Friday, 22 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (237/2019): APA ADA DALAM PERKAHWINAN?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Putrajaya: 22 November 2019/ 26 Rabiulawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid (Perunding Motivasi Kekeluargaan)

Sumber: Kitab Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Karya Dr Abdullah Nasih Ulwan)

●Pendahuluan
-Ibubapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak semasa cuti persekolahan sekarang ini. Perkara yang sukar dibuat semasa persekolahan boleh dibuat semasa cuti.
-Selain membawa anak-anak berjalan (holiday), hadiah terbesar untuk anak-anak ialah membawa mereka ke masjid/surau.
Kita perlu seimbangkan dalam menghiburkan anak-anak dengan mendidik kerohaniannya.
-Kewajipan ibubapa kepada anak-anak ialah mengajar mereka solat.
-“Siapa yang menjaga solat lima waktu maka tidak tertulis namanya dalam senarai orang yang lalai.”
-Nabi saw menyatakan, ajarlah anak kamu tiga perkara:
i. Cinta Nabi saw
ii. Cinta keluarga Nabi saw
iii. Baca al-quran
-Sempena cuti sekolah ini hendaklah kita merancang pengisian kerohanian bersama anak-anak.
-Masa anak-anak kecil biarlah kita bersusah payah mendidik anak-anak. Jangan kita kecewa dan susah semasa kita tua nanti.
-Ibu dan bapa berselisih dalam mendidik anak-anak adalah perkara biasa.
Tetapi luar biasa ialah bila ibubapa membiarkan anak-anak tanpa mendidikan keagamaan mereka. Jangan biarkan anak-anak tidak solat.
-Perkahwinan perlu disuburkan dengan tiga perkara:
i. Kasih sayang
ii. Kemesraan
iii. Perasaan belas kasihan
-Dalam setengah perkahwinan, kasih sayang telah hilang. Bila umur telah lanjut banyak yang membawa diri masing-masing.
-Banyak perkahwinan kekal hanya kerana simpati. Isteri yang paling kuat simpati berbanding suami.
-Isteri akan masuk syurga dengan jalan suami.
-Surah ar-Ruum, ayat 21: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
-Ayat di atas, Allah berfirman bahawa dijadikan kehidupan berpasang-pasangan untuk bermesra dan berkasih sayang.
-Kasih sayang
-Kemesraan
-Belas kasihan
Apa ada dalam perkahwinan?
Mengikut ulamak, perkahwinan ialah:
i. Kerjasama antara suami dan isteri.
ii. Suami isteri saling bantu membantu membangunkan keluarga.
iii. Suami isteri saling menyempurnakan keperluan kehidupan berumahtangga.
-Antara khidmat isteri ialah mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak.
Ianya selari dengan sifat keperempuanan isteri.
-Suami bekerja sesuai mengikut kelakiannya. Suami hendaklah membantu membuat kerja rumah terutamanya kerja yang berat-berat.
Perlu sama-sama bincang apa yang suami perlu buat dan apa yang isteri perlu buat.
-Suami isteri yang berkasih sayang ia perlu saling membantu dalam menguruskan rumahtangga.
-“Suami adalah pemimpin kepada keluarga.”
-Perkahwinan juga dibina mewujudkan perasaan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak.
-Ibu bapa perlu mengambil berat kepentingan anak-anak.
-Bila anak-anak telah besar dan mempunyai kehidupan sendiri maka ibubapa boleh merapatkan hubungan dengan anak-anak dengan mengambil berat keperluan mereka.
Kita bantu untuk selesaikan anak-anak.
-Pemilihan pasangan atas agama (~bersambung).
Lima keperluan kehidupan:
-Makan dan minum
-Kehidupan yang selamat
-Kasih sayang
-Penghargaan diri
Kita perlu menggunakan masa yang berkualiti dengan isteri dan anak-anak.
-Dalam mendidik anak-anak jangan sekali-kali suami “membawang isteri” dengan anak-anak dan jangan sekali-kali isteri “membawang suami” dengan anak-anak.
-Jika ada perselisihan maka hendaklah ayah/emak rasionalkan perkara yang berlaku kepada anak-anak.
-Kita banyakkan selawat ke atas Nabi saw dan kita buat kebaikan kerana Nabi saw suka.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment