Friday, 8 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (228/2019): MENGASIHANI NABI SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 8 November 2019/ 12 Rabiuawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Ahmad Nazri Hj Mohamed.

●Pendahuluan
-Syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus berusaha menyediakan bekalan akhirat yang kekal abadi.
-Firman Allah: “Katakanlah kepada meraka jika mereka kasih kepada ku maka ikut akan aku nescaya akan dikasihani akan mu oleh Allah dan akan diampunkan segala dosanya.”
-Surah ali-Imran, ayat 31: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “
-Surah ali-Imran, ayat 32: “Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”
-Justeru hendaklah kita kasih kepada Nabi saw.
-Kita banyak berselawat dan mengikut tunjuk ajar serta perbuatan Nabi saw.
-Sebaik-baik tempat adalah rumah Allah (masjid).
-Kenapa kita alpa dan malas untuk berselawat?
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang membelanjakan satu dirham untuk memuliakan kelahiran Nabi saw seolah-seolah ia membelanjakan satu bukit emas kepada jalan fisabilillah.”
-Apa-apa majlis yang kita adakan untuk memuliakan/meraikan bulan kelahiran Nabi saw akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa kasih akan sesuatu maka banyak ingatan dan sebutan kepadanya.”
-Jika kasih kepada Nabi saw maka hendaklah pergilah solat berjemaah.
-Sabda Nabi saw: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah seorang yang beriman”. (HR: Imam Ahmad dan Ibnu Majah).
-Surah at-Taubah, ayat 18:
“Hanya yang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang.”
-Sabda Nabi saw: “Daripada Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:”Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya: Pemerintah yang adil; Pemuda yang hidupnya asyik dalam -mengerjakan ibadat kepada Tuhannya; Orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid; …”
-Sabda Nabi saw: “Tiada solat bagi yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid” (HR: al-Daraqutni (1/419), al-Hakim (no: 898), dan al-Baihaqi (no: 4724).
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mendengar azan, kemudian tidak pergi, maka tiada solat baginya kecuali dengan sebab uzur.”. (HR: Abu Daud, Ibn Majah, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dan sanad Ibnu Majah dan lainnya sahih).

-Uzur yang dikecualikan berjemaah ini ialah seperti isteri sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang telah berwuduk dengan cara yang baik, kemudian terus ia menuju (ke masjid) tetapi didapati orang ramai telah selesai dari bersembahyang (jemaah) Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala (solah jamaah) sama dengan mereka yang hadir berjemaah, dengan tidak mengurangkan sedikit pun pahala (solah) jemaah mereka.”
-Kita perlu lawan syaitan dan hawa & nafsu. Kita perlu lawan dunia yang menipu & mengalpakan kita.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang kasih dan hendak berjumpa Allah nescaya kasih akan Allah kepadanya. Sesiapa yang benci berjumpa Allah nescaya Allah juga benci berjumpa dengannya.”
-Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan menemui maut.
Orang yang ingat akan mati ia akan bersungguh-sungguh menyediakan bekalan.
-Siapakah sahabat Nabi saw:
Ialah mereka yang hidup bersama Nabi saw, beriman dengan Nabi saw, mengikut amalan Nabi saw dan mati dengan iman.
-Tabien:
Ia beriman dengan Nabi saw, pengikut sahabat Nabi saw dan mati dengan iman. Ia tidak hidup sezaman dengan Nabi saw.
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang selawat ke atas ku sekali maka Allah akan selawat kepadanya 10 kali..”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” (HR: An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih).
-Syaitan/iblis dengan Allah pun mereka berdebat. Bila Allah perintahkan untuk sujud semua malaikat sujud kecuali syaitan/iblis. Lalu Allah bertanya ke syaitan/iblis apa yang menegah kamu daripada sujud. Maka kata syaitan bagai mana aku hendak sujud kepada Adam kerana aku dicipta daripada api dan Adam daripada tanah.
-Surah al-Baqarah, ayat 34: “Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."
-Surah al-Kahf, ayat 50: “Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan Jin, maka ia mendurhakai perintah Rabbnya.”
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, akan difahamkan dia tentang agamanya. “(HR: Bukhari, Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa menghidupkan sunnah-sunnah ku maka ia kasih kepada ku”
“Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih]
“Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang berpegang dengan sunnah ku di saat banyak kerosakan maka Allah akan kurniakan pahala 100 orang mati syahid.”
Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang benci pada ulamak, kemudian ia benci kepada ku dan kemudian benci pada Allah maka tempatnya adalah dalam api neraka”
Semoga kita mendapat syafaat Nabi saw di saat tidak ada manafaat lagi harta benda dan anak pinak/zuriat. Melainkan bagi kita yang datang dengan hati yang sejahtera.
Iaitu kita bawa amalan dan ketaatan yang banyak.
Harta dan anak pinak adalah ujian kepada kita.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment