السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 3 Jan 2019/ 27 Rabiaulakhir 1440H (Khamis) oleh Ustaz Maulana Wan Helmi Wan Mohamed (Mudir, Maahad Tahfiz Al-Husainiyyah, Jerantut, Pahang).
●Pendahuluan
-Kita telah ditakdirkan dilahirkan di kalangan umat Nabi saw. Kita juga dilahirkan slps ribuan tahun kewafatan Nabi saw.
-Umat terdahulu (Bani Israel), mereka membaca kitab Injil dan kitab Taurat. Mereka yakin dan menunggu-nunggu kelahiran Nabi saw. Mereka mengulang-ulangkaji kisah tentang bakal kelahiran Nabi saw.
-Sekarang kita yg telah menerima nikmat Iman bertanggungjawab untuk membaca sirah kehidupan Nabi saw.
-Andainya kita rasa penat, dahaga, lapar dll, kita bandingkanlah dengan rasa penat, dahaga & lapar Nabi saw.
Kadang-kadang kita diuji kemiskinan keberhutangan & kepayahan. Ia tidaklah sebesar ujian yg dihadapi oleh para Nabi & Rasul.
Nabi Ibrahim as sampai di lemparkan ke dlm api.
Tempoh Nabi saw berdakwah hanya 23 thn, dibanding dgn Nabi Nuh hampir 1,000.
Jadi bila kita rasa lemah dan lelah dlm menjalankan usaha dakwah. Bila kita baca sirah Nabi saw, kita akan rasa kuat dan tenang.
-“Ya Allah pimpinlah kami jalan yg lurus. Jalan para nabi, sadiqin, para syuhadah dan para solihin. Jauhilah kami dari golongan yg sesat.”
Golongan yg paling teruk ialah kaum yg munafik, nasrani & musyrikin.
Kalau kita jahil, mk kita hendaklah belajar.
Bagaimana Kitab Taurat Menceritakan Tentang Kelahiran Nabi saw.
-Walau pun perkara yg dibawa itu benar, kebenaran yg dibawa ditolak. Ini lah antara perangai orang yahudi.
Nabi Isa as menyatakan kpd kaumnya bahawa ia bawa berita gembira bhw akan lahir Nabi akhir zaman.
[Imam Ghazali menyatakan, jika Allah tidak hantar Rasul saw dan kitab, dengan akal kita pun kita patut mengakui adanya Allah. Ttp dgn akal shj tidak cukup. Kita perlu kepimpinan dan bimbingan.]
Orang yahudi pd mulanya menunggu-nunggu kelahiran Nabi saw. Namun bila mana Nabi saw tidak dilahirkan dpd kalangan mereka sebaliknya di lahirkan di kalangan orang Arab, maka mereka memusuhi Nabi saw dan Islam.
-Allah telah menyatakan, akan dilahirkan seorang Nabi ditengah2 saudara mereka.
-Firman Allah: “Sebagaiman Kami mengambil perjanjian Nabi-Nabi, daripada Nabi Muhammad saw...Kami ambil perjanjian bila dtg kpd kamu al-quran dan kemunculan Nabi Muhammad...Dan kami akan membelanya dgn sebenar-benar pembelaan..”
Alllah telah berfirman kpd Nabi saw menjalankan dakwah yg sempurna.
-Nabi saw menyatakan sampaikan apa yg aku sampaikan walau pun dgn satu ayat.
-Allah berfirman, “Seandainya Nabi saw mereka2 Kami tangkap ia dengan azab yg keras.”
-Nabi saw tinggal ditengah2 musuh yg ketat dpd kaum musyrikin selama 23 tahun. Nabi saw berdakwah kpd mereka.
Sebelum menjadi Nabi, baginda saw bekerja. Slps diangkat menjadi Nabi saw, baginda saw menumpukan perhatian kpd dakwah. Baginda saw menyerahkan sepenuhnya rezeki baginda saw kpd Allah.
Dlm tempoh 23 thn berdakwah, Nabi saw dipelihara dpd kejahatan orang
-Allah yg pelihara Nabi saw dpd kejahatan manusia.
-Saidina Talha & Saidina Zubir adalah antara para sahabat yg melindungi Nabi saw.
-Pd satu hari pedang dihunus ke leher baginda saw olh seorang arab badwi dan ditanya olehnya siapa yg akan menghalangnya dpd dibunuh. Maka Nabi saw menyatakan bhw Allah yg menjaganya. Lalu jatuhlah pedang dpd lelaki arab badwi. Lelaki itu seterusnya memeluk Islam.
Sesungguhnya musuh-musuh Islam berusaha utk menutup kebaikan Islam.
Namun sebaliknya sekarang berduyun2 masuk Islam spt di Eropah.
-Allah berfirman: “Jika kamu berpaling kpd agama ini maka Aku boleh pilih kaum lain utk menegakkan Islam..”
-Justeru jangan kita rasa penat menegakkan Islam.
Manusia ini ia suka pergi/dekat kpd orang yg dilarang.
Dgn tidak putus asanya Nabi saw, Allah permudahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Allah pelihara Nabi saw dpd musuh.
Nabi saw tidak pernah bercakap dgn hawa nafsu.
Bila marah tanpa nafsu maka Allah beri hidayah kepada kita.
-Bila kita marah janganlah kita ikut nafsu. Kita kawal kemarahan.
Jgn kita marah kerana benci. Tetapi kerana utk mendidik.
-Sesungguhnya teguran Nabi saw, reda Nabi saw, marah Nabi saw adalah mengikut perintah Allah.
-Adakah mereka menuduh Nabi saw mereka-reka.
Allah mencabar orang yg nyatakan al-quran itu direka utk buat ayat al-quran yg dianggapnya direka oleh Nabi saw.
-Kisah Nabi Musa a.s dgn Firaun di letakkan hampir di 10 tempat dlm al-quran. Ia tidak menjemukan orang yg membacanya.
Jadi jgn kita timbul rasa tidak yakin pd sirah dan hadith Nabi saw.
Jgn kita ukur Nabi saw macam kita.
Allah telah himpunkan al-quran dlm dada Nabi saw.
Kita perlu yakin bhw Nabi saw diutuskan utk kita umat Nabi saw.
Jika Allah hendak, Allah boleh tutup mulut Nabi saw utk membaca al-quran. Nabi saw telah diakui oleh Allah dalam dan luarnya.
Allah boleh menghancurkan kebathilan dan menegakkan kebenaran.
Tanpa Nabi pun Allah boleh sebarkan agama. Ttp Allah berkehendak Nabi saw yg menyebarkannya.
Allah mengetahui apa yg ada dlm hati2 manusia.
Allah memberi petunjuk mana satu Nabi yg benar dan mana Nabi yg palsu.
Allah sampaikan berita gembira utk kita yakin kpd Nabi saw.
Justeru kita yakin dgn apa yg diajar dan yg diberitahu oleh Nabi saw.
Nabi saw memperolehinya dpd wahyu Allah.
Nabi saw byk bercerita tentang apa yg berlaku dan apa yg akan berlaku.
Sekarang ada yg cuba utk terima al-quran sahaja dan tolak hadith Nabi saw.
Kadang kala apa yg Nabi saw sampaikan tidak dapat diterima oleh akal.
Pd satu hari bila satu parit digali, ada satu batu besar yg tdk boleh dipecahkan. Maka mereka meminta Nabi saw utk memecahkan. Apabila dipukul batu itu lalu klr cahaya, batu yg berikutnya juga keluar cahaya. Para shbt kehairanan. Maka Nabi saw menyatakan bhw Rome, Parsi dan seluruh Arab akan dikuasai olh Islam.
Tentera Rom dan Parsi akan ditewaskan.
Perkhabaran bhw apa yg akan berlaku benar2 terjadi.
Dlm surah Rom..”setelah mrk ditewaskan, pd satu hari mrk akan ditewaskan..”
●Penutup
Betapa benarnya Nabi saw.
Kita berbangga mjdi umat Nabi saw
“Kami dengar dan kami taat”
Utk sihat, utk senang, utk kaya dll semuanya ada dlm Islam.
Orang beriman tidak perlu menunggu orang bukan Islam membenarkan apa yg dibawa olh Nabi saw baru kita hdk yakin.
Biar kita taksub kpd kebenaran.
Moga sentiasa diberi taufik melihat kebenaran yg dibawa olh Nabi saw.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment