Tuesday, 22 January 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (17/2019): MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN - BERISTIGFAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 21 Jan 2019/15 Jamadilawal 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Islah Soleh.

●Pendahuluan
-Hendaklah kita perbanyakkan beristigfar kepada Allah.
-Nabi saw beristigfar melebihi 100 kali sehari.
-Sabda Nabi saw, “Barang siapa membaca Saiditul (penghulu) istigfar dalam antara waktu Subuh & Asar dan antara Asar & Subuh maka jika ia mati maka ia akan dijamin masuk ke syurga.”
-Orang yg memperbanyakkan istigfar maka banyak kelebihan pahalanya.
-Sabda Nabi saw:
“Saidina Aisyah ra bertanya kepada Nabi saw pd 10 mlm terakhir bulan Ramadan, “jika aku bertemu malam Lailatul Qadar lalu doa apakah yg patut aku panjatkan kpd Allah”. Maka sabda Nabi saw, wahai Aisyah kalau kamu bertemu malam lailatul qadar maka hendaklah kamu baca: “Wahai Tuhan yang Maha Pengampun Yang Mencintai Pengampunan, ampunkan lah aku.”

-Para riyadus soleh, mereka semenjak 6 bulan sebelum Ramadhan lagi sudah berdoa utk dipertemukan Ramadhan. Enam bulan selepas Ramadhan mereka berterusan merintis kesedihan dgn pemergian Ramadhan.
-Pada satu hari, Imam Ahmad Hambal keluar bermusafir. Maka beliau sampai pada satu negeri, ia bercadang utk singgah & tidur di satu masjid. Tetapi penjaga masjid tidak membenarkan, ia dihalau keluar. Maka beliau keluar dpd masjid tersebut dengan relanya.
Imam Ahmad Hambal ia amat zuhud, ia tidak menggunakan kedudukannya utk mendapat kesenangan dunia. Ia tidak memberitahu penjaga masjid itu bahawa dia adalah seorang ulamak besar.
Maka peristiwa itu telah dilihat oleh seorang pemuda yg tinggal tidak jauh dpd masjid itu. Pemuda yg kaya itu mengajaknya tinggal di rumahnya.
Maka bila Imam Ahmad Hambal tidur dlm rumah pemuda yg kaya raya ia dengar bahawa pemuda itu sentiasa mengucapkan istigfar dan bermunajat kepada Allah.
Lalu ditanya Imam Ahmah Hambal kepada pemuda tersebut, adakah ia memang sentiasa mengucapkan istigfar dalam kehidupannya.
Maka jawab pemuda ya dan nyatakan bahawa sejak ia sentiasa melazami beristigfar dan bermunajat, Allah mempermudahkan rezekinya dan permudahkan segala urusannya dan memperkenankan doanya. Ia kata Allah telah memperkenan segala doa ku kecuali hanya satu lagi doa ku yg belum ku perolehi. Maka ditanya oleh Imam Ahmah Hambal, apakah doa itu. Maka katanya, setiap kali ia berdoa dan sujud ia berdoa utk bertemu Imam Ahmad Hambal yg diketahuinya amat tinggi ilmunya berbanding dirinya yang jahil.

Maka slps itu Imam Ahmad Hambal memperkenalkan dirinya. Lalu mereka berpelukan umpama kekasih yg kerinduan.
Di sini kita lihat bagaimana dgn melazimi istigfar, Allah telah menghantar Imam Ahmad Hambal ke rumah pemuda tersebut.

“Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mendirikan solat.”
Jika kita hdk doa kita dimakbulkan maka hendaklah kita jauhkan maksiat.
Jadi kalau kita mempunyai masalah spt anak2 yg tidak dengar cakap mk kita banyakkan beristigfar.
“Barang siapa bertaqwa, Allah akan permudahkan urusannya (beri jalan keluar).
Jika bermaksiat maka urusan kita akan dipersusahkan.

Redha Allah bergantung kpd redha ibu dan ayah.
Hendaklah kita senang dengan ketenangan.
Kita cuba selesaikan dosa-dosa kita semasa hidup untuk kita mendapat keredhaan dan ketenangan di akhirat kelak.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment