklah kita perbanyakkan berdoa pada waktu wuquf.
Arafah bukan tanah haram.
Syarat Berwuquf:
-Telah berihram dengan niat haji
-Ahli Ibadat (tidak gila/mabuk/hilang akal/murtad sepanjang masa wuquf)
-Berada di bumi Arafah walau seketika dalam waktu wuquf.
Amalan-Amalan Sunat Ketika Berwuquf:
Solat berjemaah
Bertalbiah
Berdoa, berselawat dan beristighfar
Berzikir
Membaca al-quran
Solat sunat
Perkara-Perkara Khurafat Di Arafah:
-Membawa kismis semasa tawaf/menjemur nasi di Arafah
-Tanam 7 biji batu di bumi Arafah
-Mengerat tali di Padang Arafah secara mencuri
-Mengambil pasir padang Arafah
Jika tidak buat syarat-syarat wajib Haji maka perlu buat Dam 10:
-Ia perlu dibuat secara tertib. Tidak boleh terus pilih yang ketiga.
Menyembelih seekor kambing; atau
Berpuasa 10 hari (samada 3 hari di Mekah & 7 hari di tanahair); atau
Beri makan 10 cupak beras
Jika langar larangan Ihram:
Dam takdir tahrir
3->6->12
Yang ini boleh pilih. Tidak perlu ikut tertib.
-Sembelih kambing seekor
-Berpuasa tiga hari
-Memberi makan kepada 6 orang fakir miskin, dua cupak setiap orang.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment