Tuesday, 22 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (16/2019): MENGIKHLASKAN DIRI DAN MENGHADIRI NIAT DALAM IBADAT (SAAD IBNU WAGGAS R.A.)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra, Putrajaya: 20 Jan 2019/14 Jamadilawal 1440H (Ahad) oleh Ustaz Abdul Rahman (Pej Mufti WP)
Sumber: Kitab Riyadus Solihin: 



●Pendahuluan
-Syukur kerana dpt berjemaah & diberikan kekuatan berada di majlis Ilmu.
-Hadith Nabi saw:
Ketika Haji Wada (pada tahun 10H) Saad bin Abi Waqqas r.a jatuh sakit. Rasulullah saw pun pergi berziarah dan Saad Abi Waqqas r.a pun berkata:

“Ya Rasulullah, saya mempunyai harta dan cuma mempunyai seorang anak perempuan untuk mewarisinya. Apakah saya dapat memberikan 2/3 dari harta ini sebagai sedekah?”
Rasulullah saw menjawab, “Tidak.”

Saad Abi Waqqas r.a bertanya lagi, “Kalau begitu 1/2 dari harta?”
Rasulullah saw menjawab sekali lagi, “Tidak.”
Saad Abi Waqqas r.a terus bertanya, “Kalau begitu 1/3 dari harta?”
Maka Rasulullah saw pun menjawab, “Boleh, tetapi 1/3 itu pun masih banyak. Sesungguhnya meninggalkan para waris dalam keadaan kaya dan berharta itu lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta. Sekiranya kamu membelanjakan sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, kamu tetap mendapat ganjaran walaupun hanya sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isteri kamu,”
Kemudian Saad Abi Waqqas r.a bertanya kpd Rasulullah saw lagi, adakah aku akan ditinggalkan di sini (Mekah). Adakah selepas sahabat2 ku balik maka aku akan tinggal di Mekah. Maka sabda Nabi saw:”Ya Saad, kamu tidak sekali-kali ditinggalkan di Mekah. Dan kamu beramal semata-semata untuk mendapat keredhaan Allah maka kamu akan ditingkatkan darjat setiap amalan kamu. Maka Nabi saw bersabda:”Barangkali kamu akan ditinggalkan, orang lain akan mendapat manafaat kpd kamu dan kamu akan memberi mudarat (ancaman) pada orang lain. Kmdn Nabi saw berdoa:”Ya Allah sempurnakan pahala sahabat2 ku yg berhijrah. Namun ada seorang yg bernama Saad bin al-Kaulah yg malang.”
[Saad al-Kaulah (bukannya Saad Abi Waqqas) meninggal di Mekah.]
Para sahabat faham bhw bila mereka telah hijrah maka akhir umur mereka patut di tempat baru yg dihijrahi. 
Iaitu kemuliaan orang berhijrah, bila hijrah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Iaitu walau pun mereka berasal dpd Mekah sebelum berhijrah, maka setelah habis haji maka perlu balik semula (Madinah).

Saad Abi Waqqas r.a meninggal di Madinah pada umur 83 thn iaitu pd tahun 55 hijrah.
Perang terakhir yg beliau ikuti ialah perang al-parisia sbg ketua panglima perang iaitu pada zaman Saidina Umar Ibnu Al-Khattab r.a.

Saad Ibnu Waqas r.a adalah orang Mekah yg berhijrah ke Madinah.
Beliau adalah seorang sahabat yg sangat hebat, salah seorang daripada sepuluh orang yg dijamin mendapat syurga oleh Nabi saw.
Ia seorang yg sangat baik sejak kecil lagi. Taat kpd ibubapa. Berbudi bahasa.
Ia antara orang yg awal memeluk Islam ketika berumur 17 tahun (diriwayatkan orang yg ke-3 atau yg ke-4 memeluk Islam).
Ia adalah juga bapa saudara Nabi saw (dari sebelah ibunya). Ia sahabat yg dimuliakan oleh Nabi saw.

Sebelum memeluk Islam ia telah bermimpi, ia dalam kegelapan & nampak Saidina Abu Bakar ra dan cahaya. Esoknya ia jumpa Nabi saw dan peluk Islam.
Ibu Saad Abi Waqqas amat menyayangi anaknya.
Maka bila ia dengar anaknya peluk Islam maka ia amat marah.
Katanya, “Ya Saad, gerangan apakah agama yg kamu ikut hingga kamu beralih dpd agama ibubapa & nenek moyang kamu. Hendaklah kamu tinggalkan agama baru kamu. Jika kamu tidak kembali maka aku tidak akan makan & minum hingga aku mati”.
Saad Abi Waqqas r.a diam dan ia nyatakan bahawa ia tidak akan tinggalkan agama Islam.
Selepas tiga hari ia datang berjumpa ibunya yg semakin kurus. Saad Abi Waqqas berkata, “Aku amat mengasihani dan sayang pada mu ibu. Aku sayang pada mu kerana Allah dan Rasulullah saw. Maka ia berkata lagi, “ibu aku sesunggunhya meminta maaf banyak. Jika ibu diberi 1000 nafas dan ibu habis nafas ke 1000 maka aku tidak sekali-kali akan keluar dari Islam. Maka akhirnya ibunya mengalah, lalu ia makan.

Maka Saad Abi Waqqas menyatakan, diturunkan ayat al-quran kpd Nabi saw, iaitu:
Surah Luqman, ayat 15:
“Dan jika keduanya (ibubapa) memaksa mu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang kamu tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya; dan bergaulllah dengan keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada Ku. Kemudian hanya kepada Ku tempat kembali mu, maka akan Aku beritahu kepada mu apa yang telah kamu kerjakan.”

-Iaitu sekiranya kedua ibubapa kamu bersungguh-sungguh hendak mensyirikkan kamu sedangkan kamu tidak ada ilmu maka jangan kamu taat. Namun untuk urusan harian teruskan menghormatinya. (spt ayat 14, Surah Luqman).
Saad Abi Waqqas r.a sentiasa bersama Nabi saw dlm peperangan yg besar.
Nabi saw mendoakan kpd Saad Abi Waqqas dua perkara, iaitu untuk mempunyai kemahiran dalam medan perang dan dimustajabkan doanya.
“Ya Allah, tepatkan panahnya. Jadikan doanya mustajab.”
Ternyata panah Saad Abi Waqqas r.a sentiasa sahaja tepat kepada musuh. Diriwayatkan panah pertama tentera Islam kpd musuh adalah dpd Saad Abi Waqqas.
Dalam satu medan peperangan, Saad Abi Waqqas telah berdoa: “Ya Allah, goncangkan kaki mereka, campakkan ketakutan kpd hati musuh..”

Maka Nabi saw dengar doa Saad, maka Nabi saw berdoa:”Ya Allah, mustajabkanlah doa Saad Abi Waqqas
-Pada satu hari Saad Abi Waqqas r.a dengar beberapa orang memperkatakan perkara-perkara yang buruk yg tidak benar terhadap beberapa orang sahabat besar. Ia marah dan telah menegur mereka beberapa kali, namun tidak diendahkan. Maka ia pergi mengambil air sembahyang, lalu ia berdoa; Ya Allah tunjukkan kepada mereka yang menyatakan perkara yg tidak betul kepada sahabat yg baik Nabi saw. Maka diriwayatkan orang yg berkata buruk terhadap sahabat tersebut kemudiannya telah buta.
Saad Abi Waqqas pernah dilantik sebagai Gabenor di Kuffah.
Beliau adalah seorang sahabat yg benar-benar ikhlas mengabdikan diri kpd perjuangan Islam.

Pada peristiwa perang jamal ia tidak mahu terlibat dlm peperangan yg tidak diketahui sebenarnya siapa yg benar.
Sesungguhnya Allah suka kpd seorang muslim yg bertaqwa.
Pengajaran Hadith:
1. Kita disunatkan dan amat digalakkan menziarahi sahabat yg sakit. Salah satu hak atas muslim yg lain ialah ziarah orang yg sakit.
Kedua-duanya mendapat manafaat. Orang yg ziarah dan diziarahi dpt manafaat.
Orang yg sakit akan mendapat semangat dan kekuatan.
Orang yg datang ziarah dapat rasa keberuntungan dgn nikmat sihat. Dapat meningkatkan kesyukuran dan ketaatan kepada Allah.

2. Hak maksima utk kita berbuat wasiat ialah tidak lebih daripada satu pertiga.
Berkaitan harta ada tiga perkara iaitu: Faraid, hibah, wasiat.
Wasiat ialah yg dibuat kepada pewaris.

“Diwajibkan atas kamu bila kamu dlm keadaan sakit utk membuat wasiat kpd yg bukan waris..”
Tetapi tidak boleh satu pertiga. Kerana bila ia meninggal, ia jadi harta waris.
Wasiat tidak boleh berlaku kpd anak.
Anak2 adalah pewaris, ia akan dpt harta si mati menerusi pembahagian Faraid.

Tidak boleh wasiat harta kpd anak kerana anak adalah pewaris.
Namun boleh bagi hadiah (hibah) kpd anak.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment