السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@S: Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 22 Jan 2019/16 Jamadilawal 1440H (Selasa) oleh Ustaz Hanif Zainol.
●Pendahuluan
Dunia yg dicela vs dunia yg dipuji
Penyakit Membesarkan Diri:
-Ia perkara yg boleh merosakkan hubungan dgn Allah.
Ia boleh menghilangkan nikmat utk melihat Allah di akhirat kelak.
Sifat takkabur ini boleh menyebabkan terhalang (hilang keupayaan) utk kita melihat zat kekuasaan Allah yg mentadbir sekelian alam ini.
Bila ada sifat takkabur, mungkin rupa sahaja kita memuji Allah tetapi hatinya tidak memuji Allah.
Takkabur ia melihat bahawa dirinya lebih dpd orang lain pd segala sifat kesempurnaan, baik dari segi ibadat, ilmu dll.
Dan melihat ia akan orang lain itu lebih hina dpd dirinya.
Sifat Ujub pula ia perasan sahaja ia hebat tetapi ia tidak hina orang lain.
Iktikaf seseorang dlm hatinya martabat kebesaran dan ketinggian atas sifat kesempurnaan yg berlebih tinggi dpd orang lain.
Ia adalah setengah dpd sifat kecelaan dalam hatinya.
Bagi mengelakkan sifat takkabur maka hendak kita bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. Ingat bahawa segalanya adalah pinjaman semata-mata.
-Firman Allah: “Jika kamu bersyukur dengan nikmat yang Aku beri maka akan Aku tambah lagi.”
Maka sejahat-jahat tempat bagi orang yg takkabur adalah di api neraka jahanam.
Pada satu hari Syaidina Aisyah r.a mengusap-usap perut Nabi saw yg dilihat kempis oleh kerana kekurangan makan. Maka Aisyah r.a minta Nabi saw meminta dpd Allah.
Nabi saw menyatakan bhw ia malu kpd Allah utk ia berada bersama-sama orang yg dikasihi seperti Nabi2 terdahulu yg diuji.
Sabda Nabi saw (hadith kursi):
“Ketinggian itu selendang itu. Kebesaran itu kain ku. Barangsiapa yg mengambil sifat kebesaran itu nescaya Aku campakkan ke api neraka Jahanam dan tiada Aku peduli.”
Tiada patut keduanya melainkan bagi Allah. Segala puji bagi Allah yg mentadbir sekelian alam. Jadi tidak sepatutnya kita mengambil sifat Allah.
Ilmu dan amal kita semuanya daripada Allah. Maka tidak patut kita membesar-besarkan diri.
Iaitu sifat takkabur itu adalah sifat ketuhanan. Maka jangan kita memakainya. Jika ia memakainya, maka patutlah ia dilemparkan ke api neraka Jahanam.
Jangan kita membesarkan diri dengan pangkat, ilmu, darjat, kekayaan dan pelbagai kelebihan yg dikurniakan oleh Allah.
Antara ciri-ciri sifat membesarkan diri: Ia suka mengajar orang lain, tetapi ia tidak suka diajar oleh orang.
Ia suka menegur orang lain tetapi ia tidak suka ditegur oleh orang lain.
Ia suka mendahului dirinya dalam percakapannya dpd orang lain. Semua orang kena dengar cakapnya.
Untuk hilang sifat takkabur, ulamak mencadangkan untuk kita banyak membaca sirah-sirah Nabi.
Ulamak ia tawadduk dgn semua orang termasuk dengan isteri dan anak-anak.
Beza takkabur dengan ujub ialah takkabur ia mempunyai ciri merendah-rendahkan /menghina orang lain selain daripada membesarkan diri.
Jenis-Jenis Takkabur:
i. Takkabur dengan Allah.
-Ia tidak mahu melaksanakan hukum Allah. Ia tidak sujud dan patuh.
Cthnya, Allah beri kelebihan kepada Qarun. Ia mempunyai muka yg amat segak dan sangat bijak serta harta kekayaan yang banyak. Allah juga beri kelebihan kepada Firaun. Namun mereka engkar kepada Allah.
ii. Takkabur untuk tidak mahu ikut perintah Nabi saw.
-Cth: pertikai hukum poligami.
Kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s yg menyelam ke dalam laut bagi memberi makan kpd ulat dalam batu.
Masalah kita janganlah kita berkait dengan hukum yg telah ditetapkan. Jangan kita lawan hukum dengan hawa nafsu.
iii. Takkabur ke atas makhluk.
-Ia melebihkan dirinya dan menghinakan dirinya.
Sabda Nabi saw: “Tidak masuk syurga bagi hati yang mempunyai sifat takkabur walau pun sebesar biji sawi.”
Sifat takkabur adalah sifat yg paling dicela oleh Allah.
Lazimkanlah diri berkata bahawa kita “bodoh & jahil” bagi menundukkan nafsu yg jahil.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment