السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 6 November 2019/ 10 Rabiuawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Datuk Haji Abd Manaf
●Pendahuluan
-Gunakan segala kesempatan yang ada untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
-Kita adalah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.
-Kita adalah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.
-Berusahalah kita meningkatkan keimanan.
Tugas-Tugas Malaikat:
-Malaikat mikail bertugas mengambil nyawa manusia.
-Orang yang tidak berimana akan dicabut nyawanya dengan cara yang zalim.
-Orang yang tidak berimana akan dicabut nyawanya dengan cara yang zalim.
-Surah al-Nahl, ayat 31: “(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa.”
-Surah al-Nahl, ayat 32: “(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.”
-Jadi untuk mendapat layanan yang baik daripada malaikat hendaklah bertaqwa.
-Maka kita buatlah ketaatan sungguh-sungguh kepada setiap yang diperintah dan bersungguh-sungguh meninggalkan apa yang dilarang.
-Surah al-Fussilat, ayat 30: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
-Surah al-Furqaan, ayat 27-39: “Dan (ingatkanlah) hari orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan diri sendiri) sambil berkata: 'Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Celakalah aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada jalan peringatan (Al-Quran) setelah disampaikan kepadaku.' Dan Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikannya sahabat karib)."
-Bisikan syaitan akan sentiasa mengajak manusia membuat kejahatan.
-Manakala ilham yang dibawa oleh malaikat mengajak manusia melakukan kebaikan.
-Surah Muhammad, ayat 26: “Berlakunya yang demikian ialah: kerana mereka berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah: "Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu"; sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.”
-Surah Al-Muhammad, ayat 27: “(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka?”
-Orang yang membuat kejahatan adalah mengkhianati diri sendiri. Ia tidak menerima perintah dan nasihat Allah. Betapa deritanya semasa sakaratul maut.
-Sentiasa buat sesuatu untuk mendapat redha dan rahmat Allah.
-Sabda Nabi saw: “Setiap orang mukmin bila sampai masanya akan dicabut nyawanya.”
-Dua keadaan akan berlaku kepada manusia ketika saat kematian, iaitu roh orang Mukmin akan ditarik dengan cara yang lembut, lalu berkumpul bagaikan air yang tidak bercampur dengan minyak, walaupun hakikatnya mereka juga menanggung azab kematian amat dahsyat.
-Manakala satu lagi golongan manusia yang apabila roh mereka diseru untuk meninggalkan jasad, roh akan bertempiaran lari, lalu nyawa direntap dalam keadaan kucar-kacir dihasut oleh syaitan untuk menyesatkan manusia ketika sampai ajalnya.
-Orang kafir dan orang yang ingkar Allah menerima keseksaan daripada malaikat maut.
-Maka dengan ayat-ayat dan hadith di atas hendaklah kita segera bertaubat dan mendapatkan keredhaan Allah.
-Tidak ada siapa yang mengetahui saat kematiannya. Justeru sentiasalah kita bersedia.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment