Sunday, 3 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (223/2019): TIDAK RUGI BERSEDEKAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Wakaf Tembesu Kuala Nerus, Terengganu: 2 November 2019 / 6 Rabiuawal 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Surah al-Fajr, ayat 20: “Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!"
-Kita jangan rasa bimbang akan berlaku kekurangan bila kita banyak bersedekah dan membuat infaq. Setiap yang kita sedekahkan/infaqkan adalah bekalan kita di akhirat kelak. Ianya adalah simpanan akhirat kita.
-Kisah tentang sahabat Nabi saw bernama Sa'ad Ibn Waqqas ra. Ketika sakit, beliau ingin mendermakan seluruh hartanya sedangkan beliau mempunyai anak.
Namun baginda saw hanya membenarkan satu pertiga daripada harta tersebut untuk didermakan.
-Sabda Nabi saw: Daripada Sa’ad Ibn Waqqas ra, beliau berkata: "Rasulullah saw pernah menziarahiku ketika sakit pada masa Hajjatul Wada’ yang aku rasa membawa kematian.
Lantas aku bertanya: “Hai Rasulullah, telah kamu melihat keadaanku yang sakit sedangkan aku mempunyai harta dan tidak ada yang mewarisiku kecuali anak perempuan ku satu-satunya. Bolehkah aku bersedekah dengan dua pertiga hartaku?
Baginda saw menjawab: “Jangan.”
Aku bertanya: "Apakah aku menyedekahkan separuh daripadanya?"
Baginda saw menjawab: “Jangan.”
Aku bertanya lagi: "Apakah aku sedekahkan sepertiganya?"
Rasulullah saw menjawab: “Ya, sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada orang ramai. Dan tidaklah kamu sedekah semata-mata mencari keredaan Allah kecuali kamu diberi pahala dengannya sekali pun kamu memberi satu suapan kepada mulut isterimu juga dikira pahala." (HR: al-Bukhari dan Muslim)
-Kisah Annas yang pergi berperang di Peperangan Tabuk:
Kisah Yazid hendak bagi sedekah kepada orang tapi dapat kepada anaknya:
-Sedekah tergantung pada niat kita.
Dari Abu Yazid Ma’an bin Yazid bin Al Akhnas ra, berkata bahawa ayahnya iaitu Yazid pernah mengeluarkan beberapa dinar untuk niat sedekah. Ayahnya meletakkan wang tersebut di sisi seseorang yang ada di masjid (maksudnya: ayahnya mewakilkan sedekah tadi pada orang yang ada di masjid). Lantas Ma’an pun mengambil wang tadi, lalu ia menemui ayahnya dengan membawa wang dinar tersebut. Kemudian ayahnya (Yazid) berkata, “Sedekah itu sebenarnya bukan ku tujukan padamu.” Ma’an pun mengadukan masalah tersebut kepada Rasulullah saw. Lalu baginda saw bersabda:
لَكَ مَا نَوَيْتَ يَا يَزِيدُ ، وَلَكَ مَا أَخَذْتَ يَا مَعْنُ
“Engkau dapati apa yang engkau niatkan wahai Yazid. Sedangkan, wahai Ma’an, engkau boleh mengambil apa yang engkau dapati.” (HR. Bukhari no. 1422).
-Kisah di atas menceritakan bahawa ayah Ma’an (Yazid) ingin bersedekah kepada orang fakir. Lantas datang anaknya (Ma’an) mengambil sedekah tersebut.
Orang yang diwakilkan sedekah tersebut di masjid tidak mengetahui bahawa yang mengambil wang tersebut adalah anaknya Yazid. Kemungkinan lainnya, ia tahu bahawa anak Yazid di antara yang berhak mendapatkan sedekah tersebut. Lantas Yazid pun menyangkal dan mengatakan bahawa wang tersebut bukan untuk anaknya.
Kemudian hal ini diadukan pada Nabi saw dan baginda saw pun bersabda, “Engkau dapati apa yang engkau niatkan wahai Yazid. Sedangkan, wahai Ma’an, engkau boleh mengambil apa yang engkau dapati”.
-Justeru perbanyakkan kita membuat kebaikan termasuk bersedekah.
-Dalam masa yang sama kita pelihara perkara baik yang kita buat dengan tidak melakukan perkara buruk seperti mengumpat dan mengadu domba. Ia akan melarutkan pahala amalan kita bahkan boleh menyebabkan kita fakir di akhirat kelak.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Maaf ye tuan yang budiman, apakah kesilapan saya bagi pertanyaan saya yang lalu sehinggakan pertanyaan tersebut di 'remove' kan..

    HABLUM MINANNAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbt. Mohon maaf boleh resend balik pertanyaan tersebut, mungkin ada kesilapan di pihak kami semasa membaca komen tersebut

      Delete