Saturday, 16 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (234/2019): BANYAKKAN KEBAIKAN UNTUI BEKALAN DI AKHIRAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Al-Arifin, Padang Katong, Kangar, Perlis: 16 November 2019/ 18 Rabiuawal 1441H (Sabtu).


●Pendahuluan

-Nabi saw walau pun telah dijamin syurga oleh Allah sentiasa beristigfar dan mendirikan solat malam. Baginda saw menyatakan ia adalah untuk rasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

-Nabi saw menyatakan bahawa memikir sejenak & menghayati akan kejadian yang Allah buat adalah lebih berharga daripada dunia dan isinya

-“Seorang yang melakukan perkara keji kemudian ia bertaubat dan melakukan kebaikan maka Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya pada hari kiamat didatangkan seorang lelaki yang badannya besar dan berisi tetapi di sisi Allah tidak ada timbangan amal kebaikan yang boleh ditimbang melainkan seberat sayap nyamuk.”

-Jadi janganlah kita menjadi seorang insan yang tidak ada sebarang kebaikan yang boleh ditimbang di akhirat kelak.

-Surah Kahfi, ayat 21: “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka.”

-Sabda Nabi saw telah menyatakan banyak perbuatan yang boleh menyucikan dosa. Antaranya:

i. Orang yang melangkahkan kakinya berjemaah ke masjid

ii. Orang yang duduk dalam masjid menunggu solat dan berada dalam majlis ilmu

iii. Orang yang mengambil wuduk dalam keadaan yang susah

iv. Orang yang memberi makanan kepada orang lain

v. Orang yang memberi ucapan dengan ucapan yang lembut.

vi. Orang yang meninggalkan perkara yang mungkar

vii. Orang yang mencintai orang yang miskin

viii. Orang yang mencintai orang yang mencintai ku (Nabi saw)

-Sabda Nabi saw: “Mahukah aku beritahukan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Menyempurnakan wuduk, sering melangkah ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu ialah ribat”.(HR:  Muslim).

-Sabda Nabi saw: “Jika seseorang bersuci di rumahnya, lalu ia melangkah ke masjid untuk menunggu solat, maka dua malaikat menulis baginya bagi setiap langkah 10 kebaikan”.(HR: Ibn Hibban).

-Sabda Nabi saw berwasiat untuk kita lakukan tujuh perkara :

1. Supaya mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka.

2. Melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atas.

3. Menyambung silaturahim meskipun mereka berlaku kasar.

4. Memperbanyakkan ucapan Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).

5. Mengatakan kebenaran meskipun pahit.

6. Tidak takut celaan orang yang mencela ketika berdakwah kepada Allah.

7. Tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.

-Syukur kepada Allah yang mengekalkan kita untuk membuat kebaikan dan agar kita mendapat syafaat daripada Nabi saw.

-Semoga kita diberi kekuatan untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain.

-Kita semua adalah dikehendaki menyampaikan dakwah. Maka sama-samalah kita menyampaikan ilmu yang kita pelajari kepada orang lain.

-Surah al- Muddaththir, ayat 1-7: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan kepada Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya. Dan (pada) pakaianmu, maka hendaklah kamu bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh).”

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..sesungguhnya nasihat yang disampaikan oleh Rasullullah itu benar & menjadi pegangan untuk umatnya yang Bertaqwa..moga kita dijauhi daripada perkara-perkara mungkar dan sifat meminta minta kepada manusia.. sesungguhnya azab Allah swt itu pasti..Subhana'Allah..

    terima kasih tuan budiman atas perkongsian.

    ReplyDelete