السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kursus Asas Haji 1440H Bil 6 (Musim Haji 1440H): Dewan Syeikh Daud Al-Fatani, Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya: 5 Jan 2019 / 28 Rabiulakhir 1440H (Sabtu).
10.00 - 12.00 tgh.
Tajuk: Minggu 6: Sa’ie, Bercukur Atau Bergunting Dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun.
●Pendahuluan
-Bilakah kita Talbiah? Bagi umrah semenjak kita niat ihram sehingga kita mengerjakan tawaf umrah. Bagi haji semenjak niat ihram sehingga selesai Tahalul awal.
-Jangan kita takut dgn bayaran Dam. Segala harta yg kita adalah kepunyaan Allah. Maka kita gunalah buat ibadat kita kpd Allah. Jangan bimbang akan rugi bila berbelanja utk beribadat.
Haji terbahagi kpd 3 kaedah:
-Haji Ifrad: Bila masuk ke Mekah terus berniat utk mengerjakan haji. Bagi haji ifrad ini kita lama utk menunggu utk ke Arafah. Pd 8 Zulhijjah baru pergi ke Arafah. Jk kita sampai ke Mekah 20 hari awal dpd 8 Zuhijjah mk kita perlu menanggung pantang larang ihram haji (i.e 13 perkara) sehingga selesai haji.
Haji Ifrad inilah yg paling sukar berbanding Haji Qiran & Haji Tamattu’. Ia perlu kpd kesungguhan yg tinggi.
-Haji Qiran: Kita berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji dgn melaksanakan semua rukun & syarat haji. Selesai haji maka selesailah umrah. Ttp kita perlu bayar dam.
Cara kedua haji Qiran ia mula2 niat utk buat haji Tamattu’ iaitu semasa di Bir Ali ia niat utk buat umrah. Namun bila dah tgh buat umrah di Mekah ia ada halangan utk meneruskan umrah. Maka ia boleh tukar utk buat haji Qiran & ia perlu bayar Dam.
Mengerjakan Haji Tamattu’ kena 1 dam. Mengerjakan Haji qiran kena 1 dam. Wbp hanya perlu bayar satu dam shj.
-Haji Tamattu’: Bila kita masuk shj ke Mekah terus buat umrah. Kita boleh buat umrah beberapa kali, iaitu sebanyak mungkin (pagi & petang).
Bila masuk sahaja 8 Zulhijjah mk terus niat mengerjakan haji. Kita boleh berniat di bilik hotel. Bila niat di hotel maka ia sudah mjdi haji Tamattur’z Haji Tamattu’ kita perlu bayar Dam.
[Haji Ifrad tidak perlu bayar Dam. Haji Qiran & Tammatur shj yg kena bayar Dam].
-Waktu wukuf adalah pada 9 Zulhijjah. Kita lalu di Arafah antara waktu zohor dan maghrib.
Sebaiknya kita berada di Arafah pd waktu siang dan malam.
Boleh buat jamak Tammam bg solat Asar & Zohor. Jika tidak Jamak lg baik. Wbp TH menggalakkan jamak.
Tetapi kita tidak boleh buat jamak &qasar krn kita bukan Musafir.
-Nota: Bilakah kita buat Jamak wp kita tidak bermusafir?
Bagi kerja2 yg kita lakukan ada Mussaqah maka kita boleh buat Jamak Tammam spt seorang Dr yg membuat pembedahan, orang membuat kerja2 kejuteraan di bawah tanah dll. Tetapi jgn dibuat tanpa bersebab.
-Allah ingin melihat kita punya amal. Bersungguh-sungguh atau tidak.
Kadang-kadang kita banyak buat daripada tidak buat.
Apa2 yg kita guna utk beribadat akan mendapat keberkatan.
Bermalam (Mabit) di Muzdalifah:
-Ia bermula slps pertengahan mlm.
-Jk sampai/masuk sblm pertengahan mlm spt pukul 11.45mlm mk masih belum dikira sbg bermalam di Muzdalifah.
Jk telah sampai pd waktu subuh, mk kita boleh bergerak ke kompleks Jamrah pd waktu maghrib 11 Zulhijjah.
-Bila orang2 yg telah buat tahalull awal maka 10 dpd 13 larangan telah tergugur.
Bila terbuat 3 perkara tsbt, damnya berbeza bagi jika ianya dibuat slps tahalull awwal atau sblm tahallul awwal.
Sa’ie, Bercukur Atau Bergunting Dan Tertib Pada Kebanyakan Rukun:
-Sa’ie bererti berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat-syaratnya.
-Syarat-syarat
-Sunat-sunat Sa’ie
Syarat Sah Sa’ie:
1. Dilakukan slps Tawaf samada tawaf haji/tawaf Qudum (Ifrad/Qiran)/Umrah
2. Bermula di Bukit Safa & berakhir di Bukit Marwah (jarak 420 meter x 7= 3km).
3. Cukup 7 kali dengan yakin, dikira satu kali dpd Bukit Safa ke Bukit Marwah dan satu kali dpd Bukit Marwah ke Bukit Safa
4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa’ie di kaki Bukit Safa & di kaki Bukit Marwah (ada papan tanda)
5. Hendaklah Sa’ie di Batnulwadi (tempat yg termaklum)
6. Mengekalkan niat Sa’ie
-Tawaf qudum ialah tawaf slmt datang.
-Sekiranya Sa’ie di tempat Sa’ie bawah tanah (loweground), jemaah perlu berhati-hati kerana sempadan akhir di tempat Sa’ie di bawah tanah benar-benar hampir dgn dinding kaca Bukit Marwah.
Perhatian:
1. Kawasan tempat laluan utk pengguna kerusi roda membuat pusingan patah balik di kaki Bukit Safa & Bukit Marwah telah dikira sampai ke kaki Bukit tersebut (tidak semestinya memanjat ke kawasan tinggi)
2. Jemaah yg berhenti minum air zamzam ketika Sa’ie disyorkan agar melangkah sedikit kebelakang (undur) dari tempat berhenti (minum air zamzam) sebelum memulakan sambungan Sa’ie.
3. Berhati-hati dgn kumpulan yg mengambil kesempatan menggunting rambut jemaah & mengenakan bayaran yg tinggi
4. Tidak ada niat iktikaf/solat tahayyat masjid di kawasan Sa’ie kerana bukan kawasan masjid. Wanita haid boleh berada di kawasan Sa’ie (antara Safa dan Marwah)
5. Tidak ada ibadat Sa’ie sunat
6. Jemaah perlu berhati-hati utk permulaan & pengakhiran di Safa & Marwah jika Sa’ie di bawah tanah (lower ground).
Nota: Buat Sa’ie tidak disyaratkan bersuci dpd hadas.
Nota: Kita berada di tempat orang mk kita ikut apa yg menjadi praktis di tempat tsbt..spt menjaharkan bacaan Basmallah, qunut dll.
Sunat Ketika Mengerjakan Sa’ie:
1. Dalam keadaan berwuduk
2. Menuju ke tempat Sa’ie melalui pintu Safa (Bab Al-Safa)
3. Menaiki Bukit Safa & Bukit Marwah bagi lelaki sahaja
4. Mengadap ke arah Kaabah/Kiblat sambil bertakbir
5. Muwalat (Berturut-turut)
6. Melakukan Ramal (berlari-lari anak apabila sampai di kawasan yg bertanda lampu hijau bg lelaki sahaja)
7. Beridtiba’ pada semua pusingan (lelaki)
8. Berdoa
9. Berjalan kaki
-Pandanglah rahmat Allah itu luas.
Nota:
Sunat pergi ke kawasan pintu sblm pergi ke Safa.
Di Madinah, masa iqamah lebih kurang 20 mins slps masuk waktu. Ttp di Mekah lebih kurang 5 mins shj.
Bercukur Atau Bergunting:
-Pengertian: Menanggalkan/menghilangkan sekurang-kurangnya tiga (3) helai rambut di kepala dgn menurut syarat-syarat sahnya:
1. Masuk waktu
2. Rambut di kepala
3. Tidak kurang 3 helai rambut
-Waktu bercukur/bergunting: Ia dilakukan selepas separuh malam, malam 10 Zulhijjah bagi orang yg mengerjakan haji.
Perhatian:
1. Boleh mencukur atau menggunting sama ada rambut sendiri atau rambut orang lain apabila telah masuk waktunya
2. Afdhal mencukur atau menggunting rambut sendiri terlebih dahulu sblm melakukannya utk orang lain
3. Ketika bergunting, jemaah haji wanita hendaklah menjaga auratnya
4. Hujung rambut juga dikira sah utk digunting
5. Jemaah haji juga boleh bergunting di tempat penginapan
6. Bagi jemaah haji lelaki yg botak licin sunat dilalukan mata pisau di atas kepala
Tahallul:
-Tahallul ialah melepaskan diri dpd larangan dlm ihram
-Tahallul Haji: Tahallul Awwal
Tahallul Thani
-Tahallul Umrah
Tahallul Awwal:
-Tahallul awwal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua (2) dpd tiga (3) perkara:
1. Melontar di Jamrah Kubra
2. Tawaf rukun & Sa’ie
3. Bergunting/bercukur
Perhatian: Jemaah haji yg telah tahallul awwal, boleh melakukan perkara2 yg dilarang semasa Ihram kecuali (3) perkara:
1. Nikah & perkara yg berkaitan
2. Mukadimah persetubuhan
3. Bersetubuh
Larangan Ihram:
1. Memakai pakaian bersarung atau berjahit & bercantum (lelaki)
2. Menutup kepala atau sebahagian dpdnya
3. Menutup muka (wanita)
4. Memakai sarung tangan (lelaki & wanita)
5. Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dlm hidung
6. Memakai minyak di kepala atau janggut & selain dpd yg tumbuh di pipi & dahi
7. Menanggalkan rambut atau bulu
8. Mengerat atau memotong kuku
9. Menebang/memotong/mencabut pokok-pokok di tanah haram
10. Memburu binatang buruan
11. Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin
12. Melakukan pendahuluan persetubuhan
13. Melakukan persetubuhan
Tahallul Thani:
-Tahallul Thani terhasil apabila selesai mengerjakan amalan berikur:
1. Melontar di Jamrah Kubra
2. Tawaf & Sa’ie
3. Bergunting/bercukur
-Setelah selesai Tahallul Thani tiada lagi larangan Ihram.
Tahallul Awwal:
-Tahallul awwal terhasil dgn melakukan dua (2) dpd tiga (3) perkara:
1. Tawaf & Sa’ie
2. Bergunting/Bercukur
3. Melontar di Jamrah Kubra
Tahallul awwal terhasil di Mina:
-Melontar Jamrah Kubra
-Bergunting/Bercukur
Tahallul awwal terhasil di Makkah:
-Tawaf Ifadah & Sa’ie
-Bergunting/bercukur
Tahallul awwal terhasil di Makkah:
-Melontar jamrah Kubra
-Tawaf Ifadah & Sa’ie
Apabila terhasil tahallul awwal, 10 perkara larangan dlm ihram dpt dilakukan melainkan 3 perkara.
Tahalllul: Carts Bagi Tahallul Awwal & Tahallul Thani:
Tertib Pada Kebanyakan Rukun:
Rukun haji hendaklah dikerjakan dgn tertib pd kebanyakan rukun:
-Didahulukan niat Ihram dpd rukun2 yg lain, didahulukan wuquf dpd tawaf ifadah, dan didahulukan tawaf daripada Sa’ie.
-Tetapi Sa’ie Haji boleh dikerjakan sblm wuquf & tawaf rukun bagi mereka yg mengerjakan Haji Ifrad & Haji Qiran iaitu selepas Tawaf Qudum
-Begitu juga bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf apabila telah masuk waktu & sebelum tawaf Rukun.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment