Monday, 25 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (240/2019): DOSA BESAR (DERHAKA KEPADA IBU BAPA, BERZINA , MENSYIRIKKAN ALLAH SWT, SUMPAH PALSU DAN MEMUTUSKAN SILATURRAHIM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 24 November 2019/ 28 Rabiulawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Haji Mohd Meeftah

●Pendahuluan
-Nabi saw bersabda seseorang lelaki yang memakai pakaian bercampur sutera maka tidak ada habuan baginya di hari akhirat.
-Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Umar dari Umar ibnu Khathab ra, bahawasanya ketika dia melihat kain sutera yang dijual di depan pintu masjid, maka dia berkata: "Wahai Rasulullah sukakah engkau membeli kain sutera ini untuk kau pakai pada hari jumaat dan untuk menyambut delegasi luar daerah yang datang padamu". Jawab Rasulullah saw: "Sesungguhnya yang pantas memakai sutera ini hanyalah orang yang tidak mendapatkan bahagian di hari akhirat nanti." Tapi setelah beberapa waktu ketika Rasulullah saw diberi hadiah beberapa helai kain sutera; maka salah satu dari kain itu diberikan padaku, aku berkata: "Wahai Rasulullah saw mengapa engkau memberi kain sutera padaku, padahal engkau telah melarang memakainya." Sabda Rasulullah: "Aku memberikan kain itu padamu bukan untuk kamu pakai, tetapi supaya kamu memberikannya kepada seseorang atau kamu menjualnya." Akhirnya Umar memberikan kain itu kepada saudaranya laki-laki seibu yang masih musyrik.”
-Sabda Nabi saw: “Mengkhabarkan padaku Abu Zubair bahawasanya dia telah mendengar Jabir ra berkata: "Rasulullah saw pernah memakai mantel dan sutera kasar yang dihadiahkan pada beliau, tetapi beliau melepasnya dan mengirimkannya kepada Umar. Maka Umar bertanya padanya: "Wahai Rasulullah, engkau telah melepas kain sutera itu, tetapi mengapa kamu memberikannya padaku? Jawab beliau: "Jibril telah melarangku memakainya. "Tiba-tiba Umar menangis dan berkata: "Wahai Rasulullah saw, engkau tidak menyukai baju itu, tetapi mengapa engkau memberikannya padaku?" Sabda beliau: "Aku memberikan pada mu bukan untuk kamu pakai, tetapi supaya kamu jual." Akhirnya Umar menjualnya dengan harga dua ribu dirham."

-Jadi bila bercampur antara yang halal dan yang haram maka ia menjadi haram. Walau pun yang haram itu sedikit.
-Nabi saw bersabda: “Bila banyak itu haram maka yang sedikit pun haram.”
-Daripada hadith diatas maka digunakan ijtihad untuk membenarkan untuk memberi hadiah arak yang diterima kepada orang bukan Islam.
Demikian juga wang yang tidak patuh syariah. Ada pandangan ia boleh digunakan untuk memberi khidmat / kebajikan umum seperti pembinaan jambatan, bilik air dan seumpamanya.
Bab Jangan Mencaci Ibubapa
-Sabda Nabi saw, antara dosa-dosa besar ialah orang yang memaki hamun kedua ibubapanya.
-Sabda Nabi saw: “Daripada Abdullah bin Amru bin Al As ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “Antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya, adakah akan berlaku seorang lelaki memaki hamun kedua orang tuanya. Rasulullah saw menjawab dengan bersabda: “Ya, seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.”
-Nabi saw diutuskan untuk menyempurnakan kesempurnaan akhlak.
-Kenapa dinyatakan menyempurnakan akhlak. Ini kerana orang Jahiliah dan orang kafir juga sud ada akhlak mereka. Namun ia tidak menjurus kepada ketauhidan kepada Allah.
Antaranya mereka menghormati ibubapa dan orang tua mereka.
-Pada peringkat awal Islam Nabi saw menumpang “himalayah”. Iaitu Nabi saw menggunakan pengaruh datuk dan bapa saudaranya untuk berdakwah. Iaitu Abdul Mutalib dan Abu Talib.
-Nabi saw memanfaatkan orang yang belum Islam untuk kebaikan Islam.
-Justeru, dalam kehidupan kini, kita boleh memanafaatkan demokrasi yang bukanlah sepenuhnya mengikut acuan Islam untuk dakwah Islam.
-Jangan kita menyusahkan dalam beragama. Kita ikut apa yang diperintahkan tanpa tokok tambah yang dilarang.
Bab Hukum Orang Memaki Ibubapanya:
-Sabda Nabi saw: “Tidak ada dosa yang paling utama untuk disegerakan di dunia lagi selain daripada balasan akhirat iaitu dosa orang yang melampau batas dan memutuskan silaturrahim”
-Sabda Nabi saw: “Tidaklah sebuah dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya di dunia dan juga disamping yang sedang menantinya di Hari akhirat dibanding dengan dosa menzalimi manusia dan dosa memutuskan silaturrahim”.
-Melampaui batas di sini ialah bila memaki hamun ia melampau-lampau, fitnah melampau-lampau dan lain-lain yang menzalimi orang lain.
Iaitu ada dosa yang Allah cepatkan balasan dosanya di dunia lagi di samping ia dapat balasan di akhirat
-Memang dosa kita tidak nampak kerana ia adalah perkara ghaib. Hanya di akhirat kelak kita akan nampak.
-Surah al-Maidah, ayat 90-91: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
-Sabda Nabi saw: “Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda. “Bukanlah seorang mukmin seorang pencuri ketika dia mencuri, bukanlah seorang mukmin seorang yang berzina ketika dia berzina. Bukanlah seorang mukmin seorang yang minum khamr ketika ia meminumnya. Adapun taubat tetap dibentangkan sesudahnya. “
-Surah al-Isra’, ayat 23: “....dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).”
-Sabda Nabi saw:
“Apa pendapat kamu tentang zina, minum khamar, mencuri. Jawab para sahabat sesungguhnya Allah dan Nabi saw lah yang lebih mengetahui.
Maka sabda Nabi saw, ia adalah dosa-dosa besar. Dan sabda Nabi saw, ada lagi perbuatan yang lebih besar daripada dosa-dosa itu iaitu mensyirikkan Allah, derhaka kepada ibubapa dan sumpah palsu. Nabi saw yang pada mulanya duduk bersandar tetapi kemudiannya Nabi saw bangun.
-Sabda Nabi saw: “Mahukah aku khabarkan kepada kamu sebesar-besar dosa besar?” Baginda mengucapkannya tiga kali. Para sahabat menjawab, “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Menyekutukan Allah (syirik) dan derhaka kepada kedua ibubapa.” Baginda duduk sebelumnya beliau bersandar, lalu Baginda bersabda lagi, “Ingat, dan juga perkataan palsu,” Perawi berkata, “Baginda terus mengulangi ucapannya, hingga kami berharap Baginda diam.”
-Sekarang banyak orang hanya fokus kepada jangan minum arak, judi dan rasuah. Namun tanpa disedari berlaku perbuatan mensyirikkan Allah.
-Nabi saw diutuskan untuk membawa agama. Nabi saw membawa al-quran dan sunnah. Maka bila kita ikut al-quran dan sunnah maka ia akan dapat rahmat Allah.
-Ada satu kisah seorang ibu minta anaknya menceraikan isterinya. Maka bila dibawa perkara ini kepada Nabi saw lalu Nabi saw minta lelaki itu menceraikan isterinya..
-Contoh pada masa kini, jika ibubapa tidak mahu anaknya masuk bertanding dalam pilihanraya maka hendak anak itu mengikutinya.
Bab Tangisan Ibubapa:
-Bab tangisan ibubapa disebabkan kesalahan anak adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment