السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian: 4 November 2019/ 7 Rabiuawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Abd Razak bin Abdullah.
●Pendahuluan
-Surah at-Taubah, ayat 18: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
-Justeru, yang memakmur dan meramaikan masjid adalah orang beriman pada Allah dan hari akhirat.
Dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan dalam ayat 18, surah at-Taubah tersebut, diharapkan kita mendapat petunjuk daripada Allah.
Tidak takut melainkan kepada Allah.
Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah.
Tidak takut melainkan kepada Allah.
Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah.
Kita berani mengatakan kebenaran semata-semata kerana Allah.
-Sabda Nabi saw: “Berkata benarlah walau pun ianya pahit.”
-Masjid dan surau mampu menjadi pusat untuk menyatukan umat serta untuk umat mendapat dan menambah ilmu.
-Secara urusan masyarakat dan manusia yang beriman dapat dilakukan masjid.
-Nabi saw bila berhijrah ke Madinah membina masjid terlebih dahulu. Iaitu masjid Kubah. Ia dinyatakan oleh Allah dalam surah Taubah sebagai masjid yang didirikan atas dasar taqwa dan untuk menyatu padukan ummah. Kemudian selepas itu Nabi saw telah membina masjid Nabi pula.
-Nabi saw menyuruh umatnya membina masjid di mana sahaja umatnya berkampung. Ia jadi tempat masyarakat berurusan.
-Sabda Nabi saw: “Daripada Aisyah ra menyatakan bahawa Nabi saw menyuruh umatnya membina masjid dan surau ditempat perkampungan dan supaya masjid dan surau itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan.”
Dimaksudkan bersih dan harum meliputi keseluruhannya. Tidak ada kemaksiatan. Harum dan keindahan pada pandangan manusia. Masjid/surau yang penuh dengan aktiviti kerohanian.
Balasan orang yang membina masjid/surau:
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang membina sesebuah masjid atau surau dengan ikhlas nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang membina sesebuah masjid atau surau dengan ikhlas nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.”
-Sabda Nabi saw: “Apabila kamu melihat seseorang rajin pergi ke masjid atau surau maka hendaklah kamu menjadi saksi bahawa ia benar-benar beriman kerana Allah berfirman: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya samada daripada hadas kecil atau besar dan kemudiannya ia pergi ke rumah Allah, tiap-tiap langkahnya yang satunya diampunkan dosanya dan yang satu lagi ditinggikan darjatnya”
-Sabda Nabi saw: “Orang yang lebih besar pahala dalam mengerjakan sembahyang ialah yang lebih jauh, serta yang lebih jauh lagi perjalanan daripada tempatnya.”
Membaca Doa Bila Keluar Rumah untuk ke masjid dan untuk tujuan lain:
-Rasulullah saw bersabda: "Jika seseorang keluar daripada rumahnya lalu membaca (zikir) 'Bismillahi tawakkaltu 'alallahi, walaa haula wala quwata illa billah' yang bermaksud, 'Dengan nama ALLAH, aku berserah diri kepada-Nya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya," maka, malaikat akan berkata kepadanya...'(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh ALLAH) dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (daripada semua keburukan)...sehingga syaitan-syaitan tidak akan menghampiri dan syaitan-syaitan itu berkata kepada syaitan-syaitan lain, 'Bagaimana (mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan diberi perlindungan oleh ALLAH SWT?'" (RH: Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban).
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
-Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Termidzi dan Nasa'i serta lain-lainnya. Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Abu Dawud menambahkan lalu berkata: Bahawa syaitan yang satu berkata kepada syaitan lainnya: "Bagaimana engkau dapat menggoda orang yang telah diberi petunjuk, telah dicukupi dan telah pula diberi penjagaan."
-Sesungguhnya Allah yang sebaik-baik pengawal/penjaga.
-Doa yang mulia ini hendaklah kita baca bila kita keluar dari rumah. Kita serahkan segala penjagaan kepada Allah.
-Rasulullah saw juga mengajarkan kita satu doa berikut apabila hendak keluar rumah:
"Ya ALLAH, aku berlindung dengan-Mu daripada menyesatkan atau disesatkan, daripada menggelincirkan atau digelincirkan, daripada menganiaya atau dianiayai, daripada memperbodoh atau diperbodohkan (oleh orang lain)" -Ashab al-Sunan
-Doa-doa tersebut pendek tetapi padat isinya yang perlu diamalkan selagi nyawa dikandung badan.
Ia merupakan penyerahan kita kepada Allah selain daripada kita melakukan usaha.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment