Thursday, 3 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (02/2019): BERKAT KEPADA MAKANAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid An-Nur Batu 8, Ipoh: 1 Jan 2019/ 25 Rabiaulakhir 1440H (Selasa) oleh Ustaz Tuan Haji Aziz
Sumber: Kitab Bahru Al-Madzi (Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu’17)
~Bab 23 (ms 71): Berkat Kepada Makanan


●Pendahuluan
-Bila kita membuat sesuatu program seperti sambutan tahun baru, janganlah kita mengikut budaya/amalan kaum/agama lain.
-Yahudi & Nasrani tidak redha sampai bila-bila sehingga kita ikut budaya/agama mereka.
-Nabi saw menyatakan orang yahudi & nasrani berusaha menarik manusia sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga binatang masuk ke lubang biawak pun manusia turut ingin ikut memasukinya.
-Nabi saw menyatakan, sesiapa yg mengikut macam mana kaum/agama lain buat maka ia masuk dalam budaya kaum/agama itu.
Hadith Yang Menerangkan Berkat Pada Makanan:
-Maksud berkat yg umum ialah tumbuh dan bertambah.
-Malam turun al-quran juga merupakan malam yg penuh keberkatan.
-Maka berkat ini juga membezakan kita dgn orang lain.
-Nabi Isa a.s (Surah Maryam, ayat 31) juga memohon keberkatan kpd Allah. 
“Dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.”

-Keberkatan bukan sahaja dalam bentuk harta benda. Ia juga dlm bentuk umur, makanan, ilmu, dll.
-Surah Qaf, ayat 9:”Dan dari langit Kami turunkan air yang memberi keberkatan, lalu Kami tumbuhkan dengan (air) itu pepohonan yang rendang dan biji-bijian yang dapat dituai.”
-Dalam mendapat keberkatan ianya ada kaitan dengankeredhaan Allah.
-Hadith Nabi saw:
Daripada Aisyah katanya:” Diwafatkan Rasulullah saw dan di sisi kami sedikit daripada sya’ir (gandum), maka makan kami daripadanya barang dikehendaki Allah, kemudian aku kata bagi Jariah: Sukat akan dia, maka disukatnya akan dia maka tidak lama bahawa habis ia. Katanya: Maka jikalau ada kami biarkan dia, nescaya kami makan daripadanya lebih daripada itu.”

-Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Adakah makanan itu boleh ia berkat dan boleh ia tidak, maka makna berkat itu yakni barang sedikit menjadi banyak, dan barang yg kecil jadi besar, barang yg tahan sebentar boleh tahan lama. Maka makanan dan lainnya boleh ia menyalahi adat kepada siapa-siapa yang suka Tuhan kurniakan sebagai Tuhan kurniakan nabi-nabiNya dan RasulNya dan aulia’Nya berkat pada makanan, dan berkat pada umur, dan berkat pada amal dan segala rezeki dan lainnya. Dan telah berlaku berkat pada Nabi saw kita dan segala sahabatnya di atas makanan dan minuman itu beberapa kali dan beberapa banyak, sebagai yang telah datang satu daripada khabarnya dikeluarkan oleh Abu’ Isa at-Tirmidzi dengan katanya: “Diriwayatkan daripada seorang dari isteri Nabi Muhammad saw, namanya Siti Aisyah r.a katanya:”Wafat Rasulullah saw ada telah ditinggalnya di sisi kami sedikit daripada sya’ir (gandum), lalu makan kami daripadanya sekira dikehendaki Allah, yakni beberapa lama tidak habis-habis ia oleh berkat peninggal Nabi saw itu.”
Adakah makanan yg kita makan boleh mempunyai berkat?
Berkat itu barang yg sedikit jadi banyak. Berkat pada makanan, umur dan rezeki.
Kita Hidup untuk makan atau makan utk hidup?
Kita makan untuk hidup. Ayam hidup utk makan.

-Makan yg berkat menyebabkan kita mempunyaivminda dan roh yg baik. Dapat hidayah dpd Allah. Sentiasa mengikut perintah Allah & meninggalkan larangan Allah.
-Imam Syafie mempunyai ingatan yg amat kuat. Pada satu hari ia tidak dapat menghafal beberapa ayat. Ia dinyatakan sebab ada sayuran yg menyuntai ke kawasan rumah dan dimasak & di makannya.
-Orang yg bekerja dan mendapat rezeki tetapi ia masih tidak solat & tidak taat kepada perintah Allah maka ini menunjukkan tidak ada keberkatan dalam rezeki/pekerjaannya.
Berkat pada umur:
Allah beri umur dan ia sentiasa dalam ketaatan kpd Allah. Pergi ke mana-mana sentiasa ke Masjid/Surau. Bila pergi ziarah rumah anak-anak ia akan tanya di mana masjid/surau.

-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik manusia, siapa yg diberi umur yg panjang, baik tingkah lakunya.”
Orang yg paling malang ialah orang yg diberi umurnya panjang tetapi buruk tingkah lakunya.”

-Berkaitan dengan keberkatan ini ada juga kaitan dgn amalan jangan membazir. 
-Bila kita makan jangan kita biarkan makanan membazir. Habiskan semuanya, kerana yg baki itu mungkin ada keberkatannya. Mungkin yg sedikit itu yg berkat.
-Amalan kebanyakan orang, ia tidak makan habis, iaitu ditinggalkan sedikit makanan dlm pinggan. Kononnya tidak hendak dilihat sebagai “pelahap” jika pinggan yg di makan bersih licin. 
Ini satu amalan yg tidak betul. Kita perlu betulkan perkara ini. Jangan membazir makanan yg dimakan.

-Nabi saw bersabda: “Di akhir zaman benda yg betul dianggap salah dan yg salah dianggap betul.”
-Sabda Nabi saw: “Setiap perkara yg mempunyai tingkah laku yg baik dan tidak dimulakan dgn Bismillah maka perkara yg baik itu akan terputus.”
-Jadi kalau kita tidak mulakan dgn Bismillah dlm semua perkara, kita hilang keberkatan.
-Juga untuk buat sesuatu perkara kita mulakan dengan Insyallah.
Jika kita tidak sebut Insyallah maka Allah boleh tidak makbulkan.

-Jika sesuatu yg kita buat tidak mengikut syariat spt majlis nikah kahwin yg maka ia akan tidak diberkati.
[“Nikah berkompang-kompang, lepas nikah berlempang-lempang”].
[“Duit berlipat2, rumah bertingkat2, tetapi hidup tidak berkat”].

-Anak-anak jika hendak mendapat keberkatan, jangan mengguris hati ibubapa.
Bila mendapat gaji, beri sedikit kpd ibubapa kita. Rezeki akan bertambah.
-Justeru anak-anak perlu jagalah ibubapa. Walau pun telah berkahwin, jangan lupa ibubapa.

-Untuk mendapat keberkatan seluruh kampung dan negara.
Al-A’raf, ayat 96:”Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment