السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Sultan Ahmad Shah Tok Sira, Kuantan, Pahang: 8 Jan 2019 / 2 Jamadiualawal 1440H (Selasa).
●Pendahuluan
-Alhamdulillah Allah memberi kekuatan utk kita beramal dan menyiapkan bekalan kita.
-Syukur juga kita berada di majlis ilmu utk kita bermuhasabah tentang diri kita samada apa yg kita lakukan benar-benar mengikuti tuntutan agama.
-Semoga kita sentiasa menjadi seorang yg benar-benar beriman dan sejahtera di dunia & di akhirat.
-Sabda Nabi saw:
“Agama itu adalah nasihat. Maka ditanya oleh sahabat, kepada siapa Ya Rasulullah. Sabda Nabi saw: Iaitu bagi Allah,bagi kitab dan bagi Rasulnya dan bagi pemimpin-pemimpin orang Islam dan ramai orang.”
-Walau pun hadith ini ringkas tetapi ia menerangkan kepada kita apakah pola perhubungan dan kehidupan bagi seorang Islam.
-Orang Islam perlu saling menasihati dan menerima nasihat.
-Iaitu kita saling berpesan dan saling ingat mengingati satu sama lain.
-Surah Az-Zariyat ayat 55:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”
-Bila kita saling nasihat menasihati, kedua-dua pihak mendapat manafaat. Bagi yg terima nasihat ia akan menyedarkan kealpaan/kelalaian & disedarkan utk kembali mentaati Allah.
Bagi yg beri nasihat, maka ia terlepas daripada tanggungjawab. Dalam masa yg sama bila kita beri nasihat, maka kita yg memberi nasihat perlu terlebih dahulu membuatnya atau membetulkan diri kita.
-Juga ianya sebagai satu syarat untuk kita terlepas daripada kerugian.
Surah Al-Asr’: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali tiga golongan:
1. Orang yg beriman
-Tidak guna kita buat baik jika tidak beriman. Jangan kita iktiraf agama lain. Agama Islam tidak boleh disama tarafkan dgn agama-agama lain.
Kita hanya boleh hormati agama lain sahaja.
Allah menyatakan bahawa satu-satu agama di sisiNya adalah Islam.
Kita hendaklah sentiasa tunjukkan akhlak & adab yg baik.
2. Berbuat baik
-Kita laksanakan hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia.
-Maka walau pun seseorang itu suka menolong orang, dermawan, pekerja yg cekap, tetapi jika ia tidak tunaikan hak-hak Allah spt tidak solat, tidak mengeluarkan zakat dll maka ia bukanlah orang yg baik.
Orang-orang bukan Islam kadang-kadang kebaikan yg dibuat banyak. Tetapi ia rugi kerana ia tidak beriman.
Demikian juga ada orang beriman ttp ia tdk beramal soleh. Ia juga orang yg rugi.
Justeru perangai perlu comel & baik.
3. Saling berpesan kpd kebenaran.
-Jika ia tidak saling berpesan utk membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran maka di akhirat esok ia akan dituntut.
Jika anak isteri, jiran dll yg dekat dgn kita tidak kita pesan utk buat kebaikan dan tidak tegur bila buat maksiat maka kita akan dipersalahkan. Silap2 pahala amalan kita akan diambil oleh mereka. Kerana mrk kata kita tidak tegur kemungkaran yg dibuat.
4. Kita berpesan2 dgn kesabaran
Kita kdg2 bila hendak tegur rakan2/jiran2 kita rasa malu dan takut2 hdk ditegur.
Ia, bukan senang. Kita perlu byk bersabar.
-Surah at-Tahriim,ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
-Maka kita perlu guna kuasa/authority kita kpd orang2 di bawah tanggungjawab kita. Seorang ayah ia berkuasa kpd anak2 dan isterinya. Demikian juga seorang abang terhadap adik.
Ia bukan sekadar tanggungjawab sosial. Ia adalah tanggungjawab obligasi. Ia perlu tindakan & ianya berkaitan dgn syariat yg perlu ditunaikan serta bersangkutan dgn dosa & pahala.
-Surah Ali-Imran, ayat 110: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”
-Ayat tersebut memberi tanggungjawab buat umat Nabi Muhammad saw keseluruhannya.
Daripada banyak-banyak umat Nabi terdahulu yg lebih dpd 300 Nabi/Rasul, umat Nabi Muhammad saw yg terbaik.
-Surah al-Hujuraat, ayat 11-13:
Surah al-Hujuraat: Ayat 11:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
Surah al-Hujuraat, ayat 12:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Surah al-Hujuraat, ayat 13:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
-Jadi salah satu cara untuk kita menghubungkan silaturrahim ialah kita berpesan-berpesan dgn kebenaran dan kesabaran.
Agama Itu Nasihat:
-Agama itu tindakannya ialah saling nasihat menasihati. Ia juga bermaksud mengelokkan dpd sesuatu yg tidak elok. Menambah nilai dpd sesuatu yg tiada/kurang nilai.
Umpama seorang lelaki menjahit baju dpd kain. Dgn baju yg dijahit mk ia dpt digunakan dan memberi manafaat yg besar, spt dpt dipakai utk bekerja, solat dll.
Ia juga penapis kpd penapisan. Ada pepatah menyatakan, “Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan”. Bererti seronoknya kita menerima pemberian nasihat dpd seseorang.
-Kita juga perlu menapis setiap nasihat yg disampaikan.
Kita perlu berhati-hati. Ada yg nampaknya berwajah agama tetapi ia membawa ajaran yg sesat dan penipuan.
-Pada masa ini ramai orang yg hendak ke arah agama. Maka ada yg ambil kesempatan utk mempergunakan agama utk keuntungan dunia.
-Inilah keadaan yg perlu difahami dan berikan perhatian.
-Hidup perlukan nasihat.
-Dengan kita saling memberi nasihat, pesanan & didikan al-quran maka kita masih kuat kepada pegangan agama.
-Kita perlu berterima kasih kpd ibubapa, para ulamak dan guru-guru yg telah mendidik dan memberi nasihat kpd kita. Tanpa mereka amat sukar untuk kita memahami ajaran agama. Contohnya, bila kita hendak memahami al-quran & beramal dengannya maka kita perlu mempunyai keupayaan bahasa Arab. Panjang/pendeknya bacaan pun akan ubah maksud. Maka dengan adanya para ulamak yg membuat tafsiran maka ia dapat membantu kita memahami al-quran dan hadith Nabi saw.
-Justeru kita hormat para ulamak. Jangan kita membenci orang-orang alim agama yg menerangkan perkara-perkara agama dengan benar.
-Akhirnya, kita didik diri kita untuk suka mengaji & menambah ilmu. Jangan kita jauhkan diri dpd hidayah Allah. Justeru, hendaklah kita tuntut ilmu secara berterusan dan kita amalkannya serta kita sebarkan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment